saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/07/2014

Wow bakal tampil album baharu

ANAK kelahiran Negeri Sembilan, kini selesa menetap di Sabah.

PADA usia 47 tahun, Abdul Hadi Ahmad Shah masih kelihatan cukup hebat, punya karisma dan suaranya tidak luntur ditelan zaman. Saat dia memainkan bait “Saatku rindu padamu, seru kuseru namamu bertalu...." bagi intro persembahan, malam Media anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada hujung Jun lalu, menjadi lebih bermakna bagi kalangan rakan media yang hadir. Tepukan paling gemuruh diberikan buat artis kacak yang bersuara kekal gemersik ini. Dikenali sebagai Ady Wow, dia adalah satu nama yang pernah meniti populariti pada zaman kegemilangan artis berkumpulan era 80-an dan 90-an. Bersama kumpulan Wow, si vokalis terkenal dengan sisi tinggi lampai, berkulit cerah. Hari ini, Ady sebenarnya masih aktif menyanyi, cuma memberi lebih tumpuan kepada keluarga di Sabah. Ada cerita tersendiri Ady apabila diajak bercerita tentang keluarganya. Pada zaman mudanya, Ady menceritakan bahawa dia tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah Sabah berbanding negeri lain di seluruh negara.

“Apabila mendapat peluang untuk menjayakan persembahan di Kota Kinabalu, saya menjadi amat kagum dengan kecantikan negeri Borneo itu. Boleh dikatakan saya jatuh cinta pandang pertama dengan pelbagai aspek di Sabah.

“Negerinya aman dengan suasana hijau yang menyegarkan. Bersifat maju tetapi tidak begitu pesat dalam kawasan hutannya masih banyak. Itu yang saya suka. Ditambah pula dengan keramahan orang-orang sini, ia berjaya memikat hati saya untuk jatuh cinta dengan Sabah," katanya, berkongsi cerita.

Terlalu mengagumi daerah berkenaan, dia akhirnya benar-benar menjadi orang Sabah apabila memilih untuk bernikah dengan asal negeri tersebut.

“Dipendekkan cerita, saya bertemu jodoh dengan wanita tempatan yang berdarah kacukan Cina - Bajau iaitu Sadizah Jiran. Selepas itu saya memutuskan untuk terus menetap di sini. Syukur kepada Allah, kami dikurniakan dua orang anak bernama Nadhirah Nadja, 5, dan Nur Hadirah, 2 tahun.

“Kini saya bahagia dengan keluarga walaupun berkahwin pada usia sangat lewat, 40 tahun. Walaupun lewat, saya bersyukur dipertemukan jodoh dan tidak berseorangan hingga ke akhir hayat," katanya ringkas menceritakan alam perkahwinan yang ditempuhinya.

Kini, menurut Ady, dia dan isteri sama-sama menguruskan pelbagai perniagaan yang mereka jalankan dan amat bersyukur kerana segalanya berjalan lancar tanpa masalah yang besar.

“Perniagaan kami amat bagus walaupun kadang-kadang menghadapi beberapa masalah kecil. Itu lumrah berniaga. Perlu ada turun naik untuk menjadikan kita lebih matang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.