saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/12/2013

Black Territory beramal sambil menghiburkan

TIDAK sanggup melihat kesusahan orang lain mendorong kumpulan underground yang menggelarkan diri mereka sebagai Black Territory terus aktif menjalankan kerja amal bagi membantu golongan yang memerlukan.

Walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan keperitan untuk membantu golongan kurang bernasib baik itu, Eddie (vokal), Ayed (gitar), Zikri (gitar) dan Arai (drum) tetap meneruskan usaha tersebut.

Bukan hanya menghiburkan peminat indie tempatan semata-mata, kehadiran Black Territory dalam gig amal turut mengumpulkan dana untuk tujuan kebajikan bersama kumpulan lain.

Sejak ditubuhkan pada 2006, Black Territory yang kini berusia tujuh tahun terus berjuang dalam industri muzik tanah air dan masih cergas serta bersemangat menjalankan kerja-kerja sosial.

Tanpa mengharapkan sebarang imbuhan berupa wang ringgit, mereka tetap muncul di khalayak ramai demi menghulurkan bantuan.

Contohnya, kemunculan mereka di pentas Musicians For Change-Typhoon Haiyan Fundraising Concert hari ini dijangka diterima peminat indie tempatan.

Dianjurkan oleh Alternate HQ & Drug Free Youth Malaysia, acara ini diilhamkan oleh Hardcore Help Foundation (HHF) dari Eropah.

Eddie selaku penyanyi utama kepada kumpulan ini berkata, kemunculan mereka dalam gig amal bukanlah kali pertama.

“Sebenarnya kami aktif menyertai gig amal yang diadakan di seluruh Malaysia, contohnya untuk membantu rakan-rakan yang terlibat dalam kemalangan, bencana alam dan yang terbaru mangsa taufan Haiyan," katanya.

Katanya, sejak kumpulan ini ditubuhkan, mereka sudahpun menyertai pelbagai gig amal.

“Kami aktif sejak 2006 dan pada pandangan saya, gig sedemikian tidak mementingkan keuntungan. Sambil peminat muzik tempatan berhibur, sambil itulah kami menderma," ujarnya.

Jelasnya, Black Territory ditubuhkan pada mulanya sekadar suka-suka memandangkan setiap ahlinya berkongsi minat yang sama.

“Pada mula penubuhan kumpulan ini, kami bergerak sekadar suka-suka tetapi lama kelamaan kami semakin serius sebab minat kami terhadap muzik semakin bertambah dari sehari ke sehari.

“Dari 2006 hingga 2013, banyak perubahan berlaku sehinggalah kami berjaya menghasilkan album pertama bertajuk This Is Black Territory dan pada tahun ini juga, kami berjaya mengeluarkan single Blooded Territory bersama penyanyi kelahiran Indonesia, Borie dari kumpulan Blooded Suicide," katanya.

Black Territory memilih genre melodic metal kerana ia bersesuaian dengan penampilan dan minat mereka terhadap genre tersebut yang lebih bermelodi keras.

“Dari segi lagu, pilihan kami semestinya muzik metal kerana ia unik dan lebih berinspirasi kepada golongan muda.

“Menerusi setiap lagu, kami menyampaikan mesej-mesej mengenai keamanan, semangat setiakawan dan perpaduan," ujarnya.

Tambahnya lagi, mereka selesa bergerak secara bebas tanpa sebarang ikatan, namun jika ada peluang di masa akan datang, Black Territory ingin mengembangkan bakat ke pentas arus perdana.

“Jika muzik metal dikategorikan sebagai muzik aliran utama, kami berhajat ke pentas arus perdana.

“Namun buat masa ini, kami selesa bergerak bebas kerana berdasarkan maklum balas daripada peminat kami, mereka menerima Black Territory biarpun kami bergerak secara underground," katanya.

Bagi mereka yang ingin melihat Black Territory beraksi, apa kata kunjungi acara Musicians For Change- Typhoon Haiyan Fundraising and Concert yang diadakan di Alternate HQ, Fahrenheit88, Kuala Lumpur hari ini, bermula pukul 2 petang hingga 10 malam.

Black Territory bakal menghiburkan kamu bersama Perimeter Breach, We Are Raven, Beatburns, Brightstar, Repay Your Faith, Second Combat (SxC), Memorial, Thy Regiment, Y2K, ZeroPoint.0, Krayziesoundz & Abducted Mind dan YMYFAM & YMY.

Kepada pembaca .com, apa kata kamu layari laman www.facebook.com/blackterritory, www.twitter.com/blackterritory dan www.youtube.com/blackterritorytv untuk mendekati dan mengetahui perkembangan terkini.

Jangan lupa bawa pakaian lama kamu, makanan dalam tin atau minuman kotak, permainan dan barangan lain untuk didermakan kepada mereka yang memerlukannya. - SYAHRIL

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.