saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/02/2014

Bidasari uji Aiman, Fathia

MENJALIN hubungan cinta sejak setahun lalu, memudahkan Fathia dan Aiman untuk bekerjasama dalam teater Bidasari.

“Badan saya banyak yang lebam-lebam, ini semua kerana latihan keras mendalami ilmu persilatan bagi membawa watak Tengku Indra dalam teater Bidasari."

Itulah cabaran yang paling getir dialami oleh teraju teater itu, Aiman Hakim Ridza yang merupakan antara muka baharu di pentas teater berbentuk bangsawan.

Bagi Aiman, apa yang paling dirisaukan ialah untuk bersilat kerana dia tidak mempunyai asas yang cukup dalam ilmu persilatan.

“Hendak bersilat itu yang merisaukan saya sebenarnya. Saya seorang yang tinggi, jadi saya kena pastikan postur badan dalam keadaan yang betul untuk memastikan langkah bunga silat saya cantik.

“Memang sukar sebenarnya sebab saya tiada asas. Itu yang saya berlatih bersungguh-sungguh dengan guru silat selama dua minggu sampai terbawa-bawa dalam mimpi," katanya.

Memandangkan teater ini adalam naskhah yang diambil daripada filem, Aiman turut memberitahu bahawa dia menjadikan Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai rujukannya untuk membawa watak itu.

“Sebelum mengambil keputusan untuk menerima tawaran ini, saya terlebih dahulu menyaksikan filem Bidasari dan memahami cara pembawakan watak oleh Jins Shamsuddin ketika itu," jelasnya.

Selama dua minggu berlatih dan cuba menghayati watak dengan lenggok bahasa klasik bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi bagi seseorang yang baharu melangkah ke dalam dunia teater.

Bagi Aiman, masa yang singkat memang memberi tekanan kepada dirinya, tetapi dia tidak mahu menjadikan itu sebagai satu halangan untuk dirinya memberikan yang terbaik.

“Saya tahu masa singkat, tapi saya tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara itu, sebaliknya mahu kekal positif.

“Macam saya, teater merupakan bidang baharu, jadi tempoh yang singkat itu saya perlu gunakan sepenuhnya untuk memberi yang terbaik," jelasnya yang berlatih hampir setiap masa bila mempunyai masa terluang.

Aiman menerima tawaran untuk berlakon teater ini ketika kali kedua ditawarkan. Bagi pelakon tinggi lampai ini, dia pada mulanya kurang yakin untuk melibatkan diri dalam teater itu.

“Mula-mula memang kurang yakin apatah lagi saya memang tidak ada pengalaman berlakon teater.

“Tetapi selepas mendapat tawaran kedua, saya yakinkan diri untuk menerima tawaran ini. Saya anggap ia satu kepercayaan daripada Istana Budaya dan saya perlu membuktikan kepercayaan itu," jelasnya.

Teater Bidasari arahan Lokman Ghani yang dipentaskan di Istana Budaya, (IB) Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 17 Februari ini, menampilkan Fathia sebagai watak utama selain Raja Azura, Aiman Hakim Ridza, Jalaluddin Hassan dan Radhi Khalid.

Serasi bersama Fathia

Sudah setahun bercinta baharulah Aiman berani mengaku yang Fathia adalah teman istimewanya. Sebelum ini dia sering mengelak apabila diaju soal peribadi, kerana baginya adalah lebih manis kalau wartawan melaporkan perihal kerjayanya.

Mungkin kini Aiman sudah tidak mahu berahsia lagi dan sebab itulah sewaktu sidang akhbar teater Bidasari, pelakon utama drama Projek Memikat Suami itu mengaku yang dia serius menjalin hubungan dengan pasangan lakonannya dalam drama Diandra itu.

Jelas Aiman, dia bukanlah jenis yang suka menguar-uarkan cerita peribadi kerana tidak semua perkara boleh dikongsi dengan peminat.

“Pada saya kisah peribadi bukanlah untuk dikongsi secara berlebihan, cukuplah kalau saya beritahu yang saya memang serius dengan Fathia. Memandangkan kami sudah biasa berlakon bersama dari segi keserasian tidak menjadi masalah.

“Namun mengenangkan kami pertama kali berlakon teater, masing-masing ada perasaan gentar. Saya harap penampilan pertama dalam teater Bidasari ini menjadi perintis untuk saya terus aktif dalam persembahan pentas," katanya.

Rasa gugup atas pentas

Melihat kepada gandingan antara Aiman dan Nur Fathia Abdul Latiff atau lebih dikenali sebagai Fathia, sudah pasti tiada masalah besar apatah lagi mereka sudah banyak kali bergandingan bersama menerusi drama.

Tetapi, jangkaan itu meleset apabila Fathia mengaku yang dia sebenarnya gugup berdiri di atas pentas teater apatah lagi berlakon di hadapan orang ramai.

“Berlakon di hadapan kamera dan di hadapan penonton adalah sesuatu yang sangat berbeza apatah lagi saya sebenarnya mempunyai masalah gugup di pentas (stage fright) yang sangat teruk.

“Di hadapan kamera, tidak ramai orang yang melihat. Tetapi di pentas pementasan, mata penonton hanya akan tertumpu kepada watak-watak yang berlakon," jelasnya.

Tambahnya lagi, perkara itu yang sangat merisaukan dirinya dan dia berusaha sedaya upaya untuk mengatasinya.

“Selalunya, kami akan berlatih di ruang latihan berbentuk bilik sahaja. Tetapi saya harap tiada apa-apa yang berlaku pada hari pementasan dan semuanya berjalan lancar," jelasnya.

Bagi Fathia, dia mengambil peluang untuk beraksi dalam teater adalah untuk menampilkan sisi dirinya yang berbeza daripada apa yang ditonjolkan kepada peminatnya sebelum ini.

“Saya sebenarnya suka mencuba sesuatu yang baharu. Jadi bila ditawarkan untuk terlibat dalam teater bangsawan, saya berminat.

“Dulu masa bersekolah, saya ada juga menyertai kumpulan tarian tradisional jadi saya rasa dengan sedikit pengalaman yang ada, saya dapat kembangkan dan belajar lagi menerusi teater ini," ujarnya.

Tambah Fathia lagi, dia juga mahu menunjukkan kepada orang ramai bakatnya di pentas teater dan tidak hanya tertumpu kepada dunia lakonan di layar kaca sahaja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.