saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/11/2013

Norman Hakim kembali dalam Gerak Khas

PASANGAN Norman Hakim dan Memey Suhaiza bersama Amiza Amiruddin (kiri) dan Zafry Idzwan sewaktu pelancaran produk kesihatan Ephyra di Kuala Lumpur baru-baru ini.

SELEPAS lima tahun tidak muncul dalam drama bersiri kepolisan Gerak Khas, Norman Hakim akan kembali semula dalam produk terbitan syarikat produksi Skop Production tidak lama lagi.

Sebelum ini terdapat pelbagai desas-desus cerita yang mengatakan aktor itu disingkirkan daripada Gerak Khas tetapi ia cuma tinggal berita sahaja apabila dia mewarnai kembali drama tersebut.

Bukan sahaja para peminat Norman yang ternanti-nantikan kemunculannya tetapi pelakon kacak itu juga seperti tidak sabar untuk muncul dalam Gerak Khas musim yang baru.

"Saya tidak sabar untuk muncul semula dalam Gerak Khas kerana terdapat banyak kelainan pada watak lakonan saya iaitu Aris naik pangkat daripada Cif Inspektor ke Supretendan.

"Watak saya masih sama cuma pangkatnya sahaja yang naik ke tiga takuk dalam drama bersiri ini di bawah pangkat watak lakonan Datuk Yusof Haslam yang mana cabarannya lebih besar.

"Saya telahpun menjalani penggambaran drama bersiri ini sejak 18 Oktober lepas dan ia akan ditayangkan di TV1 tidak lama lagi," katanya sewaktu ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Norman ditemui bersama isterinya, Memey Suhaiza pada majlis pelancaran produk kesihatan Ephyra yang mana mereka merupakan duta dan jurucakap kepada produk tersebut.

Malah, tambah Norman dia turut berasa beruntung kerana musim baru Gerak Khas buat pertama kalinya akan menjalani penggambaran sehingga ke luar negara.

Jelasnya, antara negara yang akan dikunjungi bagi menjalani penggambaran Gerak Khas musim baru itu nanti adalah Filipina, Thailand dan Indonesia bagi menguatkan lagi jalan ceritanya.

"Ini pertama kali dalam sejarah selepas lebih 10 tahun Gerak Khas disiarkan ia pertama kalinya menjalani penggambaran di luar negara. Bagi saya ini satu peningkatan," ujarnya.

Pada masa sama, Norman juga tidak melepaskan peluang apabila ditawarkan menjadi duta Ephyra bersama isterinya yang mana mereka merupakan salah seorang pengguna produk itu.

Katanya sebagai pelakon dia dan Memey amat mengambil berat soal penjagaan kesihatan dan salah satunya dengan menggunakan produk kesihatan untuk kelihatan cergas selalu.

"Kami telah mengikat kontrak dengan Ephyra selama setahun tetapi pada masa sama saya tetap akan berlakon seperti biasa. Produk ini banyak membantu kecergasan saya.

"Sejak menggunakannya Ogos lalu saya dapat rasa kesannya. Kami akan memulakan kempen promosi produk ini mulai tahun depan termasuklah melalui Instagram dan Facebook," katanya lagi.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Ephyra, Amiza Amiruddin dan Ahli Lembaga Pengarahnya, Zafry Idzwan serta 10 pemenang peraduan produk tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.