saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/12/2013

Jelajah bantu rakan artis

SATU pernghargaan buat pemuzik-pemuzik yang pernah dahulu terbabit sepanjang perjalanan karier beliau dan juga sebagai satu dedikasi terhadap pemain gitar Allahyarham Samad Mian(Lefthanded), Yazit (Search) dan Hamid (Black Dog Bone).

PRIHATIN terhadap penderitaan rakan-rakan seperjuangan, Datuk Ramli Sarip, 61, bakal mengadakan konsert jelajah Blues Buat Teman Tour 2014 yang akan bermula pada 19 Januari ini.

Ramli berkata, konsert itu sebagai satu pernghargaan buat pemuzik-pemuzik yang pernah terbabit sepanjang perjalanan kariernya dan juga sebagai satu dedikasi terhadap pemain gitar Allahyarham Samad Mian (Lefthanded), Yazit (Search) dan Hamid (Black Dog Bone).

"Konsert jelajah ini bukan satu acara kebajikan, tetapi sebagai satu penghargaan buat para pemuzik yang yang pernah terlibat dalam rakaman album Alive pada 2000. Ini sebagai satu dedikasi kepada Allahyarham Samad. Kita juga tidak melupakan Yazit dan Hamid yang kini sedang menghadapi masalah kesihatan.

Sebahagian jualan tiket konsert ini akan disalurkan di akhir siri jelajah bertempat di Johor Bahru nanti.

"Sebuah lagu Blues Buat Teman juga akan dihasilkan dan akan dipersembahkan dalam siri jelajah ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama rakan-rakan artis ternama seperti Man Kidal, Tom Anuar,Fauzie Zain, Roza Rasul dan Paang Zaman yang bakal turut serta memeriahkan konsert jelajah ini," katanya ketika sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Ramli lagi, idea mengadakan konsert itu tercetus selepas terlihat fotonya bersama arwah Samad dan terus merancang ingin mengumpul dana bagi membantu mengurangkan beban rakan-rakan seperjuangannya itu.

"Saya mula terfikir mengadakan konsert ini selepas melihat gambar-gambar lama saya bersama mereka dan selepas setahun merancang, Alhamdulillah ia akan dilaksanakan pada tahun depan di 10 buah lokasi seluruh negara.

"Bagi saya, insan-insan seni yang begitu berdedikasi tinggi seperti Yazit harus diberi penghormatan tertinggi. Masih ingat lagi, walaupun dia ada masalah kesihatan, namun masih giat menganjurkan klinik muzik dalam membentuk pemuzik-pemuzik muda," katanya.

Menurutnya, tiada niat lain selain ingin membantu dan menghargai rakan-rakan artis.

"Alhamdulillah, apabila niat kita baik, semuanya dipermudahkan. Konsert ini tiada penaja dan kami adakan konsert ini bagi mengumpul dana tanpa memikirkan wang gaji sendiri. Bukan saya sahaja, tetapi seluruh produksi dan pemuzik sanggup berkorban untuk mengumpulkan dana," ujarnya.

Konsert jelajah tersebut akan bermula di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 19 Januari, diikuti dengan sembilan negeri lain iaitu Sarawak (14 Februari), Sabah (16 Februari), Pulau Pinang (23 Februari), Perak (1 Mac), Terengganu (7 Mac), Kelantan (8 Mac), Melaka (14 Mac), Johor (28 Mac) dan Singapura (29 Mac).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.