saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/03/2014

Hafiz AF7 semakin kurus

HAFIZ dan Adira bakal bekerjasama menjayakan persembahan Minggu Setiausaha.

BANYAK perubahan dapat dilihat pada keadaan fizikal Hafiz sejak kebelakangan ini. Bekas juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini misalnya telah memotong pendek rambutnya yang panjang dan kembang sejak tahun lalu.

Terbaharu, saiz badannya pula kelihatan susut. Dia nampak kurus dan sedikit cengkung sehingga ada yang mengatakan dia seperti sedang sakit. Sedangkan hakikatnya anak kelahiran Kuching, Sarawak ini semakin sihat dan ceria melalui kehidupannya.

Menurut Hafiz, dia sengaja menguruskan bentuk badan sehingga ia turun mendadak sejak kira-kira dua bulan kebelakangan ini. Ini kerana, dia mahu kelihatan lebih cantik dalam penampilan hasil dorongan kawan-kawannya.

“Memang berat badan saya turun sekarang ini. Kalau dulu berat saya 65 kilogram tetapi sekarang ini berat saya adalah 57 kilogram. Semua ini saya lakukan kerana mahu kelihatan sihat dan ia bermula sejak dua bulan yang lepas.

“Selain itu saya juga mahu kecilkan juga pada bahagian perut. Untuk itu, saya banyak bersukan dengan kawan-kawan bermain badminton dan futsal. Saya juga menjalani program untuk menguruskan badan secara intensif.

“Buat masa ini saya menggunakan sebuah alat yang dikenali Insanity Extreme Cardio yang saya gunakan dalam lapan minit dalam sekali sesi penggunaannya sama ada sebelum tidur atau selepas bangun tidur.

“Cara ini berkesan dan tidak memerlukan banyak masa untuk saya bersenam dan sekali gus menurunkan berat badan saya," katanya semasa ditemui pada sidang akhbar A Golden Moment With Hafiz di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis itu mengumumkan tentang persembahan Hafiz sempena Minggu Setiausaha yang akan diadakannya bersama Adira di Dewan Matrade, Kuala Lumpur pada 22 April ini dari pukul 12 tengah hari hingga 3.30 petang.

Jelas penyanyi Bahagiamu Deritaku, itu adalah persembahan pertama yang dijayakan sempena Minggu Setiausaha selepas menjadi penyanyi lima tahun lalu.

“Menyanyi di pentas sebegini membuatkan saya agak gemuruh juga. Ini kerana corak persembahan pada Minggu Setiausaha agak berbeza bagi saya. Saya kena ada interaksi dengan para penonton dan mereka pula golongan setiausaha.

“Apa pun saya akan cuba yang terbaik untuk persembahan ini. Mujurlah Adira turut sama menjayakan persembahan ini kerana ia sedikit sebanyak mampu memeriahkan lagi lagu-lagu yang akan dipersembahkan nanti.

“Antaranya kami mungkin akan berduet dalam lagu bertajuk Ombak Rindu. Saya juga akan menyanyikan beberapa buah lagu wajib pada persembahan itu seperti Awan Nano dan Bahagiamu Deritaku," ujarnya.

Sementara itu, Adira yang ditemui turut tidak menduga akan digandingkan bersama-sama Hafiz dalam persembahan itu kerana ia antara lain hasil permintaan daripada pihak penganjur iaitu Coop Matrade.

Persembahan yang akan dihoskan oleh Afdlin Shauki itu juga merupakan gandingan pertamanya bersama Hafiz pada persembahan sempena Minggu Setiausaha yang sejak menjadi penyanyi sepenuh masa.

“Buat masa ini saya sedang mencari-cari lagu apakah yang sesuai untuk dipersembahkan pada persembahan itu. Apa yang pasti saya akan menyanyikan dua buah lagu solo dan dua buah lagu duet dengan Hafiz.

“Cuma tajuknya akan saya putuskan kemudian. Saya memang terkejut apabila pihak penganjur mahu menggandingkan saya dengan Hafiz dalam persembahan ini. Saya tiada masalah kerana senang bekerja dengannya," katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.