saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/07/2014

Ujian Tuhan buat Enot

MUNGKIN ramai yang sudah mengetahui tentang kanser usus yang dihadapi oleh pelakon Aliza Abdullah atau Enot.

Ketika ini penyakit yang dihidapinya itu berada pada tahap kedua namun Enot memberitahu dia menolak untuk meneruskan rawatan secara moden sebaliknya mengamalkan perubatan cara tradisional.

Menurut Enot, ramai dalam kalangan ahli keluarganya yang menghidap kanser sebelum ini tidak sembuh dengan perubatan moden bahkan ada yang menderita penyakit sampingan seperti buah pinggang dan sebagainya.

“Sudah setahun saya menghidap penyakit ini. Sebenarnya selama ini memang saya rasa sakit tapi saya fikirkan itu hanya sakit biasa sehinggalah saya mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

“Selama tiga bulan pendarahan itu berlaku. Kemudian apabila saya buat pemeriksaan, doktor sahkan saya menghidap kanser tahap kedua.

“Doktor cadangkan buat pembedahan dan kimoterapi tetapi saya tidak mahu kerana mengikut pengalaman, ramai ahli keluarga saya meninggal dunia kerana menjalani rawatan kimoterapi.

“Jadi sekarang saya amalkan perubatan tradisional. Saya amalkan makan daun belalai gajah. Daun itu saya beli di Seremban, Negeri Sembilan.

“Bukan itu sahaja saya turut mengambil makanan tambahan (suplemen) yang dibiayai oleh seseorang yang berharga RM3,000.

“Tajaan tersebut diusahakan oleh rakan artis Abot dan Emma Akma. Saya cukup berterima kasih kepada yang sudi menghulurkan bantuan kepada saya.

“Tapi saya masih mendapatkan nasihat doktor dan makan ubat. Alhamdulillah keadaan saya sekarang bertambah baik dan saya dapat teruskan rutin hidup macam biasa," kata Enot.

Sejak disahkan menghidap kanser, berat badan Enot juga semakin susut namun dia bersyukur kerana kesihatannya beransur baik.

“Hanya ada satu saja penawar untuk kanser iaitu semangat. Apabila kita patah semangat, semuanya akan ‘rosak’," jelas Enot.

ENOT bersama Yasin (tengah) dan Didie Alias ketika Maharaja Lawak Mega 2012.

Kurang tawaran berlakon

Enot juga memberitahu dia semakin kurang mendapat tawaran berlakon tanpa diketahui sebabnya sejak setahun yang lalu.

Namun demi meneruskan hidup, Enot menjalankan perniagaan jualan biskut, Enot Cookies and Cake menerusi dalam talian.

“Sudah setahun juga saya tidak mendapat apa-apa tawaran berlakon. Kalau ada tawaran pun sebagai pelakon tambahan sahaja. Saya pun tak tahu kenapa.

“Untuk meneruskan hidup, saya menjual biskut namun saya tetap bersyukur kerana sumber pendapatan daripada lakonan dan jualan itu dapat membantu kehidupan saya sekeluarga," ujarnya.

Biarpun menghadapi cabaran dalam kehidupannya namun bagi ibu tunggal ini, dua anak hasil perkongsian hidup bersama suami pertama menjadi pemangkin dan pembakar semangat untuk terus bertahan hingga ke saat ini.

Malah anak-anaknya tidak membiarkan Enot bersendirian di rumah kerana tidak mahu apa-apa terjadi kepada ibu mereka memandangkan sebelum ini, Enot sudah banyak kali pengsan.

“Anak-anak sanggup berpindah sekolah demi menjaga saya di rumah. Seorang sekolah pagi dan seorang sekolah petang.

“Terus-terang hidup saya dan anak-anak saya sekarang tidak mewah. Kami terpaksa berjimat cermat. Tapi Alhamdulillah, kami dapat teruskan kehidupan seperti biasa.

“Anak-anak adalah kekuatan saya dalam menghadapi semua dugaan ini. Saya cukup tersentuh apabila anak-anak sanggup bergilir-gilir menjaga saya," katanya sayu.

Bercerita tentang persiapan Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi Enot memberitahu, segala-galanya disediakan cukup sederhana.

Walaupun menghidap penyakit kanser namun Enot tidak mahu menjadikan penyakit tersebut menjadi penghalang baginya untuk membesarkan anak-anaknya itu.

“Cukuplah sekadar membeli baju raya sehelai seorang untuk anak-anak. Yang penting kami dapat berhari raya seperti orang lain," katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.