saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/04/2014

Karipap kuatkan rasa cinta

GARA-gara karipap Fazley jatuh cinta pada Azrene.

Sepanjang mendengar kisah-kisah detik pertemuan bagi pasangan artis bermula awal tahun ini, pelbagai kisah menarik yang dikongsikan. Tetapi kebanyakannya adalah kisah yang tidak disangka.

Ibarat rentetan sebuah kisah novel, itulah yang boleh disimpulkan tatkala mendengar kisah pertemuan penyanyi, chef dan pakar motivasi, Datuk Fazley Yaakob bersama isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz.

Menurut Fazley, detik pertemuan itu bermula ketika dia menguruskan konsert Datuk Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall, London pada 2005.

"Ketika itu saya masih ingat lagi kerana saya bertugas untuk menguruskan konsert Siti dan daripada situ, saya bertemu dengan isteri dan pertama kali bertentang mata dengannya, terus hati saya sudah mula tertaut.

"Ketika itu, pada malam persembahan, dia telah bertemu dengan saya dan bertanyakan tentang jalan untuk ke ruang menunggu sebelum masuk ke dewan utama dan itu kali pertama kami bertentang mata," jelasnya.

Tambah Fazley, ketika itu, hatinya sudah berbisik untuk mengenali siapakah wanita ini tetapi dibatalkan kerana menganggap dia seorang budak sekolah.

"Masa kali pertama dia tegur, saya ingat dia adalah budak sekolah apatah lagi dengan susuk tubuhnya yang kecil. Jadi, saya batalkan niat untuk mengenalinya lebih lanjut," katanya.

Ketika ditanya adakah isterinya mengenali Fazley ketika itu sebagai seorang penyanyi dan jelas Fazley sambil tertawa, wanita itu langsung tidak mengenalinya dan ia berlanjutan untuk beberapa bulan.

"Apa yang buat saya pelik, Azrene ketika itu memang tidak mengenali saya langsung dan dia ingat saya adalah salah seorang kakitangan pelayan di situ ketika itu," katanya tertawa mengingati kembali detik itu.

Pertemuan kali pertama itu berakhir di situ dengan masing-masing membawa haluan sendiri tanpa mengenali satu sama lain.

Namun, tanpa disangka-sangka, hari kedua konsert berlangsung, takdir menemukan mereka kembali dan akhirnya mereka mula berkomunikasi dan mengenali antara satu sama lain.

"Ketika di hari kedua, barulah saya tahu dia siapa dan mengenalinya dengan lebih dalam lagi. Cuma saya tidak menyangka yang dia merupakan seorang peguam ketika itu.

"Malah, selepas selesai konsert itu, ketika semua pengurusan sudah bersedia untuk pulang ke ibu kota, saya mengambil keputusan untuk tinggal lagi beberapa hari di kota London bagi mengenali wanita ini," jelasnya.

Bermula dari situ, bermulalah episod baharu dalam kehidupan Fazley dan wanita yang bernama Azrene.

AZRENE dan Fazley mempunyai minat yang sama iaitu memasak dan keserasian itu adalah kunci kebahagiaan rumah tangga mereka.

Suka masakan Azrene

Sebagai seorang yang hebat dalam bidang masakan, sudah semestinya Fazley mempunyai cita rasa yang tinggi dalam setiap masakan dan itu yang membuat dia tertaut pada isterinya.

Menyambung bicaranya, jelas Fazley, selepas beberapa minggu dia kembali ke kota London dan disambut oleh Azrene di lapangan terbang dengan sebungkus kuih karipap.

"Pertama kali saya melihat seorang wanita yang tinggal di London dan mahir dalam membuat karipap. Melihat kepada bentuk karipap itu, saya tahu ia adalah kuih yang dibuat dengan sangat baik.

"Malah, menjamah kuih itu, dengan kentang yang dipotong dadu dan masak yang sempurna membuatkan saya tertanya-tanya sama ada dia beli atau buat sendiri.

"Ketika dia beritahu yang karipap itu dibuat olehnya, memang saya rasa sangat kagum sebab dia tinggal di luar negara, tetapi mahir dalam membuat kuih tradisional," jelasnya.

Lepas daripada peristiwa itu, jelas Fazley, dia terus mengenali dengan lebih lanjut wanita itu selama kira-kira enam bulan sebelum mengambil keputusan untuk bernikah dengan wanita itu.

"Selama enam bulan itu, kami berhubung jarak jauh. Kalau bertemu pun, sebulan sekali saya akan ke London," jelasnya.

Tambah Fazley lagi, jiwa Melayu yang kuat dimiliki oleh Azrene juga membuatkannya bertambah kuat untuk bersama dengan wanita ini.

"Saya bersyukur kerana memperoleh dia sebagai isteri saya. Bukan sahaja pandai dan bijak dalam urusan rumah tangga, tetapi juga merupakan seorang yang pakar memasak.

"Sehingga kini, kalau masakan itu dimasak oleh isteri saya, pasti saya akan makan lebih banyak daripada biasa," jelasnya tertawa.

Mahu tunai haji bersama

Setiap pasangan suami isteri pastinya mempunyai impian dan cita masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan dan tidak terlepas bagi pasangan Fazley dan Azrene sendiri.

Bagi Fazley sendiri, impiannya kini untuk mempunyai bilangan anak yang ramai tetapi ia terpulang kepada rezeki tuhan.

"Memang saya mahukan bilangan anak yang ramai dan impian saya adalah untuk melihat mereka semua berjaya dalam lapangan hidup masing-masing," jelasnya yang sudah mempunyai tiga orang anak itu.

Tambah Fazley lagi, ada satu impian sebagai suami isteri yang mereka pasang sejak mereka bercinta lagi tetapi belum terlaksana hingga sekarang.

"Kami sudah menunaikan umrah bersama. Tetapi, kami mempunyai impian untuk menunaikan haji bersama sebagai suami isteri di usia yang muda.

"Impian itu kami rancang sejak bercinta lagi tetapi masih belum tercapai. Kami tetap berdoa supaya impian kami dipermudahkan tuhan," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.