saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/07/2014

Adnan Sempit Sawadikap sudah datang

PERCUTIAN Adnan dan isteri-isterinya di Bangkok menimbulkan pelbagai masalah.

Metrowealth (MIG) melakar sejarah dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi syarikat pertama yang menerbitkan filem sekuel sehingga siri ke empat.

Filem Adnan Sempit berjaya mencatatkan kutipan cemerlang apabila siri pertamanya mengutip RM7.6 juta manakala bagi siri kedua pula nilai kutipan sehingga RM9.5 juta dan diikuti dengan siri ketiga iaitu sebanyak RM4.8 juta.

Ini membuktikan filem ini masih mempunyai peminat setia dan menanti karya terbaru untuk disajikan buat mereka yang meminati filem tempatan.

Kali ini MIG kembali lagi dengan sekuel terbaru Adnan Sempit Sawadikap dan masih mengekalkan pelakon utama yang terdiri daripada Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham dan Yana Samsudin.

Bagi mewujudkan keistimewaan serta kelainan dalam filem ini, 95 peratus lokasi penggambaran dilakukan di kota raya Bangkok, Thailand. Di samping itu juga, tenaga produksi dari Malaysia turut bergabung tenaga bersama dengan produksi Thailand bagi memastikan penggambaran berjalan dengan lancar.

Filem ini mengisahkan tentang Adnan dan Bobby bersama-sama dengan isteri mereka, Nadia dan Wawa ingin bercuti ke Bangkok sambil menjalankan perniagaan di sana. Namun, malangnya pasport Nadia dan Wawa tercicir dan tidak dapat bercuti bersama dengan suami mereka.

Tapi itu semua adalah rancangan Nadia yang mahu berehat dari menjaga anaknya bersama Adnan. Disebabkan itu dia membenarkan Adnan membawa bayi mereka ke Bangkok. Manakala pasport Wawa pula disembunyikan oleh Bobby kerana suaminya itu mahu bebas di Bangkok untuk sementara waktu.

Ketika mereka berdua di Bangkok, bayi Adnan telah hilang di lapangan terbang dek kecuaian Adnan sendiri. Sehinggakan Adnan berasakan bayinya telah diculik oleh sindiket jahat dan kejadian itu telah membuatkan Adnan dan Bobby bertemu dengan Nok, lakonan Lalisa Santirod, iaitu seorang wanita Thailand yang Adnan rasakan telah menculik bayinya itu.

Disinilah bermulanya episod mereka melakukan pelbagai cara bagi mendapatkan kembali bayi Adnan. Tanpa diduga, rupanya bayi yang disangkakan anak Adnan itu turut menjadi buruan banyak gengster yang menginginkan bayi tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.