saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/03/2014

Sari Yanti minta 'berpisah'

MUNGKIN Sari Yanti telah fikir panjang sebelum membuat keputusan untuk berpisah.

ENTAH mengapa kebelakangan ini semakin kerap Aida dengar kisah artis bercerai. Berbeza keadaannya kalau mereka mahu berkahwin pasti ada sidang media yang akan menjelaskan keadaan sebenar, tetapi kalau bercerai siapa mahu uar-uarkan. Termasuklah kisah Sari Yanti dan suaminya Mohd. Eddy Casmady.

Sudah beberapa hari sebenarnya versi kisah rumah tangga pelakon ini dikatakan goyah mula bertebaran. Malah antara versi yang didengar Aida juga mengatakan Sari sudah memfailkan cerai di Seremban.

Namun segigih mana wartawan mahu mendapatkan kebenaran dari empunya badan pastinya sukar bila berdepan soal ini. Bukanlah kerja wartawan mahu mencanang perkara yang buruk sahaja, tetapi kalau sudah diberi maklumat kami sedia berkongsi dengan pembaca.

Memang benar setelah cuba mencari kepastian, Aida diberitahu sendiri sumber ini kisah 'perpisahan' di antara Sari dan suaminya itu memang benar. Malah permintaan itu katanya hadir daripada Sari selepas pulang dari menjayakan program Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan. Menurut sumber itu lagi, Sari dikatakan tidak pulang ke rumah selepas sekembalinya dia ke Malaysia.

Tidak menolak suaminya Casmady masih sayang dengan perkahwinan ini, sumber itu juga memberitahu ada usaha dari suaminya itu untuk mengelakkan perpisahan ini demi anak-anak mereka. Bagaimanapun sikap Sari yang tetap inginkan 'perpisahan' ini seolah-olah tidak meninggalkan Casmady dengan pilihan lain. Malah khabarnya Casmady juga sudah bersedia dengan 'perpisahan' ini. Buat masa ini anak-anak mereka dijaga keluarga Casmady memandangkan Sari tidak lagi pulang ke rumah.

Kalau ikutkan memang sedih mendengar kisah sebegini, bukan setahun dua Sari dan suaminya bersama, tetapi sudah enam tahun. Malah kehadiran kedua-dua anak mereka bagaikan menyempurnakan keluarga yang dulunya bahagia ini. Ikutkan, perkahwinan ini tidak pernah menyekat Sari dari terus bergelar pelakon, Aida harap ada ada sinar berbeza buat mereka tidak lama lagi.

Nota Lutut: Khabarnya Konsert Teaterikal Suara Kita berjaya, tidur lena Awie!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.