saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/03/2014

Galeri seni Siti Nurhaliza

KECENDERUNGAN dalam seni lukis sejak kecil mendorong Siti Nurhaliza untuk memiliki sebuah galeri sendiri satu hari nanti.

Biarpun terpaksa menunggu masa agak lama untuk merealisasikan impian tersebut namun itu bukan satu masalah yang besar buatnya. Ini kerana sepanjang penantiannya itu dia boleh belajar seni lukis daripada suaminya Khalid Muhamad Jiwa.

Kata Siti, suaminya memupuk minat untuk menghargai lukisan sejak berkahwin lapan tahun dahulu.

"Dia membuatkan Siti lebih menghargai lukisan dan mampu menterjemahkan lukisan dengan baik manakala Siti pula baru nak bertatih menanam minat.

"Malah di rumah kami juga ada lebih kurang 10 lukisan besar hasil kerja tangan pelukis hebat tempatan dan luar negara," katanya yang mengkagumi karya Ibrahim Hussein dan Syed Ahmad Jamal.

Dek minat yang mendalam terhadap seni lukisan, menurut Siti, dia selalu meluangkan masa untuk melawat galeri seni selain muzium jika bercuti keluar negara.

"Siti meminati lukisan potret yang jelas terjemahannya manakala suaminya lebih suka kepada lukisan abstrak.

"Di Barcelona misalnya ada banyak seni lukisan yang unik bentuknya. Jadi selain dapat melihat keindahan negara orang, dapat juga bertukar pandangan," katanya.

Mengulas lanjut tentang minat mendalamnya dalam seni lukis, Siti memberitahu dia telah meminati bidang berkenaan sejak zaman persekolahannya.

Pernah memenangi pertandingan tulisan khat dan seni lukis namun kata Siti, minatnya itu tidak diteruskan secara serius apabila meningkat dewasa.

Pun begitu kata Siti, dia sering melakar rekaan baju berdasarkan imaginasinya sebelum dikongsikan kepada pereka idamannya.

Selain itu menurut Siti, dia juga mempraktis skil berkenaan ketika bersama anak saudaranya kerap memintanya melukis gambar kartun dan watak animasi.

SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza

Jika di luar negara pameran lukisan ikon pop seperti Marilyn Monroe sudah biasa tetapi buat pertama kalinya, Siti Nurhaliza dipilih sebagai subjek utama bagi pameran SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza.

Pameran itu merupakan penghormatan buat Siti apabila 17 karya pelukis tempatan dan luar negara dipamerkan selama sebulan di Galeri Artelier yang terletak di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Ke semua lukisan yang mempamerkan pelbagai sisi Siti itu dipilih itu mengikut teknik yang berbeza seperti kaligrafi, media campuran, seni media baharu, cat dan lakaran.

Pelukis yang terlibat ialah Adrian Torres dari Sepanyol, E.M. Nightwatcher (Iran), Amirfirdaus Tarmizi, Arikwibowo Amril, Azizi Latif, Badruddin Syah Abdul Wahab dan Faiz Yunus.

Selain itu, Muhammad Firdaus Mahadi, Haafiz Shahimi, Haffendi Anuar, Khairul Arshad, Muhammad Syahbandi Samat, Nazmi Ismail, Sabihis Md. Pandi, Scott dan Dhameer Abbas, Syafiq Nordin serta Zizan Rozman turut mengambil bahagian.

Ke semua lukisan itu dijual pada harga serendah RM1,500 sehingga RM75,000 dan sebanyak 30 peratus daripasa hasil jualan disalurkan ke Yayasan Nurjiwa. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Farida Mazlan di talian 03-62064703 atau emel kepada [email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.