saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/01/2014

Kuasa Gerak Khas

Antara pelakon-pelakon drama gerak khas pada Majlis Pelancaran Drama Gerak Khas musim baharu di dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman.

DUA belas tahun bersiaran bukan satu tempoh masa yang singkat malah drama bersiri kepolisan Gerak Khas menjadi tunjang utama kekuatan RTM secara keseluruhan.

Mula bersiaran pada 1999 sehingga 2011 merupakan kenangan yang cukup manis. Tambahan pula dengan jalan cerita yang pelbagai, Gerak Khas menjadi rancangan yang mengangkat imej unit berunifom itu.

Selepas 2011 rancangan itu direhatkan seketika bagi memberi peluang kepada rancangan lain yang bercorak sama seperti Roda-Roda Kuala Lumpur yang tak kurang hebatnya.

Kini Gerak Khas bersiaran semula menerusi TV2 setiap hari Jumaat pukul 9 malam.

Bagi orang nombor satu Skop Production sudah pasti kejayaan Gerak Khas bertahan sebagai rancangan paling diminati di stesen televisyen berkenaan dianggap sebagai kejayaan besar buat syarikatnya.

Sepanjang tempoh berkenaan, Datuk Yusof Haslam tidak menafikan pihaknya menerima maklum balas yang positif daripada peminat setia rancangan berkenaan.

"Bila Gerak Khas direhatkan selama dua tahun saya mendapat maklum balas yang banyak daripada peminat. Ramai yang tak berpuas hati dan bertanya kenapa rancangan ini tiada.

"Kita dengar dan faham keluhan masyarakat. 12 tahun bukan satu tempoh masa yang singkat dan kebanyakan mereka memang setia di depan televisyen sejak dulu.

"Cuma kita gunakan masa rehat ini untuk mencari idea-idea baru dan memberikan kesegaran kepada Gerak Khas. Tak boleh gunakan pendekatan lama dan saya perlu mengikut peredaran masa.

"Memang banyak kelainan yang saya cuba tonjolkan dalam setiap episod untuk musim terbaharu," jelas Yusof ketika ditemui baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di Bukit Aman itu turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Jailani Johari.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dan Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Norhyati Ismail.

Lebih segar

DUA tahun direhatkan daripada bersiaran merupakan masa yang cukup panjang. Sepanjang tempoh berkenaan Yusof bersama tenaga kerja yang lain sibuk dengan perbincangan untuk menambah baik kandungan Gerak Khas.

Bukan sahaja aspek teknikal atau pertukaran pelakon yang menjadi isu perbincangan tetapi juga jalan cerita untuk memantapkan program yang ditonton oleh 1.2 juta orang satu masa dahulu.

Enggan menyajikan cerita yang klise, kali ini Gerak Khas bakal memaparkan isu-isu semasa seperti Op Cantas dan Op Gempur.

Kesesuaian isu-isu semasa lebih dititik beratkan tetapi pada masa yang sama tidak lari daripada panduan dan tatatertib yang ditetapkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

"Kita berterima kasih kepada PDRM, RTM dan pihak-pihak lain yang menyumbang bakti kepada Gerak Khas selama ini. Kalau nak ikutkan tak mudah untuk membuat drama sampai 12 tahun.

"Bukan sahaja isu masyarkat yang menjadi taruhan tetapi isu dalaman anggota polis yang terpaksa berkorban nyawa, meminggirkan keluarga sendiri demi tugas dan macam-macam lagi.

"Semua ini sebagai kita olah dan garap dengan lebih kemas untuk menjadi pengajaran kepada masyarakat," tegas penerbit dan pengarah berusia 60 tahun ini.

Sebelum ini Skop Production pernah menerbitkan beberapa buah drama bergenre sama termasuk Remang-Remang Kota Raya, Dedu-Debu Kota dan Roda-Roda Kuala Lumpur.

Menolak andaian Gerak Khas sebagai sebuah drama kepolisan yang klise, Yusof menegaskan pihaknya telah memberi penambahbaikan soal teknikal dan pelakon-pelakon baru untuk musim kali ini.

Kali ini dia turut mempertaruhkan anak bongsunya Syafiq sebagai pengarah bersama Faizal Yusof, C. Kumaresan dan Majed Salleh untuk memberikan kelainan dalam setiap episod.

Mengekalkan watak Yusof Haslam dan Norman Hakim sebagai teraju utama, Gerak Khas turut dibarisi pelakon lain seperti C. Kumaresan, Salina Saibi, Afiq Muiz, Nizen Ayob, Shahorbiah Shamsir Alam, Zabri Ibrahim dan Mas Hidzir Khan.

Bakal ditayangkan 26 episod bermula minggu ini, Gerak Khas masih lagi dalam proses penggambaran dari semasa ke semasa. Tidak tertumpu di Kuala Lumpur semata-mata mereka juga bakal mengadakan penggambaran di seluruh Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.