saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/08/2014

Rindu Awak 200% semakin menjadi

BARISAN pelakon drama Rindu Awak 200% yang kini mendapat perhatian ramai diadaptasi daripada novel Liyana Zahim.

KALAU dilihatkan semakin banyak pula drama yang disiarkan di kaca televisyen semuanya adalah daripada adaptasi novel.

Terbaharu, drama Rindu Awak 200% karya novelis popular Liyana Zahim telah pun mengisi slot Akasia TV3 sejak 14 Julai selepas drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan melabuhkan tirai.

Drama terbitan Creative Skill Solution yang membariskan pelakon Zul Ariffin sebagai teraju utama turut bergandingan bersama dengan pendatang baharu, Ayda Jebat selaku heroin dalam siri drama tersebut.

Berpeluang menemu bual pengarahnya, Aidil Fitri Mohd. Yunos ketika di Majlis Pelancaran drama Rindu Awak 200% di Sri Pentas, baru-baru ini berkata, pemilihan Zul Ariffin dan Ayda Jebat dalam menghidupkan jalan cerita adalah angkah baik kerana kedua-dua mereka berjaya menjiwai watak yang diberikan.

“Penerbit mahukan sesuatu yang baharu. Disebabkan itu dia telah terlebih dahulu menawarkan watak Zill Faezrul kepada Zul Ariffin kerana dia merasakan Zul adalah lelaki yang tepat berdasarkan plot cerita dalam novel tersebut.

“Kami membayangkan watak Zill Faezrul yang merupakan seorang juruterbang yang tinggi lampai selain berwajah tampan memang sesuai dengan ciri yang ada pada Zul.

“Zul mempunyai personaliti menarik dan berjaya menjiwai watak tersebut.

“Kami pilih Zul sebab dia memang mempunyai kriteria dan personaliti menarik bagi menghidupkan jalan penceritaan drama ini.

“Penerbit pun terlebih dahulu menawarkan watak ini kepada Zul memandangkan dia mahukan satu watak yang segar dan disebabkan itu dia menjadi pilihan kami," jelas Aidil panjang lebar dalam pemilihan watak para pelakon.

Menyentuh pula kepada pemilihan pendatang baharu, Ayda Jebat, Aidil menambah, penerbit Suriyati Sidek sudah lama mengintai Ayda bagi menawarkan tawaran berlakon dalam dramanya.

Suriyati sudah lama mengintai Ayda, selepas lakonannya dalam Romi Cinta Julia, dia terus melamar Ayda untuk menjadi salah seorang bintang utama dalam drama ini.

Drama yang memulakan penggambaran sejak penghujung April dan mengambil masa selama 103 hari turut membuat penggambaran di luar negara iaitu di sekitar Istanbul.

“Alhamdulillah penggambaran untuk drama ini sudah pun berakhir pada pertengahan Julai lalu. Saya sungguh bertuah dapat peluang bekerjasama dengan semua pelakon.

“Selain itu juga kami turut menjalankan penggambaran di sekitar Istanbul sebanyak dua episod iaitu watak Zill Faezrul dan Armel berbulan madu. Pengalaman yang sangat menyeronokkan sebab kami dan krew produksi tidak mengalami sebarang masalah. Semua pelakon turut beri kerjasama yang sangat baik bagi menjayakan drama ini," jelasnya lagi.

Sementara itu Zul berkata, ini adalah kali ketiga dia bekerjasama dengan Aidil.

"Sememangnya bukan mudah untuk membawakan watak ini ditambah pula saya perlu bergandingan dengan pelakon baharu yang saya tidak kenal.

“Saya mengambil masa selama dua minggu untuk mencari keselesaan dan memahami perwatakan Ayda bagi membolehkan lakonan saya tidak nampak kaku dan pelik. Alhamdullilah selepas beberapa episod kami sudah boleh menyesuaikan diri dan berjaya hidupkan lakonan tersebut.

“Peluang berlakon di luar negara sememangnya menjadi impian saya sejak dahulu. Selain sibuk berlakon kami dan krew produksi turut luangkan masa bersiar-siar melihat keindahan Istanbul. Kami tinggal di sana selama 13 hari di Taksin, jelas Zul teruja.

Disamping itu, Ayda, bekas pelajar Akademi Fantasia 9, tidak menyangka drama ini mendapat sambutan hangat walaupun baru beberapa hari ditayangkan dan peluang berlakon drama ini sebagai pembuka langkah dia dalam dunia lakonan.

Ditanya apakah sukar untuk dia berlakon bersama dengan Zul Ariffin dan dia mengatakan saat pertama kali berjumpa dengan Zul dia berasa sangat gementar.

“Memang masa mula-mula saya berjumpa dengan dia, saya sedikit takut sebab dia seorang yang sangat serius. Namun ini tidak menjadi halangan buat kami kerana ia berjaya membantu kami berdua dalam lakonan kerana untuk episod satu hingga tujuh, kami perlu membawakan watak yang saling membenci antara satu sama lain.

“Tidak lama lepas itu baru kami dapat ‘tangkap’ perwatakan kami berdua. Dia dan Aidil banyak membantu saya menjiwai watak Armel dan syukur semua berpuas hati dengan lakonan yang dibawakan oleh saya," kata Ayda.

Drama 28 episod ini turut menampilkan barisan pelakon lain, antaranya Adeline Tsen, Jonathan Putra, Fazlina Ahmad Daud dan Ika Nabella.

Mengenai drama yang mengisahkan tentang Armel Aisya yang baru pulang dari luar negara dengan penampilan yang agak berbeza dan kelihatan agak lelaki. Manakala Zill Faezrul berperwatakan seorang yang pemalu dan pendiam selepas kematian tunangnya yang terlibat dalam kemalangan.

Konflik mulai tercetus Zill dipaksa berkahwin dengan Armel yang diaturkan oleh keluarga kedua belah pihak. Pada mulanya Armel namun dia akhirnya akur setelah ditinggalkan oleh kekasihnya yang seakan tidak serius dengan hubungan mereka.

Bagaimanapun Zill menerima Armel kerana yakin isterinya itu diciptakan Tuhan untuk bersama dengannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.