saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/05/2014

Pertemuan ibarat drama

NADI Anaqi anak sulung mereka yang kini berusia 10 bulan merupakan penghibur kepada Zahiril dan Shera.

Jodoh adalah ketentuan tuhan dan dengan siapa kita berkahwin, semuanya sudah ditentukan. Ada yang menyulam cinta sekian lama, tetapi menemui kegagalan.

Ada pula yang bertemu hanya sebentar, tetapi masjid yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Semuanya telah ditentukan yang Maha Esa.

Bercerita mengenai kisah cinta antara pasangan pelakon Zahiril Adzim dan Shera Aiyob, Zahiril lebih lama mengintai peluang untuk masuk ke hati isterinya itu.

"Saya sebenarnya sudah lama mengintai peluang untuk mengambil tempat di hati dia. Masa mula-mula saya bertemu dengan dia adalah ketika menjadi hos sewaktu pelancaran drama Merah Putih sekitar tahun 2009.

"Ketika itu saya mula-mula nampak dia dan ada rasa untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Lepas itu saya dapat tahu yang dia sudah pun berpunya, jadi saya pun batalkan hasrat itu," jelasnya.

Tetapi menurut Zahiril, selepas dua tahun berlalu, mereka bertemu kembali ketika sesi bacaan skrip untuk sebuah filem yang mereka berlakon bersama.

"Masa bertemu semula itu memang kelakar sebenarnya sebab jalan cerita untuk bertentang mata semula selepas dua tahun itu macam dalam drama.

"Ketika itu saya ke TV3 untuk sesi bacaan skrip dan lepas meletakkan kereta saya berlari sebab pintu lif dah nak tutup ketika itu.

"Jadi ketika saya tahan pintu lif itu, tiba-tiba orang yang saya nampak dalam lif itu adalah Shera. Bila kenang balik, memang kelakar masa itu

"Tapi masa dalam lif itu, saya memang rasa kekok sangat," katanya tertawa.

Tambah Zahiril lagi, ketika sesi penggambaran itu yang membuatkan mereka mula mengenal diri masing-masing tetapi masih belum berhasrat untuk keluar berdua.

"Masa dah selesai penggambaran, kami mula berkenalan dan keluar tetapi bersama dengan rakan-rakan yang lain.

"Sehinggalah beberapa bulan kenal barulah saya menyatakan hasrat untuk keluar bersama dengannya. Enam bulan kami berkenalan, terus mengikat tali pertunangan.

"Enam bulan ikat pertunangan, kami terus melangsungkan perkahwinan. Inilah ketetapan jodoh, yang kenal sekejap itu terus menjadi isteri," jelasnya.

Puisi tentang Shera

Bagi Shera, dia sebenarnya tidak tahu yang Zahiril sebenarnya sudah menyimpan hasrat yang lama untuk mengenali dirinya.

"Saya memang tidak tahu pada awalnya kerana ketika sesi penggambaran filem itu, kami memang tidak banyak bercakap dan fokus pada kerja.

"Masa kami keluar beramai-ramai itu pun saya tidak tahu kerana dia lebih banyak bersembang dengan orang lain. Jadi perasaan masa itu memang tidak ada lagi," jelasnya.

Tetapi, semakin lama berkenalan, barulah Shera nampak yang sebenarnya Zahiril menyimpan hasrat cinta kepadanya.

"Bila dah kenal lama, kita boleh nampaklah daripada perbuatan dia yang dia sebenarnya suka pada saya. Dia lebih menjaga saya, makin kerap ajak saya keluar berdua dengannya.

"Tapi dia tidak terlalu menunjuk yang dia suka pada saya sebenarnya. Itu yang saya suka sebab kalau melebih-lebih sangat, saya jadi menyampah," jelasnya.

Tambah Shera lagi, ada beberapa lagi sifat pada Zahiril yang berjaya menambat hatinya termasuklah sikapnya yang kelakar dan pendapatnya tentang sesuatu perkara.

"Lepas berkahwin, dia ada beritahu kepada saya yang dia buat puisi yang ceritanya berdasarkan tentang dia dan saya.

"Dalam puisi itu tidak menyebut tentang saya pun sebenarnya, tetapi Zahiril beritahu yang ia berkisar tentang perasaan apa yang dia rasa terhadap saya dan reaksi saya terhadap rasanya ketika itu," jelasnya.

Perkahwinan mematangkan diri

Perkenalan singkat tidak semestinya boleh menjadi punca kepada kegagalan rumah tangga kerana ia adalah hubungan yang berasaskan kepada tanggungjawab bukan nafsu semata-mata.

Mengakui tentang perkara itu, jelas Zahiril, perkahwinan membuatkan dia menjadi semakin matang dalam mengambil setiap keputusan melibatkan hal rumah tangga.

"Kalau sebelum berkahwin, pemikiran kita tidak waras ketika itu. Semua keputusan dibuat mengikut nafsu. Malah, bercinta sebelum kahwin, seseorang itu mudah berputus asa awal.

"Bercinta selepas kahwin, kita kena selesaikan setiap masalah sebab kita dah jadi suami isteri, jadi ia adalah sebuah hubungan lebih matang.

"Semua masalah kita tidak boleh lari tapi kena cari jalan penyelesaian. Apatah lagi bila dah berkahwin hubungan fizikal kita bersama semuanya mendapat pahala," katanya.

Tambah Shera pula, cabaran bila dah berkahwin memang tinggi dan ia memerlukan kesabaran yang tinggi daripada kedua-dua pasangan.

"Jangan sesekali libatkan orang lain dalam hal rumah tangga. Jangan dengar cakap orang kerana kita sendiri kena percaya kepada suami atau isteri masing-masing.

"Kadang-kadang cerita daripada orang ketiga atau campur tangan orang ketiga yang mengeruhkan lagi keadaan," jelasnya.

Jelasnya lagi, apa yang paling penting ialah untuk sentiasa mengekalkan kemanisan ketika bercinta hinggalah ke alam perkahwinan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.