saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/04/2014

Dua cerita, satu cinta

SELEPAS empat tahun bertunang, pasangan ini disatukan sebagai suami isteri dan kini meniti kebahagiaan dalam rumah tangga.

Sebuah kisah percintaan pasti bermula dengan bibit pertemuan sama ada pandang pertama, mahupun pertemuan yang tidak disangka.

Kisah yang kolum Cinta Kami ingin bawakan minggu ini adalah sorotan sebuah kisah cinta yang berbeza, tetapi membawa ke penghujung cerita yang sama, ke jenjang pelamin.

Bertemu dengan pelakon penuh karisma, Khir Rahman dan isterinya, Siti Jasmina Ibrahim, lembaran kisah silam dibuka kembali.

Menurut Khir, detik pertama bertemu dengan isterinya adalah ketika dia menonton persembahan akhir pelajar di Akademi Seni Kebangsaan (kini dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) pada tahun 1997.

“Masa itu saya pergi atas undangan rakan-rakan dan saya nampak dia sedang membaca cerpen di atas pentas.

“Jauh dalam hati saya berkata, saya suka dia, suara dia, lontaran bacaannya memang kena dengan peranannya di atas pentas ketika itu," jelasnya.

Secara kebetulan, jelas Khir, usai persembahan, dia terlihat kelibat isterinya itu dan menegurnya sambil mengucapkan tahniah atas persembahannya tadi.

“Saya nampak dia, saya terus pergi jumpa dan cakap tahniah. Suara awak sedap dan awak membaca dengan baik. Rasanya itulah kali pertama saya berkomunikasi dengan dia," jelasnya.

Selepas itu, jelas Khir, mereka bertemu sekali lagi menerusi teater Jejak Pahlawan arahan Khalid Salleh di mana Khir menjadi teraju dalam teater tersebut.

“Hendak dibuat cerita, isteri saya ketika itu turut terlibat sekali dalam produksi dan secara tak langsung, kami berjumpa tiap-tiap hari dan mula rapat," katanya.

Ditanya perasaan ketika itu sekadar rakan atau sudah mula menanam rasa cinta, jelas Khir, ketika itu rasanya memang sekadar rakan sahaja.

“Tapi, kalau kita imbas kembali ketika itu, rasanya rasa cinta sudah mula berputik, tetapi masing-masing menyembunyikan perasaan itu," katanya tersenyum.

Menyambung cerita, jelas Khir, apa yang membuat mereka semakin rapat ialah ketika satu insiden sewaktu rakannya pengsan selepas makan.

“Ketika itu, kami bawa dia ke hospital dan kami mula rapat sebab kami sering keluar berdua untuk melawat rakan kami itu," jelasnya.

Tidak mahu menyimpan rasa cinta yang semakin bersarang di hati, cerita Khir, pada satu hari ketika berada di rumahnya, dia menguatkan semangat untuk memberitahu sesuatu kepada isterinya.

“Masa itu saya di rumah. Rasa resah, rindu semuanya di hati. Jadi saya telefon dia dan cakap yang saya sebenarnya suka pada dia dan berharap saya tidak bertepuk sebelah tangan.

“Lepas saya cakap macam tu, dia cakap 'tak' dan masa itu adalah hari yang paling seronok sekali saya pernah rasa," katanya tertawa.

Dia bakal jaga saya

Berbeza pula ceritanya bagi Jasmina tentang kisah cintanya bersama dengan Khir. Malah, kisahnya menyorot lebih silam lagi berbanding kisah Khir.

Langsung bercerita, menurut Jasmina, semuanya bermula pada tahun 1994 dan ketika itu dia menjadi kumpulan pertama pelajar di ASK dan terlibat dengan teater Uda dan Dara yang dipentaskan dalam bahasa Inggeris.

“Waktu itu, Khir memegang watak utama dalam teater itu. Tetapi masa latihan, saya tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap dia.

“Sehinggalah masuk hari kedua persembahan, ketika tunggu giliran saya untuk naik ke pentas, saya terlihat dia dan ada sesuatu yang berkata dalam diri saya.

“Masa saya tengok muka dia, hati saya berkata yang orang ini akan jaga saya. Masa itu memang pelik kerana saya tak kenal dia pun. Lagipun, masa itu saya budak lagi," jelasnya.

Sambungnya, sampailah selepas empat tahun, Khir muncul lagi dalam hidupnya ketika dia usai membuat persembahan membaca cerpennya.

Tapi, selepas pertemuan singkat itu, Khir kembali menghilangkan diri membuatkan dia kembali mengabaikan perasaannya.

“Lama selepas itu, saya baru pulang daripada Filipina, saya tidak tahu siapa pelakon yang terlibat dengan teater Khalid Salleh.

“Bila dapat tahu yang Khir terlibat sekali, masa itu saya fikir yang dia dah datang kembali dan ini kali ketiga saya bertemu dengannya,“ jelasnya.

Bermula daripada teater itu, jelas Jasmina barulah mereka mula mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat.

“Saya selalu berdoa ketika itu supaya kalau betul Khir adalah jodoh saya, saya minta supaya jangan dijauhkan.

“Selepas itu, Khir mengambil telefon dan meluahkan perasaannya kepada saya dan hati saya ketika itu merasakan memang dia adalah jodoh saya," jelasnya tersenyum.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.