saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/11/2013

Keramahan Ezzaty Abdullah

SUDAH membuktikan kepada keluarga terutama ibu dan ayah bahawa bidang lakonan mampu memberi masa depan yang cerah kepadanya.

SUDAH menjadi adat, jika lama bergelumang dengan dunia seni, kalau tidak terpalit dengan cerita kurang enak maka individu berkenaan seakan belum layak digelar artis. Namun tidak semua orang menganggap kontroversi itu perlu bagi membantu kerjaya mereka. Sebaliknya, masih ada lagi golongan insan seni yang lebih senang menjadikan bakat sebagai sandaran, biarpun terpaksa menunggu begitu lama.

Itulah senario yang dilalui oleh Ezzaty yang berasal dari Bentong, Pahang kerana selepas setahun membabitkan diri dalam bidang seni secara serius, namun namanya masih belum mesra di bibir peminat tempatan berbanidng rakan artis lain yang seangkatan dengannya.

Sesungguhnya, bagi Ezzaty yang cuba menempatkan diri agar setanding dengan pelakon hebat sedia ada, kontroversi bukanlah sesuatu yang dapat dijadikan kayu pengukur untuk meningkatkan nama. Sebaliknya, yang penting adalah bakat.

Datang semasa sesi fotografi bertemankan sahabat baik, figura dengan nama sebenar Ezzaty Abdullah ini masih lagi mampu tersenyum walaupun bakatnya masih belum dapat dikesan dengan baik.

Cuba untuk memberitahu kisah benar yang berlaku, memang sukar untuk Ezzaty menidakkan bahawa dia tidak ketinggalan menjadi mangsa usikan nakal golongan tertentu. Jika tersilap langkah akan kecundang sebelum sempat menggapai impian.

Namun, Ezzaty akui dia tidak pernah terfikir untuk cepat goyah walaupun pernah sekali dua cuba digoda oleh pihak tertentu. Sudah faham perkara sebegitu memang akan terjadi terhadap pendatang baru sepertinya,, Ezzaty cuba untuk tidak obses dan leka dengan apa yang berlaku tetapi mengambil pendekatan secara baik demi kerjaya.

“Saya suka berkawan dengan sesiapa juga. Namun pada masa sama tidak mahu keramahan saya disalah anggap kerana bila saya benar-benar mahu berkawan, saya ikhlas.

“Tidak dinafikan, ada juga penerbit yang cuba rapat dengan saya tapi itulah, saya memang akan menolak lembut kerana kemesraan saya, cuma atas dasar profesional ketika bekerja,” tutur anak gadis berusia 23 tahun ini.

Terus mengembangkan bakat, pendakiannya untuk bergelar anak seni nampaknya sudah tercapai walaupun tidak pernah memasang impian untuk menjadi seorang pelakon.

“Sudah setahun saya betul-betul serius dalam bidang ini. Jika tidak menjadi pelakon, sebenarnya saya sudah menjadi seorang penulis.

“Sebelum ini, saya pernah mendapat tawaran untuk bekerja di sebuah syarikat penerbitan majalah pelancongan tetapi sentiasa menangguhkannya memandangkan banyak pula tawaran berlakon yang diterima selepas habis penggambaran drama Tanah Kubur.

“Saya menjadi seronok dan terus meminati bidang lakonan itu,” jelas bekas graduan jurusan Pengurusan Pelancongan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini.

Untuk pengetahuan, dek kerana sikap boros, Ezzaty terpaksa mencari wang tambahan dengan melakukan pelbagai kerja ketika menuntut di UiTM. Salah satu caranya, adalah dengan mengambil tawaran menjadi pelakon tambahan ketika masih bergelar seorang pelajar.

“Dari situlah saya mula berlakon. Sebenarnya kerana segan untuk meminta duit poket dari keluarga. Lantas saya menerima tawaran menjadi pelakon tambahan walaupun dengan bayaran hanya RM50.

