saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/04/2014

Bangga walaupun pelat 'R'

LISA Surihani masih punya keinginan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pengacaraan.

BAKAT lakonannya sejak melibatkan diri hingga kini sudah hampir 20 tahun. Ia telah berjaya dibuktikan dengan menggenggam pelbagai trofi pengiktirafan. Namun dalam bidang pengacaraan, wanita cantik bernama Lisa Surihani ini boleh dianggap agak lama menyepi. Persoalannya, adakah dia mampu menggalasnya dengan baik setelah sekian lama tidak mengacara?

Mula mengacara sejak 10 tahun lalu menerusi pelbagai program sama ada disiarkan secara langsung ataupun tidak, pengalaman terakhirnya adalah program MyEG Xtra Time Bring It! kira-kira empat tahun lalu bergandingan dengan Marion Caunter, Cheryl Samad dan Sarah Lian.

Mengakui dirinya sudah 'berkarat' kerana agak lama tidak mempraktikkan bidang tersebut, dalam masa yang sama, dia sebenarnya teruja untuk kembali beraksi di depan lensa kamera berkongsi pelbagai maklumat bersama penonton.

Bertemu dengannya ketika majlis pelancaran program interaktif HBO Sentral yang menyaksikan Lisa bertindak sebagai hos, dia memberitahu kepuasan dalam lakonan telah dicapainya dan kini mula fokus untuk bidang pengacaraan pula.

Tidak bermaksud untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan, namun Lisa menjelaskan bidang pengacaraan adalah salah satu cabang seni yang amat diminatinya sedari kecil.

“Menerusi pengacaraan, saya mampu menyerap pelbagai maklumat sekali gus menambah ilmu pengetahuan. Selain pembacaan buku ilmiah, dengan mengacara juga saya boleh meningkatkan pengetahuan dengan variasi input yang diperoleh berdasarkan skrip yang disediakan.

“Seperti sebelum ini ketika mengacarakan program Mari Menari, saya dapat mengetahui bermacam-macam jenis dan teknik tarian walaupun hakikatnya saya bukanlah seorang penari.

“Bidang pengacaraan ada momentumnya tersendiri. Jadi saya mahu mengasah semula kerja mengacara ini dengan mendapatkan momentum daripada bidang lakonan," katanya.

Tuah lidah pelat

Umum mengetahui, Lisa amat terkenal dengan pelatnya yang sukar menyebut huruf ‘R’, akan tetapi dia tetap menjadi pilihan beberapa pihak produksi untuk menjadi hos bagi program terbitan mereka.

Tatkala dipilih sebagai hos program HBO Sentral dengan konsep interaktif dan informatif, Lisa berkata, dia tidak mengalami sebarang masalah ketika rakaman program tersebut dijalankan.

Menceritakan kepelatan yang dialaminya, bagi Lisa ia bukanlah satu masalah memandangkan kekurangan yang dimilikinya itu tidak mendatangkan sebarang kesan negatif terhadap rancangan yang dihoskan.

“Segala maklumat yang perlu disampaikan kepada penonton masih boleh dilontarkan secara jelas, tidak timbul sebarang kekeliruan fakta atau sebagainya.

“Walaupun lidah saya sukar untuk menyebut huruf ‘R’, tetapi sekalipun saya tidak menganggapnya sebagai kekangan untuk meneruskan karier seni sama ada sebagai hos mahupun pelakon yang banyak berdialog," katanya.

Ditanya adakah pelat itu satu keistimewaan yang membuatkannya terus dipilih mengacarakan sesuatu program, jawab Lisa, hanya penonton dan pihak produksi yang boleh merungkai persoalan tersebut.

“Biarlah orang luar yang menjawab soalan itu. Selagi saya diterima untuk mengendalikan sesuatu program atau menjayakan sesebuah drama, itu sudah memadai buat saya. Bersyukur sangat," jawabnya.

Menyentuh mengenai HBO Sentral, Lisa memberitahu bahawa intipatinya adalah mengulas mengenai jalan cerita, mesej dan sedikit maklumat tambahan yang menarik untuk dikongsi bersama penonton.

“Adakalanya, keterujaan saya yang belum sempat atau tidak pernah menonton filem itu sendiri yang mampu menarik minat orang ramai untuk turut sama menonton," ujarnya pada majlis pelancaran HBO Sentral versi bahasa Melayu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program yang mengupas kisah di sebalik filem-filem Hollywood tayangan HBO itu memerlukan Lisa menjalani penggambaran dalam sebuah studio yang menggunakan skrin hijau sebagai setnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.