saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/05/2014

Lagi adaptasi daripada novel

Sebahagian krew dan pelakon yang terlibat dalam drama Masihkah Ada Kasih adaptasi novel Sharifah Abu Salem.

NOVEL kini menjadi pilihan penerbit drama untuk dijadikan drama televisyen.

Dari satu sudut boleh dianggap positif kerana boleh menyampaikan pemikiran penulis (novel bermutu) kepada golongan penonton yang malas membaca.

Begitu juga dengan novel Masihkah Ada Kasih karya Sharifah Abu Salem yang dijadikan drama bersiri dan diarahkan oleh Amie Marziah.

Drama terbaru itu merupakan kali kedua Amie menggalas tugas sebagai pengarah kepada drama adaptasi novel Sharifah Abu Salem selepas Trilogi Cinta yang ditonton lebih 1.3 juta penonton sebelum ini.

Mengenai Masihkah Ada Kasih , Amie menganggap drama tersebut mempunyai kekuatan dan mungkin ada penonton membandingkan dengan naskah Trilogi Cinta.

"Masing-masing punya kekuatan. Untuk Masihkah Ada Kasih, saya rasa selain jalan cerita, kekuatannya juga terletak kepada barisan pelakon. Untuk drama ini boleh dikatakan rata-rata pelakon pertama kali berada di bawah pengarahan saya.

"Namun mereka memberikan kerjasama dengan baik. Saya juga gembira dengan pasukan ini kerana masing-masing tahu tanggungjawab dan tidak lepas tangan menggalas tugas masing-masing sebagai pelakon.

"Selepas setiap satu babak siap, saya akan pastikan mereka tonton kembali lakonan untuk memperbaiki mana yang nampak lemah. Saya tak mahu graf lakonan mereka menurun maka saya terbuka untuk berbincang apa yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa," katanya.

Bercakap mengenai intipati Masihkah Ada Kasih kata Amie, drama tersebut dilihat agak perlahan dari segi penceritaannya.

Dihasilkan untuk 40 episod, Amie mempertaruhkan elemen kekeluargan dan keagamaan.

"Saya cuba menyajikan drama terbaik untuk masyarakat. Penonton tidak boleh menganggap semua novel boleh diangkat ke l drama atau filem kerana tak semua novel sesuai dijadikan begitu.

"Apa pun saya yakin, Masihkah Ada Kasih mampu memberikan sesuatu kepada penonton," katanya.

Mula menjalankan penggambarannya pada Disember lepas kata Amie, minggu ini menyaksikan minggu terakhirnya berhempas pulas menyiapkan penamat jalan drama ini.

Berkampung selama seminggu di Kuantan, Pahang kata Amie, antara lokasi yang menjadi pilihannya untuk latar belakang drama ini adalah di sekitar pantai timur.

"Dalam Trilogi Cinta, saya banyak bermain dengan sawah padi, kali ini saya mahu kelainan dengan menampilkan latar belakang pantai dan kampung-kampung di pantai timur," katanya yang turut menjalankan lokasi penggambaran di Kemaman, Terengganu selain beberapa kawasan di Lembah Klang.

Masihkah Ada Kasih menampilkan Shera Ayob memegang peranan utama sebagai Manisah dan Fikhree Bakar sebagai Firdaus. Turut berlakon drama ini ialah Karl Shafeq, Raissuddin Hamzah, Tunku Hanis, Reen Rahim, Sura Sojangi dan Zalfie Roul.

Drama ini akan ditayangkan di TV1 sekitar Jun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.