saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/01/2014

Babak cinta baharu

MUNGKIN nama Cristina Suzanne Stockhill tidak sepanas aktres popular lain namun pada penghujung tahun lalu, dirinya tiba-tiba menjadi tumpuan dan bualan ramai.

Semuanya gara-gara terpalit dek beberapa kontroversi dan tentunya yang paling panas diperkatakan adalah tentang kisah pertunangannya dengan seorang ahli perniagaan.

Bukan sahaja kerana dirinya bertunang secara tiba-tiba dan dua bulan kemudian hubungan itu tetapi juga kerana sikap gadis berusia 29 tahun ini yang dilihat berdolak dalih mengenai cerita putus tunangnya.

Pun begitu anak kacukan Melayu-Jerman ini menegaskan bahawa tindakan menyembunyikan kisah putus tunang itu bersebab. Dan sudah pasti alasan utama Cristina - dia belum bersedia untuk berkongsi kejadian yang memalukan itu. Kerana itu, dia lebih selesa berdiam diri.

Paling ditakuti pelakon yang memulakan karier lakonan menerusi telefilem Cermin Pada Bulan sewaktu berusia 19 tahun ini tentunya maklum balas daripada masyarakat sekeliling berhubung perkara itu.

Dia tidak mahu dilabel sengaja mencari publisiti murahan jika kisah putus tunangnya diperbesar-besarkan sedangkan kisah kerjayanya tidak ke mana.

"Wanita mana yang tidak sedih bila putus tunang. Sebab ini membabitkan masa depan. Tapi takkan nak kecoh-kecoh pula (bila sudah putus)," kata Cristina yang dijadualkan berkahwin dengan bekas tunangnya pada 22 Januari ini.

Mengulas tentang sikap Cristina yang kononnya sengaja menyembunyikan kebenaran cerita putus tunang, anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini menegaskan dia tidak suka memperbesarkan perkara remeh-temeh.

Bagi dirinya cukuplah orang tahu dia sudah putus tunang. Tidak perlu diperbesar-besarkan perkara itu kerana dikhuatiri boleh menjejaskan perasaan pihak lain.

Mengakui bukan seorang yang gemar memburukkan orang, Cristina turut berdepan dengan perasaan serba salah setiap kali diminta bercerita punca jodohnya tidak kesampaian.

Tidak mahu terus diselubungi perasaan kurang menyenangkan itu, Cristina mengambil keputusan menyepikan diri selepas berita putus tunangnya itu tersebar dan menjadi perhatian.

"Saya tertekan bila orang mendesak saya untuk mendedahkan cerita peribadi. Tak boleh ke saya simpan untuk diri sendiri? Tapi apabila sudah mengaku, lain pula jadinya," katanya kesal.

Pada masa yang sama, bekas pramugari penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan Qatar Airways ini juga tidak mahu terlalu memikirkan tanggapan orang lain terhadapnya.

"Letihlah... Saya mahu memikirkan tentang hati dan perasaan saya pula," tegasnya.

Kata Cristina, dia tidak kisah tentang pandangan orang terhadap pendiriannya itu kerana sudah lama bersedia untuk berdepan dengan apa juga tomahan sejak kembali aktif bergelar artis kira-kira lima tahun lalu.

Kemenangan dipertikai

Selain cerita kontroversi berdolak-dalih dengan cerita putus tunangnya, nama Cristina juga terpalit dengan situasi lain yang mencalarkan namanya.

Cristina dituduh kononnya tidak layak menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem pertamanya, KIL pada Anugerah Skrin 2013 (ASK2013).

Ada yang kata-kata kurang enak kononnya Cristina masih terlalu ‘hijau’ untuk mendapat pengiktirafan sebegitu malah ada mengandaikan namanya masih belum kuat untuk mengalahkan finalis yang tercalon dalam kategori yang sama seperti Lisa Surihani dan Nora Danish.

Menurut Cristina, dia sendiri terperanjat apabila namanya diumumkan sebagai pemenang. Telahan Cristina, lakonannya dalam KIL yang biasa-biasa sahaja itu pasti tidak mendapat perhatian barisan juri. Tambahan pula filem itu bukan filem pecah panggung.

"Mula-mula saya terasa juga apabila orang mempertikaikan kemenangan saya itu. Tapi selepas difikir-fikirkan semula, buat apa saja nak rasa begitu. Buang masa saja," katanya yang menggangap kemenangan di ASK2013 sebagai rezeki terpijak dan seharusnya dirai.

Penawar hati

Mengulas tentang perancangan pada tahun ini, Cristina memberitahu dia mahu mencari semula ‘cinta’ yang semakin pudar dan tenggelam dek cerita kontroversi membabitkan namanya sepanjang tahun lalu.

Katanya, dia sudah berjaya menemui ‘penawar’ keresahan hatinya setelah melalui proses bermuhasabah diri sepanjang ‘cuti’ berlakon kira-kira enam bulan lalu.

Sengaja mengusik sama ada ‘cinta’ yang dimaksudkan itu membabitkan perasaan kasih terhadap seorang lelaki, Cristina pantas menafikannya.

"Saya nak ‘bercinta’ dengan kerjaya lakonan tahun ini. Kena menajamkan semula skill yang sudah lama tidak digunakan itu," katanya yang bekerja sebagai pembuat grafik dan animasi secara sambilan sepanjang menyepikan diri sebelum ini.

Terbaharu Cristina sudah menerima tawaran berlakon untuk drama Silir Kasih Bella untuk siaran RTM yang bakal memulakan pengambaran pada bulan depan.

Menyentuh tentang perancangan untuk berumahtangga, Cristina dilihat terdiam sebelum menegaskan pendiriannya untuk tidak memikirkan perkara itu buat masa sekarang.

Mengakui ada kalanya berasa sunyi kerana tiada teman lelaki namun Cristina perlu memikirkan tentang keputusan yang terbaik buat dirinya demi masa depan.

Dan Cristina sama sekali tidak mahu melengah-lengahkan perjuangannya mendapat semula kehidupan baharu. Semuanya perlu dilakukan dengan agresif pada tahun ini, katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.