saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/06/2014

Kutipan CEO mengecewakan

KALAU bercakap fasal filem Melayu hari ini nampaknya memang tiada yang boleh dibanggakan. Kutipan tiket juga banyak yang menjunam.

Khabarnya nasib yang sama ditempuhi filem CEO yang menggandingkan Remy Ishak, Beto Kusyairy dan Cristina Suzanne. Selepas dua minggu ditayangkan hanya RM300,000 berjaya dikutip. Jauh daripada jangkaan awal.

Syed sendiri tak tahu di mana silapnya filem ini. Kalau nak kata filem berat macam Bunohan tidak juga. Ini filem komedi yang lebih bijak daripada kebanyakan filem yang pernah ditayangkan sebelum ini.

Kalau nak kata demam bola sepak Piala Dunia pun tidak juga. Tapi kenapa filem CEO tak mendapat sambutan daripada peminat, itu menjadi persoalan kebanyakan orang industri.

Filem yang dibiayai oleh syarikat Abdul Razak Baginda ini menelan belanja lebih RM1.6 juta. Bukan sedikit modal yang dilaburkan tetapi pulangannya entah ke mana.

Kepada yang sudah menonton CEO tentu tahu ini bukan filem sebarangan. Kalau tengok lapisan bawah (subteks) rasanya ada kaitan dengan persekitaran politik tanah air juga.

Hanya mereka yang cuba memahami yang tersirat sahaja akan faham apa yang cuba disampaikan melalui filem ini. Yang paling Syed ingat rahsia untuk mengekalkan syarikat selama 50 tahun dan tak boleh terlalu jujur dalam pekerjaan.

Memang banyak sungguh sinikal-sinikal tajam tetapi realistik jika dikaitkan dengan persekitaran politik tempatan tetapi perkara itu bergantung juga kepada intrepretasi masing-masing.

Khabarnya kebanyakan pelakon utama CEO memang kecewa dengan kutipan tiket. Tak mengapalah, setidak-tidaknya mereka sudah memberikan yang terbaik kepada filem ini.

Syed: Selamat menyambut Ramadan kepada pembaca Pancaindera.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.