saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/04/2014

Kerjasama KRU dan TGV

Pegawai Eksekutif TGV Pictures, Gerald V (dua dari kanan) bersama Pengarah-Pengarah Kumpulan Syarikat KRU pada sidang akhbar pengumuman kerjasama diantara TGV Pictures dengan KRU di One Utama.

MENYEDARI pulangan yang diterima oleh industri perfileman negara semakin merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kumpulan Syarikat KRU (KRU Studios) mengambil langkah proaktif bagi memastikan filem-filem keluaran mereka tidak selamanya terkena dengan tempias kesuraman tersebut.

Tekad untuk menaikkan semula nilai pasaran filem tempatan, KRU Studios mengumumkan jalinan kerjasama strategik dengan TGV Pictures bagi pengedaran filem-filem mereka untuk tempoh selama setahun.

Presiden Eksekutifnya, Norman Abdul Halim berkata, TGV Pictures dipertanggungjawabkan untuk memasar dan mengedarkan filem yang dilesenkan di bawah syarikat penerbitan tersebut ke seluruh pawagam tanah air.

“Usahasama ini adalah bertujuan mengkaji kencenderungan dan trend penonton terhadap filem-filem terkini pada peringkat akar umbi. Kutipan box-office bagi filem-filem tempatan secara keseluruhannya semakin merosot sejak 2012 dan berada pada tahap membimbangkan.

“Kami percaya kerjasama dengan TGV Pictures dapat membantu mengenal pasti punca kemerosotan yang berlaku di samping memberi maklumat sebenar pada peringkat akar umbi," katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan baru-baru ini.

Kerjasama strategik itu dilihat dapat menyumbang ke arah peningkatan prestasi kutipan box-office sesebuah filem.

Ini memandangkan, pihak KRU Studios tidak mempunyai tenaga kerja yang secukupnya untuk memantau trend penonton wayang dari semasa ke semasa dan dari sebuah pawagam ke sebuah pawagam yang lain.

“Justeru, langkah ini bertepatan memandangkan TGV Pictures sememangnya sepanjang masa terbabit dengan kerja-kerja pengedaran dan penayangan, sekali gus boleh memantau dan mengkaji segala bentuk perubahan citarasa yang berlaku dalam kalangan penonton di peringkat akar umbi.

Kelembapan industri filem menjadi lebih buruk jika semua pihak tidak mengenal pasti punca sebenar penonton enggan menyokong filem tempatan.

“Sebelum ini kita ada membuat beberapa kajian awal, namun masih tidak mencukupi untuk mengatasi masalah itu. Apa yang kita dapati penonton mahukan filem yang segar, berbeza daripada lambakan yang ada. Selain itu, pengeluar filem perlu memilih masa yang bersesuaian supaya tidak bersaing dengan filem luar negara.

“Sebagai contoh, filem The Journey yang dikeluarkan awal tahun tidak bersaing dengan mana-mana filem berstatus box-office luar negara. Sebab itulah ia berjaya mencatat rekod jualan tertinggi mencecah RM17 juta," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Picture, Garald V. Dibbayawan berkata, kerjasama ini merupakan peluang pempamer menunjukkan tanda sokongan dan menggalakkan perkembangan filem tempatan.

“Ia satu perkembangan yang baik dan selaras dengan matlamat TGV Pictures dalam mempelbagaikan kandungan serta mempertingkatkan pembangunan pasaran pempamer di Malaysia," katanya.

Antara filem yang bakal dikeluarkan dan diedarkan di bawah kerjasama ini adalah Dendam Orang Mati, Mat Tudung, Ribbit, Puaka Balai Gombak, Stranded dan Cicakman 3.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.