saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/03/2014

Julia Ziegler pilih sahabat baik

"KALAU boleh saya mahu perkara itu berlaku secara semulajadi, bukan dipaksa-paksa," ujar pelakon Julia Ziegler saat ditanya mengenai perancangannya untuk mendirikan rumahtangga.

Sebelum ini mungkin ada yang sudah tahu, Julia pernah hadir dengan kenyataan bahawa hatinya sudah dimiliki oleh seorang jejaka yang dikenalinya sejak lapan tahun lalu.

Bagaimanapun tidak sedikit pernah terkeluar daripada mulut wanita berdarah kacukan Melayu-Amerika ini mengenai identiti sebenar lelaki tersebut.

"Cukuplah saya katakan dia bukan orang dalam industri. Sebenarnya dia adalah sahabat baik saya. Kami dah lama kenal.

"Ya...macam orang selalu cakap... oh... rupa-rupanya jodoh itu ada di depan mata. Saya percaya andaian tersebut sebab sedang berlaku kepada saya sekarang.

"Saya tak sangka kami akan capai ke tahap ini memandangkan dulu kami cuma rapat sebagai kawan. Saya selesa berkawan dengan dia," ujarnya.

Tahu bahawa soalan klise mengenai perkahwinan tidak bisa membuatkan dia lari, Julia lebih senang untuk menyerahkan ‘tugas’ itu kepada Yang Maha Esa.

"Biarlah Dia yang tentukan. Kami berkawan lama dan sudah tentu kami ada perancangan ke arah itu. Tapi untuk menjadikan itu sebagai sebuah ikatan yang istimewa dan kekal, saya tidak mahu perkara itu berlaku dalam keadaan tergesa-gesa.

"Saya hargai apa yang kami ada sekarang, saya mahu jalani dan nikmati setiap momen hidup ini tanpa perlu tegang memikirkan soal perkahwinan.

"Akan ada (kahwin)... tetapi biarlah berlaku secara semulajadi. Insya-Allah akan sampai waktunya," katanya yang kini sudah menjengah usia 30 tahun.

Mengajak Julia berbicara mengenai pelbagai kontroversi yang pernah hinggap kepada dirinya dahulu pelakon Jangan Tegur ini mengakui kebanyakan masa lampaunya kadangkala tidak boleh lari daripada kebodohan yang diciptanya sendiri.

Tujuh tahun berada dalam industri hiburan, Julia tidak menafikan bahawa ada antara kontroversi lampaunya memberi kesan positif di sebalik negatif yang dilemparkan.

"Tentu sekali banyak pengajaran yang saya belajar daripada kesilapan lalu. Kontroversiyang tercipta memberikan publisiti untuk saya. Tetapi untuk hadir dengan kontroversi buruk seperti dulu, saya rasa itu bukan untuk saya lagi.

"Publisiti itu penting tetapi saya harus bergerak kepada sesuatu yang lebih baik. Selama mana saya nak hidup dengan kontroversi sahaja?

"Kita kena fikir yang hidup ini bukan semata-mata kerana kita saja. Kita hidup dengan semua orang. Saya lebih suka mengisi hidup saya dengan nilai-nilai positif sekarang. Hidup pun tak tertekan dan saya lebih suka Julia yang sekarang," katanya.

Klise watak hantu

Melihat kepada paten lakonannya yang lebih terarah kepada watak-watak hantu dan jahat, Julia tidak terkecuali ditanya mengenai situasi itu yang mungkin satu perkara yang disengajakan atau kebetulan.

Segala-galanya bermula dengan filem Jangan Tegur, Julia kemudiannya kerap menerima watak hantu sehinggakan dilihat seakan-akan sudah sebati dengan dirinya.

Terbaru Julia akan muncul dengan watak yang serupa menerusi filem Aku Akan Muncul termasuk bakal menjalani penggambaran di Jakarta, Indonesia pada minggu hadapan untuk sebuah filem genre sama.

"Sebenarnya saya pun tak minta. Mula-mula sekadar mencuba memandangkan saya suka cabar diri untuk melakonkan pelbagai watak. Boleh dikatakan selepas tujuh tahun menjadi pelakon bermacam-macam watak sudah saya lakukan.

"Satu tahap saya juga pernah katakan pada diri, sudah-sudahlah bawa watak hantu. Saya mengaku sudah bosan. Tapi melihatkan kepada kepercayaan penerbit dan pengarah kepada saya maka saya tak sanggup nak hampakan kepercayaan itu," jelasnya.

Menurut Julia, dia juga menganggap tawaran watak itu sebagai satu penghargaan buat dirinya memandangkan tidak ramai pelakon yang sanggup membawa watak yang dianggap tidak glamor itu.

"Mungkin juga saya diberi kepercayaan itu kerana saya ini jenis yang tak kisah wajah saya diburukkan di depan kamera dan dilayar perak. Ada pelakon yang tak sanggup jadi buruk. Mahu kelihatan cantik saja. Tapi saya tidak.

"Kalau watak itu memerlukan saya kelihatan polos maka tanpa secalit solekan pun saya berani tampil. Memang itu pengorbanan saya untuk menjiwai watak demi memberikan komitmen yang terbaik," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.