saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/12/2013

Anugerah drama popular di DFKL

Sebahagian daripada artis yang hadir pada sidang akhbar Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur di Empire Hotel, Subang, Selangor, baru-baru ini.

DEMI untuk memartabatkan mutu drama di negara ini, stesen televisyen TV3 dan TV9 bakal menganjurkan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang bakal berlangsung pada 22 Februari 2014. Menyenaraikan beberapa drama yang mendapat jumlah tontonan tertinggi, penonton bakal menjadi juri untuk memilih drama paling popular.

Julung kali diadakan, DFKL juga menyenaraikan tujuh lagi kategori berlainan antaranya Drama Pilihan, Pelakon Lelaki Pilihan, Pelakon Wanita Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Barisan Pelakon Pilihan dan Pasangan Serasi Pilihan.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin anugerah ini dilihat sebagai pengiktirafan yang diberikan pihaknya kepada drama pilihan penonton kedua buah stesen berkenaan.

“Ia lebih kepada penghargaan, kami mahu peminat memilih drama yang layak.

“Saya tidak nafikan pemilihan lebih kepada populariti, kerana kesemua drama ini juga dipilih melalui jumlah tontonan tertinggi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran DFKL, di Subang, Selangor, baru-baru ini.

Julung kali diadakan menurut Sherina dia tidak menolak untuk menjadikan anugerah ini sebagai acara tahunan. Malah jika berkesempatan, anugerah ini juga akan mempertandingkan drama dari stesen lain juga.

“Memandangkan ini kali pertama, kita lihat dahulu bagaimana pencapaiannya. Berbeza dari anugerah yang kita ada, DFKL lebih kepada populariti manakala Anugerah Skrin pula lebih kepada kualiti.

“Apa yang penting, kami mahu anugerah ini menjadi anugerah yang menghargai peminat dan drama popular,” katanya.

Bersempena anugerah ini juga bengkel selama dua hari akan diadakan. Menurut Sherina bengkel ini bakal di kemudi oleh 17 panel yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penerbitan drama. Dengan objektif supaya lebih ramai bakat baru yang boleh dicungkil melalui bengkel ini, harapan pihak mereka juga berharap kesinambungan penghasilan drama terbaik akan dapat diteruskan.

“Kami akan sediakan bengkel yang akan di jayakan seramai 17 panel yang berpengalaman luas dalam bidang ini.

“Kami mahu bengkel ini dihadiri bukan sahaja pelajar tetapi mereka yang mahu menceburkan diri dalam bidang ini dimana melalui bengkel ini mereka dapat informasi yang lebih jelas. Untuk pelajar yuran bengkel ini adalah RM 60 manakala orang awam RM100,” katanya.

Turut berlangsung sepanjang festival ini adalah pertandingan Drama Pendek, iaitu melalui pertandingan ini orang awam mempunyai peluang untuk memperlihatkan karya mereka untuk diadili barisan juri professional.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.