saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/06/2014

Yana kendali Juara Joran

AJAK Shiro (dia dari kiri), Fazley (tiga dari kiri), Yana dan Syuk Balas (dua dari kanan) bersama peserta program Juara Joran sewaktu rakaman di Pulau Langkawi, baru-baru ini.

KITA biasa lihat figura kecil molek, Yana Samsudin cuma berlakon dan juga menyanyi. Namun, jangan terkejut kerana tidak lama lagi, Yana bakal tampil di kaca televisyen (TV) sebagai seorang pengacara pula.

Yana bakal muncul sebagai pengacara dalam program Juara Joran yang akan bersiaran setiap Rabu, bermula 2 Julai di Astro Mustika.

Mengakui bidang pengacaraan merupakan bidang baharu buat dirinya, Yana berkata, tidak salah untuknya mencuba dalam bidang baharu serta ingin bereksperimental dengan bakat yang ada.

“Rasanya tidak salah kalau saya cuba bidang itu. Walaupun jadual agak padat, namun saya cuba susun dengan betul. Jika tidak mencuba sekarang, bila lagi. Jadi, biar ini menjadi permulaan dan mana tahu mungkin selepas ini rezeki lain pula datang, saya akan cuba lagi.

“Sebelum ini, saya hanya menjadi pengacara undangan. Sekarang saya betul-betul jadi pengacara sepanjang program itu nanti. Ini sesuatu yang bagus dalam karier saya dan boleh menambahkan pengalaman saya dalam bidang seni," jelasnya.

Ketika ditemui di lokasi penggambaran Juara Joran di Langkawi bulan lalu, Yana mengakui terkejut apabila mendapat tawaran daripada Astro kira-kira tiga bulan lalu.

“Selepas ditawarkan untuk mengendalikan program ini, saya mengambil tempoh yang lama juga untuk berfikir. Sebulan juga saya berfikir sebelum kata ya.

“Mulanya, ingat program ini biasa-biasa sahaja, Tapi, apabila diberitahu ia program realiti sama seperti Amazing Race dan Masterchef, saya berasa cuak.

“Sebab itu, saya ambil pendekatan dengan menonton program Amazing Race di YouTube. Saya cuba belajar cara pengacaranya kendalikan program itu. Selain itu, saya juga banyak membaca di blog-blog berkaitan dunia memancing," katanya.

Bercerita tentang program Juara Joran, ia memfokus kepada dunia golongan pemancing yang mana memancing telah menjadi minat rakyat Malaysia dan kajian berjaya membuktikan terdapat kira-kira 1.4 juta pemancing berdaftar di seluruh Malaysia.

Bermain emosi

Akui Yana, menjadi pengacara merupakan cabaran buat dirinya kerana bukan senang untuk tampil di depan khalayak ramai dan mengendalikan sebuah program yang memerlukan dirinya berceloteh.

“Mungkin selama ini saya hanya melihat di televisyen bagaimana seseorang pengacara mengendalikan sesebuah program. Setelah melakukannya sendiri, baru saya sedar ia sememangnya sukar kerana sebagai manusia, kita mempunyai mood yang berbeza setiap hari.

“Dalam rancangan ini sendiri, saya perlu bermain emosi selain penggunaan perkataan yang boleh membuatkan program ini menarik.

“Saya perlu berinteraksi bersama peserta dengan pelbagai reaksi dan perasaan. Tapi, saya juga perlu menjadi diri sendiri dalam program ini. Memang saya santai dan bagi saya tiada tekanan dan hanya relaks sahaja serta mengikut momentum program yang diberikan," cerita Yana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.