saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/06/2014

CEO cerita korporat Melayu

Remy Ishak dan Jalaludin Hassan.

Filem CEO merupakan buah tangan dari pengarah muda bernama Wan Razaisyam Wan Mat Rashid. Cukup santai jalan ceritanya, antara kelebihan filem ini tentunya terletak kepada barisan pelakon hebat seperti Remy Ishak, Beto Kusyairy, Deanna Yusof, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Kalau mahu bandingkan lakonan, tiada apa yang kurang mengenai mereka, malah setiap watak sudah dibawa dengan cukup baik sekali. Bagaimanapun nama-nama tersebut belum mampu memastikan kejayaan filem ini kelak memandangkan keadaan filem-filem kita yang semakin kurang mendapat sambutan.

Ikutkan dengan deretan filem Melayu yang tidak berapa mahu menjadi penghasilannya, pasti mana-mana pengarah juga tidak mampu menolak rasa takut.

Bercakap soal filem ini sendiri, yang mengangkat dunia korporat Melayu sebagai jalan cerita, pasti ada yang mula meneka dialog biasa filem Melayu korporat. Tetapi berbeza dengan CEO, dunia korporat ini diolah menjadi begitu santai berserta elemen komedi. Kemungkinan pertembungan kehidupan normal masyarakat kita yang cuba ditonjolkan Razaisyam dalam filem CEO benar-benar menjadi.

“Kami cuba tonjolkan dunia korporat dalam keadaan yang begitu berbeza.

“Memang pada mulanya saya membaca skrip ada perasaan skeptikal tetapi semuanya hilang apabila saya memahami sendiri konsep filem ini," katanya.

Diterbitkan produksi baharu, Arafilm Sdn. Bhd., filem ini sebenarnya banyak mengetengahkan bakat-bakat baharu. Tidak dinafikan kemunculan nama seperti Anas Ridhuan yang memegang watak sebagai Aloy boleh dikatakan mewujudkan elemen lawak baharu dalam filem tersebut.

“Kami banyak menggunakan pelakon baharu dalam filem ini kerana bagi kami apa yang penting adalah kemampuan mereka dalam membawakan bawak yang dipertanggungjawabkan.

“Soal lakonan kami beri kebebasan, dan jujurnya kesemua mereka yang terlibat ini sangat profesional, jadi soal lakonan itu tidak menimbulkan banyak masalah," katanya.

Soal pulangan pula, bagi pengarah ini dia menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada karyanya. Walaupun sedikit gusar dengan penerimaan penonton kini, dia tahu itu antara risiko yang perlu diambil.

“Dengan keadaan sekarang, tipu kalau katakan saya tidak takut dengan sambutan. Tetapi melihat maklum balas penonton dalam panggung tadi memang saya agak lega.

“Saya harap dengan bantuan media, filem ini berjaya mendapat tempat di hati peminat filem Melayu," katanya.

Sedikit sinopsis filem ini ia mengisahkan Adam (Remy) yang berjawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur. Mempunyai kehidupan serba mewah dia sering menjadikan orang miskin sebagai tempat untuk dia melepaskan pelbagai penghinaan. Tahu tidak disukai ramai, Adam sedikit pun tidak terkesan dengan keadaan itu.

Bagaimanapun kehidupannya yang hebat itu tiba-tiba terbalik menjadi seorang pengemis selepas di buang kerja. Bertemu dengan Aloy lakonan Anas, Adam mula memahami kehidupan yang berbeza. Sementara itu, Sufian lakonan Beto, ditukar menggantikan kehidupan Adam sebagai CEO. Punyai misi hidup yang tidak pernah tepat, Sufian masih keliru dengan kehidupan terdahulunya.

Namun, dalam keseronokan Sufian bekerja dengan jawatan baharu itu, dia dan setiausahanya, Nina akhirnya mengetahui satu rahsia yang mempunyai hubung kait dengan pemecatan Adam. Adakah Sufian akan hanya menutup mulut soal ini dan membiarkan Adam terus dipersalahkan.

Menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 12 Jun ini, CEO bukan cerita korporat biasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.