saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/11/2013

Jalani, Zaleha lega

Raja Azmi (kiri) dan suami Eddie turut hadir memeriahkan majlis resepsi Jalani dan Zaleha. Hanya Jalani yang berjaya membuka pintu hati Zaleha untuk kembali berumah tangga.

"Kami sebenarnya sudah dua tahun bersama selepas kegagalan dalam rumah tangga saya. Malah saya dan abang Jack sudah dua kali menyambut hari raya bersama," itu pengakuan Datin Seri Zaleha Mohd. Khalid, isteri kepada legenda badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek.

Selepas dilempar dengan pelbagai fitnah dan gosip, Zaleha dan Jalani akhirnya memilih waktu yang paling sesuai untuk merungkai segala persoalan yang selama ini sedaya upaya cuba ditutup demi menjaga terlalu banyak hati.

Selepas yakin keadaan di sekeliling benar-benar sesuai, pasangan ini memilih tanggal 10 November lalu untuk menguar-uarkan kepada umum tentang status hubungan mereka.

Kesabaran Jalani dan Zaleha selama ini nyata berbaloi, kerana akhirnya majlis resepsi perkahwinan mereka yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara, Ahad lalu berlangsung seperti yang diimpikan dengan kehadiran seluruh ahli keluarga dan sahabat handai.

Malah, bekas isteri Jalani, Raja Azmi Raja Sulaiman dan suami, Mohd. Eddie Ghazali antara 800 tetamu yang hadir.

“Ia terlalu rumit untuk saya jelaskan mengapa kami terpaksa berahsia tentang perkahwinan kami selama ini, apa yang boleh saya kata, terlalu banyak hati yang perlu kami jaga. Sebab itu kami memerlukan masa yang benar-benar sesuai untuk mengumumkannya.

“Pada saya, perkara paling penting adalah menjaga hati keluarga, terutama anak-anak. Saya sayangkan anak-anak saya. Apa pun yang akan saya lakukan mereka adalah keutamaan saya. Begitu juga dengan suami. Tetapi saya percaya, walaupun kami tidak pernah mengumumkan perkahwinan kami selama ini, namun ramai yang sudah tahu sebenarnya.

“Bila kami yakin semua orang sudah benar-benar bersedia, baharulah kami mengumumkannya. Kami pilih 10 November kerana ia tarikh lahir abang Jack. Malah tarikh lahir saya pun tak jauh (12 November). Saya sangat bersyukur majlis kami berlangsung dalam suasana yang sederhana tetapi meriah kerana dihadiri oleh semua tetamu yang kami harapkan,” ujar Zaleha.

Jalani, 50, nyata seorang lelaki yang cukup istimewa kerana berjaya membuka semula hati Zaleha untuk berumah tangga selepas 11 tahun hidup sendiri.

Menurut Zaleha, sepanjang 11 tahun ini, tiada mana-mana lelaki yang berjaya meyakinkannya untuk berkahwin sekali lagi, sehinggalah dia dipertemukan dengan Jalani.

“Ini semua kuasa Allah. Dia telah pertemukan saya dengan seorang lelaki yang benar-benar dapat meyakinkan saya untuk berkahwin sekali lagi selepas menemui kegagalan dalam perkahwinan pertama.

“Sebelas tahun itu bukan satu tempoh yang pendek. Selama 11 tahun saya hidup bersama anak-anak. Saya bersyukur kepada Allah kerana orang yang berjaya memiliki saya adalah abang Jack. Selepas dia hadir dalam hidup saya, saya sedar, inilah lelaki yang mampu menjaga saya dan anak-anak.

“Saya berdoa perkahwinan kedua ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Yang penting, anak-anak kami merestui hubungan ini. Sekarang, tanggungjawab saya adalah menjaga suami dan anak-anak,” katanya lagi.

Zaleha juga mendedahkan, ketika mula berkenalan dia langsung tidak tahu bahawa lelaki yang bakal menjadi suaminya itu adalah seorang bekas bintang badminton.

Malah, dia juga sama sekali tidak pernah menduga bahawa hubungannya dengan Jalani akan menjadi cerita hangat dan perbualan ramai.

“Memang saya tak tahu dia pemain badminton yang terkenal. Saya ada juga baca perkembangan badminton sikit-sikit tetapi saya cuma kenal (Datuk) Misbun Sidek, mak saya pun kenal Misbun, dia tu popular tapi Jalani..? Kami tak perasan pula.

“Bila dah kawan, baru saya tahu dia rupanya hebat juga. Pernah menang pingat kat Sukan Olimpik. Kemudian, hubungan kami tiba-tiba menjadi tajuk bualan ramai, yang itu saya paling terkejut.

“Saya bukan orang glamor atau selebriti. Saya tidak biasa dengan semua ini tapi suka atau tidak, saya terpaksa hadapi semua itu,” cerita Zaleha lagi.

Sementara itu Jalani mengakui, dia kini lega kerana tiada apa yang perlu disembunyikan lagi selepas terlalu banyak makan hati demi untuk tidak melukakan hati orang lain.

Katanya, biarpun terpaksa menanggung pelbagai tohmahan selama ini, namun dia puas kerana kesabaran itu akhirnya dibalas dengan pengakhiran yang menggembirakan.

“Majlis perkahwinan saya berjalan dalam suasana yang sangat harmoni.

“Saya terpaksa merahsiakan semuanya selama ini kerana mahukan suasana macam ini..semua orang hadir dan pulang dengan gembira.

“Keluarga saya dan isteri, anak-anak kami semua datang dan merestui perkahwinan ini. Raja Azmi juga datang bersama suami.. ini penamat yang cukup sempurna.

“Hanya kami saja tahu betapa hebatnya dugaan yang ditanggung selama ini, sampai saya cakap kepada isteri, awak jangan cakap apa-apa. Biar saya tanggung dan jawab semuanya bila ada orang tanya,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.