saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/12/2013

Qarin Penantian dua dekad

TEGAS.... Sham JR memberikan penerangan kepada pelakon dan kru untuk mendapatkan hasil penggambaran yang baik.

PENANTIAN lebih 20 tahun untuk mengarah drama bukan satu tempoh yang singkat namun setelah mendapat peluang keemasan ini, pengarah drama 13 episod berjudul Qarin, Sham JR menanam hasrat menjadikan arahan pertamanya ini setanding drama Melayu hebat yang lain.

Pengalaman dalam industri seni itu digunakan sebaiknya bagi memastikan Qarin mendapat sambutan daripada penonton.

Ketika ditemui semasa membuat penggambaran di Ampang baru-baru ini, Sham berkata, ini merupakan satu peluang dan anugerah yang amat besar bagi dirinya.

"Sebelum ini saya hanya diberi peluang sebagai penolong pengarah dalam beberapa drama serta dokumentari tempatan namun kali ini saya diberi tugas penting sebagai pengarah," ujarnya.

Qarin drama genre seram yang menceritakan mengenai emosi seorang ibu apabila kehilangan anak kesayangannya.

Namun tegas Sham, drama tersebut tidak memaparkan hantu sebagai watak utamanya seperti filem mahupun drama seram tempatan yang lain.

"Qarin bermain dengan psikologi watak semata-mata dalam menghadirkan mood seram kepada penonton. Kaedah ini sebenarnya sudah lama digunapakai dalam industri filem luar negara.

"Bagi saya, drama ini mempunyai kekuatan dari segi skripnya dan ditambah pula dengan kepakaran teknikal seperti pencahayaan dan kerja kameranya," ujarnya lagi.

Kisah benarBagi pasangan adik beradik yang bertindak sebagai penulis skrip drama ini, Adza Nasyaemie dan Adza Irdwati Adenan, idea bagi drama ini hadir melalui kisah benar yang berlaku kepada kenalan mereka.

Kenalan tersebut mempunyai masalah tidak suka terhadap suaminya kerana dihasut oleh jin yang bernama Qarin maka kenalan tersebut meminta mereka untuk mencari apa makna sebenar 'Qarin'.

Setelah pelbagai kajian dibuat termasuk mendapatkan pandangan daripada pakar perubatan Islam, skrip drama ini berjaya ditulis oleh pasangan ini.

"Skrip drama ini sebenarnya telah siap hampir tiga tahun yang lalu namun banyak syarikat penerbitan takut untuk mengambil skrip ini kerana bimbang tentang intipatinya.

"Namun kami tidak berputus asa sehinggalah kami bertemu dengan syarikat penerbitan PC Soft (M) SDN. BHD. yang menerbitkan drama ini.

"Harapan kami agar drama ini mendapat rating yang baik dan memberi kefahaman yang berguna kepada penonton tentang makna 'Qarin' yang sebenar apabila ditayangkan kelak," jelas Adza Irdwati.

Penampilan pertamaDalam pada itu, drama yang dijangka akan ditayang pada bulan April tahun hadapan di saluran RTM ini turut menampilkan peserta Imam Muda, Khairul Azhar yang memegang watak Ustaz Saari.

Jelas Azhar, ini merupakan pengalaman serta penampilan pertamanya dalam drama Melayu walaupun sudah mempunyai pengalaman sebagai pengacara beberapa program televisyen sebelum ini.

"Sebenarnya saya diberi tanggungjawab untuk memantau kandungan skrip drama ini agar tidak terpesong dari segi akidahnya namun pengarah telah menawarkan terus satu watak ustaz kepada saya.

"Pada mulanya memang saya agak gugup ketika melakonkan watak tersebut dan saya juga akan menunjukkan tentang peranan besar kitab suci al-Quran dalam kehidupan seharian kita," jelas Azhar.

Pelakon lain yang turut terlibat dalam menjayakan drama ini adalah Uqasha Senrose, Zain Hamid, Adik Fateha dan Adik Daniel Ilham.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.