saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/07/2014

Lisa terkenang arwah bapa

HIDUPNYA dilimpahi kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada suami dan juga keluarga tercinta. Hari-hari yang dilalui oleh Lisa Surihani cukup membahagiakan.

Paling terkesan apabila dia dilimpahi nikmat kesihatan dan kesenangan sejak dahulu lagi. Ini menambahkan lagi rasa syukur isteri kepada Yusry Abdul Halim apatah lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Namun hatinya cukup pilu apabila mengenangkan penderitaan masyarakat Gaza di Palestin yang dibedil tentera Israel dalam bulan yang mulia ini.

“Saya bersyukur kerana kita dilimpahi nikmat daripada Allah SWT tetapi dalam masa yang sama saya sering kali memikirkan apa lagi yang hendak berlaku kepada saudara seagama kita di sana.

“Ketika kita bergembira di sini, mereka menderita di sana. Sebab itu kita kena bersyukur kerana masih aman dan mereka di sana terus menderita dek serangan, tembakan dan bom yang tak ada kesudahan," luah Lisa dalam nada sayu.

Penderitaan masyarakat Gaza dan masyarakat Islam di seluruh dunia menjadi perhatiannya meskipun dia bukan orang yang cukup arif untuk mengulas tentang perkara berkenaan.

Paling terkesan tatkala mengetahui satu persatu penderitaan yang tersebar yang membuatkan hati kecilnya sedih dan pilu.

Tiada yang mampu dilakukan untuk membantu kecuali berdoa agar penderitaan masyarakat Islam di sana berakhir dan mereka dapat menikmati hidup seperti yang lain.

Bercerita mengenai sambutan Ramadan pula, Lisa tidak menafikan bulan puasa merupakan bulan yang ditunggu-tunggu saban tahun.

Selain dapat menggandakan amalan dalam bulan yang penuh dengan keampunan ini, dia juga banyak menghabiskan masa bersama suami dan keluarga.

“Walaupun sibuk dalam bulan ini tapi saya akan cuba peruntukkan masa untuk mengerjakan amalan termasuk bersembahyang tarawih.

“Kalau dulu selalunya tarawih dibuat sendirian tapi kali ini saya cuba ke masjid dan bersama-sama umat Islam yang lain menggandakan amalan," ujar Lisa lagi.

Kenangan

Meniti hari-hari sebagai seorang isteri, pelakon filem Sinaran ini tidak menafikan dia terpaksa membahagikan masa antara keluarga dan keluarga mertua dalam segala hal.

Untungnya kedua-dua keluarga besar Lisa tinggal di Kuala Lumpur dan perkara itu memudahkannya untuk menjenguk mereka bila ada masa terluang.

Meskipun Ramadan berbaki dua minggu lagi, Lisa sudah membuat perancangan awal termasuk untuk meraikan Hari Raya di kedua-dua belah rumah sebelum pulang ke kampung di Gopeng, Perak.

Pun begitu Lisa tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih untuk menyambut raya. Setiap kali Syawal menjelang hatinya pasti akan terkenangkan arwah bapanya, Mohammad yang telah pergi buat selama-lamanya.

Menyifatkan bapanya sebagai insan yang penuh dengan kasih sayang, Lisa tidak menafikan perasaan sayu akan bertandang setiap kali tibanya musim Lebaran.

LISA tak sabar mencium tangan Yusry di pagi raya.

Paling diingati apabila setelah bapanya meninggal dunia pada 2008 dan hatinya terasa kosong setiap kali mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Setelah bapa meninggalkan kami sekeluarga, saya rasa sangat kosong dan jiwa saya terasa ditinggalkan. Bila tiba hari raya segala-galanya jadi lain sejak itu.

“Tapi setelah saya berkahwin dengan Yusry rasa kosong itu semakin hilang. Saya tak nafikan Yusry mengisi lompong-lompong tersebut dan menaikkan semula perasaan teruja untuk menyambut Lebaran," jelas Lisa berterus terang.

Pengalaman tersebut dijadikan idea untuk Lisa bersama dengan Astro menjayakan iklan Hari Raya bersama stesen televisyen berkenaan bertemakan 'kosong-kosong'.

Dia masih ingat pada 2007 ketika Lisa berada di Aberystwyth, Wales untuk menghabiskan tahun terakhir pengajian jurusan undang-undang, Lisa menyambut Aidilfitri buat pertama kali tanpa keluarga di sisi.

Setahun selepas itu Lisa sekeluarga menyambut bulan Ramadan dan Syawal di hospital kerana ayahnya menghidapi kanser. Mereka sempat berhari raya bersama-sama sebelum ayahnya meninggal dunia.

Kini hari raya adalah juga hari untuk memperingati arwah ayah Lisa selain memastikan hari mulia ini disambut dengan penuh kesyukuran.

Tidak menganggap itu sebagai perkara peribadi, Lisa berharap iklan yang bakal ditayangkan bermula esok (14 Julai) memberikan sebuah cerita baru kepada para peminatnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.