saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/04/2014

Rahsia bertahan Normah Damanhuri

BIAR hanya pelakon pembantu Normah Damanhuri dan Zaidi Omar memberikan lakonan yang cukup berkesan dalam filem Ombak Rindu.

LEBIH tiga dekad melibatkan diri dalam bidang lakonan bukan satu tempoh masa yang singkat. Dalam tempoh berkenaan pastinya segala pahit manis bersilih ganti mengiringi perjalanan wanita ini.

Dia masih ingat ketika mula-mula bertapak dalam bidang lakonan satu masa dahulu. Meski pun mengetahui bakatnya biasa-biasa sahaja ketika itu, Normah tidak pernah menyerah kalah.

Saat namanya semakin dikenali tawaran yang datang juga silih berganti. Satu persatu drama lakonannya mula meninggalkan kesan kepada peminat sehingga dia berjaya memenangi beberapa anugerah.

Baginya kunci kejayaan seseorang pelakon terletak kepada disiplin dan setiap pelakon seharusnya berpegang kepada perkara tersebut.

"Saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana mampu bertahan sampai tahap ini. Mungkin sebab saya menjaga disiplin yang membuatkan orang senang untuk ambil saya bekerja dari dulu.

"Memang prinsip saya akan menghabiskan satu persatu tawaran yang saya dapat terlebih dahulu. Rasanya jarang sekali orang akan tengok saya berada di dua lokasi yang berbeza pada masa yang sama.

"Satu, mungkin saya tak mahu serabut dan satu lagi saya saya nak kerja saya lancar dan tak menyusahkan orang lain," jelasnya kepada Pancaindera.

Bagi pelakon ini antara kejayaan besar menggondol anugerah ketika membintangi filem Jogho arahan U-Wei Haji Shaari kira-kira 15 tahun yang lalu.

Filem Jogho yang menyapu bersih lima anugerah sempena Festival Filem Malaysia ke-14 (FFM14) itu diserikan lagi dengan kemenangan Normah yang membawakan watak Minah menerusi Anugerah Skrin pada tahun 1999.

Ibu kepada lima anak ini berjaya menggondol kategori Pelakon Wanita Terbaik ketika itu sebelum mengulangi sejarah untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada tahun 2008 menerusi telefilem Tuhan Pun Tahu.

Kali terakhir dia memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Songlap menerusi FFM ke- 25 tahun lalu.

Akui pelakon ini lagi, biarpun dia banyak menerima tawaran sejak akhir-akhir ini dan ada antaranya menampilkan watak yang ringan namun dia tidak menolak mentah-mentah hal tersebut.

"Memang banyak tawaran yang ada sejak kebelakangan ini. Ada yang okey dan ada yang tidak. Saya ini bukan jenis yang memilih sangat dan memang sejak dulu pun macam itu.

"Cuma saya akan ambil tahu sikit-sikit siapa gandingan saya. Tapi nak menolak terus itu mungkin tidak. Bukan apa saya selalu risau kalau saya memilih gandingan akan menyekat rezeki orang lain.

"Kita sama-sama nak cari rezeki dan saya selalu berharap semua orang akan buat yang terbaik setiap kali di set," jelasnya yang lebih gemarkan naskhah berat yang memerlukan permainan emosi.

Pastinya kini bakat seni Normah tertumpah kepada anak bongsunya, Ahya Ulumuddin yang sedang menempa nama sebagai model dan pelakon baru.

"Dalam lima orang anak hanya satu sahaja yang mengikut jejak langkah saya. Yang lain semuanya dah bekeluarga dan menguruskan hal masing-masing.

"Ahya masih baru dan masih banyak perkara yang perlu dipelajari untuk berjaya. Sabagai ibu saya berbangga kerana dia berjaya menempa kejayaan dalam dunia peragaan dan berharap dia akan berjaya dalam bidang lain juga," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.