saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/11/2013

Siti wakil negara ke Jepun

SITI Nurhaliza bersama Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura pada sidang akhbar mengenai ASEAN-Japan Music Festival yang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bakal mewakili negara untuk membuat persembahan di Jepun atas jemputan kedutaan di sana.

Jemputan itu adalah bersempena dengan Festival Muzik Asian - Jepun yang akan berlangsung pada 28 November ini di Dewan NHK, Tokyo, Jepun.

Seramai 13 orang artis sekitar rantau Asia akan membuat persembahan antaranya ialah Agnes Monica (Indonesia), Olivia Ong (Singapura), Bird Thongchai Mclntyre (Thailand), Annita (Laos) dan ramai lagi.

Konsert itu yang juga diadakan untuk meraikan ulang tahun ke-40 jalinan kerjasama ASEAN-Jepun turut dihadiri oleh artis ternama daripada negara Asia yang lain.

Siti yang ditemui ketika sidang akhbar di Kedutaan Jepun di ibu kota berkata, dia berasa terharu dengan jemputan untuk membuat persembahan di sana.

"Jemputan kali ini memang sangat dinantikan kerana Siti sendiri sudah lama tidak membuat persembahan di sana.

"Ini adalah kali ke lima Siti akan buat persembahan dan kali pertama ialah pada tahun 1998 di Saga, kemudian Osaka, Yokohama dan terakhir di Tokyo," jelasnya.

Mengulas mengenai persembahannya, ujar Siti, dia diberi tempoh selama lima ke enam minit untuk membuat persembahan.

"Siti akan buat persembahan medley melibatkan lagu-lagu yang Siti sendiri pilih. Lagu yang akan disampaikan secara medley itu ialah lagu Biarlah Rahsia, Koibitoyo (lagu Jepun) dan Nirmala.

"Daripada segi persembahan, Siti belum lagi membuat keputusan tetapi mungkin Siti akan memulakan persembahan dengan busana Kimono dan kemudian menggayakan baju tradisional kita," jelasnya.

Tambah Siti lagi, jemputannya ke festival muzik itu juga memberikannya rasa tanggungjawab untuk mempromosikan negara ke peringkat antarabangsa.

"Pemergian ini juga sebenarnya adalah tanggungjawab Siti sebagai rakyat Malaysia untuk mempromosikan negara sendiri apatah lagi dengan tahun melawat Malaysia tahun hadapan.

"Siti anggap diri ini sebagai duta kecil apabila dijemput membuat persembahan di luar ini," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, jelas Siti, dia kini sedang menyiapkan album terbaharunya yang kini sudah 50 peratus siap.

"Proses rakaman masih lagi berjalan dan Siti berharap penghujung tahun ini, album itu dapat dikeluarkan untuk peminat-peminat Siti," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.