saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/03/2014

Aznil cerewet

PENGALAMAN selama 14 tahun diperlukan oleh pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi, 52 atau Pak Nil sebelum berjaya menggenggam trofi pertamanya dalam bidang pengacaraan pada 2003.

Menjadikan rancangan gameshow Pop Kuiz terbitan TV3 pada era 90-an sebagai batu loncatan dalam membina kariernya, nama Pak Nil mula dikenali dek aksi ‘gila-gilanya’ ketika mengendalikan program berkenaan.

Rentetan prestasi yang disifatkan luar biasa dan memberangsangkan bagi segelintir pemerhati industri hiburan ketika itu, maka tidak hairanlah anak kelahiran Keramat, Kuala Lumpur itu ‘dinaikkan’ pangkat menjadi pengacara Melodi pada 1994, sebelum beralih ke rancangan bual bicara yang mengupas isu kontroversi industri hiburan tempatan iaitu Teleskop.

Kepelbagaian bakatnya dalam bidang tersebut bukan sahaja telah melonjakkan namanya ke puncak tertinggi dalam dunia pengacaraan, malah dia mendapat tawaran daripada Astro bagi mengisi salah satu jawatan penting dalam organisasi rangkaian televisyen berkenaan.

Secara tidak langsung, kejayaannya itu berjaya memperlihatkan perkembangan positif terhadap industri kreatif negara yang selama ini dipandang enteng dan kelihatan ‘kotor’ oleh sesetengah pihak sehinggakan Pak Nil dianugerahkan gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Pun begitu, kunjungannya ke Studio Utusan baru-baru ini, Pak Nil memberitahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia mencari barisan pelapis yang bakal menggantikan tempatnya.

On Air ada kelas

Usia menjangkau usia separuh abad, Pak Nil mengakui dirinya semakin tua untuk meneruskan perjalanan kariernya dalam bidang yang telah sebati dengan jiwanya itu.

Bukan bermaksud mahu mengundur terus daripada bidang pengacaraan, Pak Nil menjelaskan bahawa industri hiburan tanah air begitu ketandusan bakat muda yang benar-benar berkualiti untuk bergelar pengacara.

“Saya akui, taraf pendidikan bukanlah penanda aras untuk memastikan kejayaan seseorang itu dalam bidang ini. Namun, tiada salahnya jika seseorang pengacara untuk menambahkan ilmu mereka agar pengendalian sesuatu acara dilihat lebih menarik dan mempunyai isi.

“Kalau dilihat, terdapat sebilangan pengacara yang dikategorikan popular, tetapi pengisian dalam setiap skrip atau dialog yang dilontarkan amat minima dan ia satu petanda tidak baik terhadap industri ini.

“Disebabkan itu, saya mengambil langkah pro-aktif menerbitkan program On Air agar ia mampu melahirkan pengacara yang bukan sahaja berbakat, malah penuh ilmu di dada serta mempunyai perspektif luas dan berbeza terhadap aspek hiburan memandangkan latar belakang peserta yang berbilang," katanya.

Menurutnya lagi, penerbitan ini bukan sekadar melepaskan batuk di tangga dengan membiarkan para pesertanya terumbang-ambing setelah ia tamat, tetapi ibarat sebuah temuduga kerja yang memastikan setiap peserta finalisnya mendapat jawatan di stesen televisyen berbayar itu.

Sebagai contoh katanya, barisan finalis musim pertama telah pun memulakan kariernya selaku wartawan penyiaran di Astro Awani, selain menjadi pengacara program hiburan yang diterbitkan oleh stesen berkenaan.

“Umum sendiri melihat perkembangan karier Hafizul Kamal selaku juara mengendalikan beberapa acara hiburan yang dianjurkan oleh Astro. Begitu juga dengan naib juaranya, Hefny Sahad yang turut mendapat peluang sama. Kedua-duanya menunjukkan prestasi yang amat baik ketika ini dan turut menerima tawaran dalam bidang lakonan disebabkan personaliti yang dimiliki.

“Tidak ketinggalan barisan finalis lain seperti Malissa Sahari, Hans Yusoff dan CK Faizal yang kini menjadi penyampai berita di saluran Astro Awani. Walaupun masih baharu, tetapi mereka amat berpotensi," ujarnya yang pernah menjadi pembaca berita ketika berkhidmat di TV3 dahulu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.