saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/03/2014

Hunny Madu ikut Faizal Ismail

HUNNY mahu memberi tumpuan pada dunia muzik selepas meletak jawaan sebagai penyampai radio.

RUPANYA keputusan bekas penyampai radio Hot FM Faizal Ismail untuk meninggalkan stesen tersebut turut memberi kekuatan buat penyampai radio juga pengacara Hunny Madu melakukan perkara yang sama. Meninggalkan kerjayanya sebagai penyampai radio sejak hujung Disember tahun lalu dan mengaku langkah Faizal juga tidak terkecuali membantunya membuat keputusan ini.

“Bila saya lihat Faizal gembira, saya tahu perlu buat perkara yang sama.

“Dia banyak memberikan saya pandangan. Rupa-rupanya kami mempunyai matlamat yang sama," katanya ketika ditemui pada majlis perlancaran koleksi terbaharu barang kemas Habib Jewels, Habib Truly Malaysia, bertempat di KLCC, baru-baru ini.

Niatnya untuk tidak lagi dikenali sebagai penyampai radio sudah timbul sejak beberapa tahun lalu. Bagaimanapun Hunny semakin pasti apabila umurnya kini sudah mendekati 30-an.

“Setelah enam tahun dalam dunia radio, saya yakin perlu lakukan sesuatu yang berbeza pula.

“Selama dua tahun saya berfikir, dan akhirnya kini saya yakin dengan keputusan untuk memberi tumpuan buat syarikat serta muzik saya pula," katanya.

Mengakui tidak mempunyai masalah dengan pihak pengurusan Fly FM mahupun Hot FM, bagi Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 29, dia tahu ini adalah yang terbaik. Walaupun masih ada tersisa perasaan rindu kepada dunia radio, Hunny bagaimanapun tidak menolak semakin selesa kini.

“Bila saya nyatakan keinginan untuk berhenti kepada Seelan Paul (Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima), pada mulanya dia bingung juga.

Namun setelah menjelaskan keadaan sebenar, dia yakin saya mampu harunginya dan memberi galakan.

Bercakap mengenai syarikat produksi milik keluarganya iaitu MTertain Sdn. Bhd., yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu, Hunny kini tidak menolak untuk selesa bergelar seorang penerbit.

Dalam kesibukannya itu, dia juga tidak menafikan bakal kembali dalam dunia muzik.

“Sebenarnya sebelum berhenti memang saya ada berbincang dengan ibu. Bila dia sudah bersetuju dan yakin lalu saya terus mengambil keputusan ini.

“Saya akan lancarkan Mixtape dan ada lebih 10 lagu dimuatkan dalam album tersebut. Saya juga ada berduet dengan Kayda. Dia seorang penyanyi rap yang berbakat. Mixtape ni dah lama siap dan kita memang pilih nak lancarkan pada April ini," katanya positif walaupun ada yang mengatakan pada peringkat umurnya agak lewat untuk memulakan kembali karier muzik.

Tidak lagi terikat dengan dengan Media Prima, Hunny secara jelas memberitahu ini tidak bermakna dia tidak akan meneruskan dunia pengacaraan. Mengakui masih meneruskan dua program yang dikendalikan iaitu Hip Tv dan Nasi Lemak Kopi O, Hunny melihat karier pengacaraan masih jauh.

“Dulu bila berada di bawah stesen radio memang saya terikat. Jujurnya saya tidak mahu muzik saya terbeban kerana karier sebagai penyampai. Kita tahu bila kita menjadi penyampai radio nanti muzik kita akan mati. Jadi saya korbankan karier sebagai penyampai demi muzik.

“Untuk bidang pengacaraan saya lihat setiap hari dia memberi saya satu input yang baharu, sebab itu saya sayang bidang ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.