“Saya sebenarnya suka membeli-belah. Pantang ada duit di tangan, pasti habis,” kata Ezzaty sambil memberitahu yang sikap borosnya kini sudah mula dikikis.

Bosan dengan cinta

Mengulas dengan lebih lanjut mengenai pembabitannya dalam dunia hiburan, Ezzaty menjelaskan yang dirinya bermula di pentas peragaan dan mula menceburkan diri dalam drama menerusi watak tambahan sahaja.

Akui Ezzaty, pada mulanya keluarga tidak membenarkan dia melibatkan diri dalam lakonan terutama ayah, Abdullah Md. Isa, 54, yang merupakan seorang guru.

“Memang dari kecil saya ingin menjadi guru apabila melihat ayah dan ibu adalah seorang pendidik. Namun, saya sekarang sudah menjadi pelakon pula. Sebenarnya pada tahun lalu saya ingin berlakon dan untuk merealisasikan impian itu, saya datang ke Kuala Lumpur seorang diri dan menumpang di rumah kawan.

“Sebelum itu, memang saya ada meminta izin daripada ibu dan ayah. Tapi mereka agak keberatan untuk melepaskan saya dan sering memberitahu saya bahawa mereka takut dengan masa depan jika menjadi pelakon. Namun dengan keyakinan yang saya berikan, mereka lepaskan juga saya pergi.

“Sekarang, apa yang boleh saya katakan, saya sudah buktikan kepada ibu dan ayah bahawa menjadi pelakon juga mampu memberi masa depan yang cerah buat saya.

“Saya sudah mampu dan perbaiki dari segi kewangan serta sudah stabilkan kerjaya saya. Saya juga sudah menyimpan demi masa depan saya,” tegas anak ketiga daripada lima beradik ini.

Perjalanan itu jauh lagi dan Ezzaty turut mengakui dia tak perlu berdiri di atas populariti yang dibuat-buat atau direka-reka semata-mata nak memastikan orang tahu kewujudannya dalam industri.

“Bagi saya, ia akan memendekkan jangka hayat saya dalam bidang ini kerana lambat laun orang tak suka dihidangkan dengan hal-hal begitu,” katanya yang masih tidak mempunyai buah hati.

Mengenai perkara itu, Ezzaty menjelaskan bahawa buat masa sekarang ini dia menolak sebarang perkara berkaitan cinta. Katanya, buat masa sekarang, biar dia sibuk mengejar kerjaya dan masih belum terbuka untuk menerima sebarang cinta daripada insan bergelar lelaki.

“Saya pernah putus cinta dua tahun lalu. Benda itu membuatkan hati saya masih tertutup untuk menerima cinta daripada lelaki walaupun ada yang cuba merapatkan diri dengan saya.

“Apa yang saya boleh katakan, jika ada yang cuba rapat, secara jujur saya akan beritahu yang saya hanya ingin berkawan,” kata Ezzaty yang pernah dilamar rakan selebriti untuk menjadi kekasih.

Panggilan manjanya ialah Aty dan dia dilahirkan pada 7 April 1990 serta sentiasa berpegang teguh dengan moto hidup iaitu No pain, no gain.

Pandai menari mengikut bakat yang dimiliki oleh ibunya, Mariani, 50, serta juga gemar memasak selain ingin membuka perniagaan di masa akan datang.

Antara drama yang dilakonkan adalah Autumn Di Hatiku, Cinta Agra, Epilog Cinta Kirana serta telefilem Maafkan Kami dan Hadiah Buat Mama. Filem pertama lakonan Ezzaty adalah KL Cinta Mandi Toqq yang belum ditayangkan.

Pernah dikejar penjahat bermotosikal serta menghadapi peristiwa cemas apabila dua orang lelaki yang berhenti di lampu isyarat memintanya membuka cermin tingkap kereta.

Tidak pernah ada perasaan membenci kerana tidak mahu memendam hasad dengki kepada orang.

Solekan Ferry Karisma

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.