saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/10/2013

Zarul Umbrella kembali menyanyi

MESKIPUN lagu Ramalanku Benar Belaka hampir menjangkau usia dua dekad, populariti lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Umbrella itu benar-benar berbekas di hati peminat setianya.

Lagu hits album Seribu Rahmat yang menemui peminat pertengahan tahun 1990-an nyata mengangkat Umbrella sebagai antara kumpulan paling popular ketika itu.

Meskipun hanya sempat mengeluarkan dua album termasuk Hujan Panas, Zarul yang juga merupakan vokalis kumpulan tersebut menganggap fasa itu merupakan kenangan yang manis untuk dikenang.

"Kalau diikutkan memang populariti Umbrella memuncak ketika itu. Pendek kata semua orang tahu lagu Ramalanku Benar Belaka dan lagu-lagu lain.

"Walaupun tak lama tempoh berkenaan saya berbangga kerana lagu tersebut juga yang membuatkan peminat masih ingat kepada saya dan kumpulan Umbrella.

"Malah sampai hari ini pun masih ada yang kenal dan berharap untuk saya menyanyi semula," jelas Zarul pada satu pertemuan baru-baru ini.

Dia yang kini selesa bekerja sebagai pramugara di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) juga tidak pernah memadam niat untuk kembali ke arena seni suara.

Malah impian untuk kembali merakamkan lagu dan menyanyi di atas pentas tetap tersemat lebih lebih lagi apabila melihatkan beberapa rakan sezaman terus aktif sehingga hari ini.

"Semuanya secara tak sengaja. Bila saya mendapat undangan pentas menyanyikan semula lagu itu pada sebuah acara anugerah awal tahun ini yang merubah segala-galanya.

"Orang kembali ingat pada saya dan peminat nak saya menyanyi semula. Desakan-desakan ini yang membuatkan saya berani untuk masuk semula ke studio dan merakamkan semula lagu lama.

"Untuk permulaan ini saya hanya menyanyikan semula lagu Ramalanku Benar Belaka 2013 yang diberi nafas baru oleh AG Coco," katanya yang kini bernaung di bawah syarikat Neo Record.

Menganggap pertemuan dengan Hafiz Hamidun merubah tanggapannya kepada dunia seni, Zarul juga menganggap komposer muda tersebut berjaya mempengaruhinya untuk merakam kembali lagu itu.

"Memang ramai yang cari saya selepas persembahan tersebut. Ada beberapa syarikat yang buat tawaran untuk saya aktif semula. Tapi Hafiz terangkan pada saya apa yang hendak dilakukan.

"Klip video pun sudah dirakam dan saya berpuas hati dengan hasilnya. Bagi peminat lama mungkin mereka mahu dengar versi lama tapi untuk yang baru mereka patut dengar dan nilai lagu tersebut," jelasnya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.