saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/04/2014

Klip video hebat Balistik

FILEM Balistik menjadi lebih 'kuat' dengan OST hebat nyanyian Fiq.

MEMILIKI vokal mantap serta mampu mencecah nada yang tinggi menjadi satu kelebihan buat juara Mentor musim kedua, Fiq Halim atau Mohd. Firdaus Abd. Halim untuk terus bertahan di persada muzik tempatan. Walaupun popularitinya seakan-akan tenggelam timbul dek publisiti yang tidak meluas, Fiq masih lagi mengekalkan namanya sebagai salah seorang penyanyi lelaki berbakat tanah air.

Ini terbukti apabila beberapa lagu nyanyiannya mendapat sambutan hangat pendengar radio yang memutarkannya seperti single Setia Hujung Nyawa yang menjadi lagu runut bunyi drama bersiri popular yang disiarkan di slot Akasia, TV3 itu.

Januari lalu, Fiq sekali lagi ditawarkan menyanyikan lagu runut bunyi, cuma kali ini bukan untuk siri TV, akan tetapi untuk sebuah filem aksi lakonan dua aktor hebat, Rosyam Nor dan Adi Putra iaitu Balistik. Lagu yang diberi judul Balistik Cinta itu dicipta sepenuhnya oleh komposer baharu, Faz Alberta dan ternyata menyerlahkan kemampuan jejaka berusia 31 tahun itu.

Mengulas mengenai klip video yang dihasilkan, keseluruhannya adalah berkisar footage di sebalik pembikinan filem Balistik dan sesekali diselitkan kelibat Fiq yang menyanyi di dalam sebuah studio.

Selain ritma lagu yang rancak dan bergenrekan rock, suntingan video yang berkonsepkan fast cut sudah cukup untuk membuatkan klip tersebut mampu menarik minat pelayar laman YouTube menyaksikannya.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, klip video berkenaan lebih menarik untuk ditonton berbanding filem itu sendiri yang disifatkan kekurangan perisa walaupun mempertaruhkan idea yang segar. Sedutan-sedutan yang mengujakan daripada babak filem terbitan Suhan Movies itu menjadi intipati kejayaan klip video yang mencecah lebih 200,000 tontonan itu.

Ia ibarat menikmati tiga karya seni sekali gus iaitu mendengar lagu, menonton klip video, di samping menyaksikan sedutan di sebalik pembikinan sesebuah filem.

Walaupun ia bukanlah idea baharu, tetapi merupakan cara selamat dan murah untuk menghasilkan klip video serta menarik untuk ditonton.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.