saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/06/2014

100% Cintaku versi moden

GANDINGAN Waris, Mas Idayu dan JuzzThin sewaktu mendendangkan lagu 100% Cintaku untuk satu acara, baru-baru ini.

PERSADA muzik tempatan kini dipenuhi dengan lambakan lagu-lagu bergenre pop dan balada, sekali gus mengketepikan irama lain seperti dangdut yang suatu masa dahulu mendapat tempat di hati peminat tanah air.

Namun demikian, jika ada yang berani memberi nafas baharu dengan menyuntik elemen muzik semasa, maka tidak hairanlah irama etnik tersebut kembali menjadi kegemaran pendengar muzik.

Bukan itu sahaja, populariti artis muda dalam membawakan semula irama itu ke pentas komersial juga merupakan formula terbaik agar ia lebih segar.

Ini terbukti apabila dua penyanyi hip hop muda, Waris dan JuzzThin tampil dengan produk terbaharu, menyanyikan semula lagu dangdut kegilaan ramai suatu ketika dahulu, 100% Cintaku yang pernah dipopularkan oleh Mas Idayu sekitar 90-an.

Diolah semula dengan menampilkan konsep kontemporari moden dengan memasukkan rentak hip hop, ternyata ia usaha terbaik untuk mengetengahkan semula irama etnik kreatif berkenaan.

Pun begitu, mengulas klip video yang dihasilkan sempena gubahan semula 100% Cintaku, ia sedikit mengecewakan apabila klip yang cuma berlatarbelakangkan tebing Sungai Klang itu dilihat murahan, tidak setara dengan imej dan populariti Mas Idayu serta pasangan hip hop Waris dan JuzzThin.

Disifatkan sebagai video tangkap muat, klip asal yang diterbitkan melebihi sedekad dahulu lebih berkualiti berbanding klip terbaharu yang tidak sepadan dengan peredaran teknologi semasa.

Kewujudan adegan lakonan di pertengahan klip video itu dan keindahan irama etnik yang selalunya sinonim dengan busana tradisi terutama pakaian Mas Idayu dan penari wanita yang diketepikan menjadi faktor klip tersebut kurang menarik dan tampak tidak kena.

Keremajaan Waris dan JuzzThin juga tidak digunakan sepenuhnya bagi meremajakan klip berkenaan yang dilihat agak ketinggalan.

Bagaimanapun, usaha untuk mengembalikan kegemilangan irama dangdut harus diberi pujian dan berharap ia dilakukan sepenuh hati, bukan sekadar melepas batuk di tangga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.