saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/05/2014

Majlis resepsi Misha Omar meriah

Zainab Mat Nor merenjis tepung tawar anaknya, Misha Omar dalam majlis resepsi perkahwinan penyanyi itu dengan pasangannya, Firos Ezzwan Rossly di Hotel Renaissance, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 3 Mei - Majlis resepsi perkahwinan penyanyi, Misha Omar, 32, atau nama sebenarnya, Samihah Omar dengan pasangannya Firos Ezzwan Rossly, 32, di Hotel Renaissance di sini malam tadi, meriah dengan kehadiran kira-kira 450 tetamu.

Keanggunan kedua-dua mempelai terserlah dengan busana berwarna merah hati yang menekankan konsep mo­den kontemperori hasil rekaan Syaiful Baharim.

Majlis resepsi itu dimulakan de­ngan bacaan selawat serta doa sebelum ahli keluarga kedua-dua pengantin menepung tawar pasangan mempelai dalam suasana yang cukup indah.

Majlis yang diacarakan oleh penya­nyi Adibah Noor itu turut dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti Datuk M Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa, Datuk Hattan serta Nurul.

Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan daripada Dina Nadzir, Jaclyn Victor, Salamiah Hassan dan Fara Fauzana.

Dalam pada itu, Misha dan Firos ketika ditemui selepas selesai majlis resepsi berkata, mereka sekeluarga lega setelah majlis ijab kabul serta resepsi yang diatur berjalan dengan baik serta penuh kemeriahan.

"Majlis ini telah dimeriahkan dengan rakan-rakan selebriti yang hadir menghiburkan tetamu dan ini adalah hadiah perkahwinan yang cukup bermakna buat saya.

"Selain itu, ini juga adalah tanda penghargaan saya untuk menyambut keluarga suami," katanya di sini malam tadi.

Misha turut mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada yang telah menyediakan konsep yang cukup indah dalam merealisasikan impian perkahwinannya.

"Ini adalah majlis perkahwinan yang saya idamkan selama ini dan saya sa­ngat berpuas hati dengan segala persiapan termasuk dua persalinan daripada Syaiful Baharim yang cukup indah.

"Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada te­ta­mu yang hadir dan sentiasa mendoakan kebahagiaan kami," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.