saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/07/2014

Mat Tudung, buat pecah perut

SELEPAS filem Hantu Kapcai, Kahwin 5 dan Ular, kini anak syarikat KRU Studios, Showbiz Productions bakal mengeluarkan filem pertamanya untuk tahun ini, iaitu sebuah filem komedi berjudul Mat Tudung.

Filem arahan pengarah muda, Wan Mohd. Hafiz Wan Hussein ini membariskan barisan pelakon terkenal, antaranya Fizz Fairuz, Nelydia Senrose dan Izzue Islam sebagai teraju utama dan bakal ditayangkan pada 28 Julai ini sempena Aidilfitri.

Penceritaan filem Mat Tudung yang berkisarkan seorang kasanova bernama Johari (lakonan Fizz Fairuz) telah jatuh cinta pandang pertama kepada Zizie (lakonan Nelydia Senrose).

Zizie bukanlah seperti gadis biasa yang mudah untuk didampingi tapi dia seorang gadis berhijab yang terkenal dengan sifatnya yang dingin terhadap kaum adam.

Disebabkan tidak mudah mendekati hati Zizie, lantas membuatkan Johari menyamar menjadi gadis bertudung sebagai satu cara memenangi hati Zizie dan berpura-pura sebagai Johanna iaitu adik kepada Johari.

Menggunakan pengaruh Johanna itu, Zizie sudah mulai terbuka untuk mengenali Johari dan pada masa sama Johari turut berjaya menyelami hati Zizie melalui keintiman Johanna dan Zizie. Namun siapa sangka, Johanna turut digilai ahli keluarga Zizie.

Ketika berpeluang menonton tayangan perdana filem ini di TGV, Wangsa Walk Mall baru-baru ini, ternyata jalan cerita filem ini sarat dengan adegan yang mampu membuat penonton pecah perut dengan hilai tawa.

Filem ini sesuai untuk tontonan bersama dengan ahli keluarga. Walaupun ada kebanyakan adegan yang menyelitkan unsur sedikit lucah, namun ia masih lagi tidak keterlaluan.

Mengulas lanjut tentang itu, penerbitnya, Zarina Abdul Rahman berkata, filem ini telah ditapis terlebih dahulu dan tiada satu pun babak dipotong atas sebab kelucahan melampau.

"Kita sudah jalani ujian penapisan filem, dan filem ini telah diklasifikasikan sebagai P13.

"Saya harap penonton melihat sebagai satu cerita dan mempunyai mesej di sebaliknya," jelasnya yang berharap kutipan filem ini melebihi jumlah kos perbelanjaan yang dikeluarkan.

Filem ini yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta, menjalani penggambaran selama 30 hari dan antara lokasi penggambarannya ialah di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Port Dickson.

Sementara itu, Fizz Fairuz yang menjadi tunjang utama dalam filem ini, sanggup mengambil tawaran berlakon sebagai perempuan atas sebab ingin cuba membawa sesuatu kelainan kepada penonton.

"Ini merupakan filem komedi pertama saya dan memegang watak utama. Semua watak telah saya lakukan, cuma watak seorang pelawak sahaja saya belum berpeluang lakonkan.

"Jadi ketika diberikan skrip ini, saya terus setuju dan ambil ini sebagai satu cabaran buat diri saya. Walaupun saya bukan pelawak, namun tiada salahnya jika saya cuba demi memberi kelainan kepada penonton di luar sana.

"Bukan mudah sebenarnya menjadi seorang perempuan dan saya cuba selami watak itu dan akhirnya saya berjaya lakonkannya," katanya.

Manakala pengarahnya, Wan Hafiz, turut berharap agar filem ini tidak disalahertikan dan ianya hanya sebagai hiburan semata-mata.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.