saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/01/2014

Revolusi Cat Farish & Tiga Swagger

TIGA Swagger (dari kiri) Rangga, Syifa, Cat Farish, Beeru dan Eddie.

"BUKAN tamak tapi saya hanya buat yang terbaik demi kerjaya. Saya masih dengan The Fabulous Cats (TFC) tapi kali ini saya buat album bersama Tiga Swagger," luah Cat Farish kepada Pancaindera.

Sinonim dengan TFC namun untuk permulaan tahun ini, dia memilih untuk bersama Tiga Swagger yang merupakan band projek untuk album keempat secara peribadi.

Bagi Cat tidak ada isu bertindih antara kolaborasi bersama TFC mahupun Tiga Swagger memandangkan masing-masing tahu hala tuju mereka sebagai penyanyi berkumpulan.

Buat masa ini mereka merancang untuk menerbitkan album yang mengandungi 12 buah lagu khusus untuk peminat irama hip hop tempatan.

"Memang percaturan kami nak buat album berbanding mengeluarkan single demi single. Semua anggota Tiga Swagger boleh cipta lagu sendiri dan proses rakaman menggunakan studio saya. Jadi tak ada masalah.

"Bagi penyanyi lain mungkin mereka memikirkan untung rugi untuk memuatkan berbelas-belas lagu dalam satu album. Kalau tak ada keberanian macam mana nak membuktikan kepada orang yang ini bukan projek main-main," jelas Cat.

Selain Cat, Tiga Swagger juga dianggotai oleh Syifa, Beeru, Rangga serta Eddie dan telah ditubuhkan sejak tiga tahun lalu.

Untuk album ini, mereka menggunakan khidmat komposer terkenal Datuk M. Nasir sebagai penasihat dan kerjasama itu cukup dinanti-nanti oleh mereka.

Bukan mudah untuk M. Nasir memberikan kata putus sementelah mereka sendiri merupakan pemuzik bergenre hip hop dan beliau pula lebih kepada lagu-lagu pop Melayu.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Cat tidak menafikan perasaan teruja tetapi gementar saat bekerjasama dengan komposer hebat bergelar sifu itu.

"Kami beri dia semua senarai lagu untuk album itu. Yang mengejutkan bila M. Nasir hanya meluluskan dua daripada 12 lagu yang kami berikan.

"Kami ingat tak ada masalah tapi sebenarnya tidak. Beliau tahu tentang muzik hip hop dan mahu kami memperbaiki satu persatu lagu sebelum kami mula proses rakaman," jelasnya lagi.

Ikut zaman

Melihatkan kolaborasi antara Cat dan Tiga Swagger tidak dinafikan masing-masing berpeluang mencipta sensasi menerusi muzik yang mereka mainkan.

Namun begitu ada juga pendapat mengatakan Cat seharusnya membikin muzik yang lebih matang sesuai dengan usianya yang semakin meningkat.

Tidak menafikan perkara tersebut, Cat menganggap itu merupakan cabaran untuknya membuktikan muzik tidak mengenal sempadan usia apatah lagi setiap individu mempunyai kecenderungan dan minat masing-masing.

"Saya tak hanya melihat perkara itu sebagai asas tetapi melihat secara keseluruhan. Kalau sekarang bukan zaman saya maknanya ini zaman mereka (Tiga Swagger) yang masih muda.

"Bukan sekadar lagu tetapi saya cuba ikut cara berpakaian dan menggunakan medium media sosial untuk meraih perhatian peminat. Sebab itu saya kena ikut zaman.

"Kalau mengharapkan cara konvensional dengan menunggu lagu diputarkan di radio, alamatnya kami akan tertinggal jauh ke belakang," kata Cat mewakili yang lain.

Terkini lagu mereka bersama Zizan Razak yang berjudul Opss! Aku Dah Ter sudah dihantar ke stesen radio dan menunggu untuk diputarkan.

Selain itu mereka juga merupakan Ikon Suara Generasiku. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Tiga Swagger boleh mengikuti Instagram dan Twitter @tigaswagger.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.