saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/11/2013

Jenazah Allahyarham Ahmad Busu selamat dikebumi

ISTERI Allahyarham Ahmad Busu, Seri Mohamad menyiram air ke atas kubur Allahyarham selepas jenzah pelakon dan pelawat terkenal itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Klang hari ini. - BERNAMA

KLANG 11 Nov. - Jenazah pelakon dan pelawak tanah air, Allahyarham Ahmad Busu yang meninggal dunia akibat strok malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini pagi ini.

Jenazah Allahyarham disemadikan di tanah perkuburan berkenaan pada pukul 11.30 pagi ini selepas di sembahyangkan di Surau An-Na'im di Taman Seri Andalas di sini pada pukul 9.50 pagi.

Selain ahli keluarga, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah rakan Allahyarham seperti Datuk Jamali Shahadat, Nash, Datuk Baharuddin Omar, Datuk DJ Dave dan Imuda.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 60 tahun itu meninggalkan seorang isteri, Seri Mohamad dan empat anak, Nur Hamizah, 29, Mohd Afiq, 28, Muhammad Luqman, 21, dan Nur Hanis, 10.

Allahyarham terkenal menerusi watak Mat Deris dalam sitcom Pi Mai Tang Tu, yang cukup popular pada tahun 1980-an dahulu. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.