saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/08/2014

Farhan Yassin Mahiaddin Luah rasa

FARHAN dan Najwa sedang merancang projek bersama-sama.

MUNGKIN nama Farhan Yassin Mahiaddin dalam industri hiburan tanah air tidak sebegitu besar seperti orang lebih mengenali kakaknya, penyanyi soul dan R&B popular, Najwa Mahiaddin.

Tidak mahu dibayangi populariti sesiapa dan lebih selesa bergerak sendiri, Farhan yang memulakan langkah perlahan dalam dunia muzik kini sudah semakin dikenali.

Namun sayang sekali, hebatnya seorang Farhan tidak begitu diangkat dan dikenali di tanah tumpahnya sendiri. Bakat seninya lebih diterima dan berkembang di luar negara.

Bergerak dengan jenama Moslem Priest, pemuda berusia 21 tahun ini lebih selesa memilih kerjaya sebagai seorang deejay (DJ) dan biasa dilihat di The Bee, Publika, Kuala Lumpur.

Berbeza dengan Najwa, Farhan selesa menggalas kerjaya DJ yang disifatkan lebih dekat dengan jiwanya.

"Muzik itu luas. Yang saya buat ini adalah yang saya suka dan minat. Saya tahu tak semua orang suka dengan muzik yang saya bawa dan dari segi pasaran masih lagi dalam kelompok yang sedikit.

"Namun di luar negara muzik seperti ini diterima meluas. Mulanya saya cuma mencuba nasib, tak sangka lama-lama orang buka mata dan dengar muzik saya," katanya yang suka mencuba genre lain daripada yang lain.

Berkongsi lanjut, dia yang berkolaborasi dengan SlCo dan Mysteriz di bawah jenama 50490 mengakui pernah kecewa ketika cuba membawa angan-angan dan minatnya dalam muzik genre ini.

"Tak dinafikan awalnya saya agak kecewa kerana orang tak boleh terima muzik saya. Terus-terang saya main muzik kerana diri saya. Bukan kerana orang. Niat saya untuk berkongsi bakat ini dengan semua.

"Tetapi tak semua yang menerimanya. Kalaulah peminat dan pendengar muzik di sini boleh menghargai muzik seperti orang di luar menghargainya, kita mungkin boleh pergi lebih jauh dan yang penting genre muzik itu boleh dikembangkan.

"Saya tak salahkan sesiapa cuma saya harap orang kita boleh membuka minda dan mata untuk menghargai muzik yang mungkin kepada mereka masih baru. Harus difahami saya bukan tidak mengutamakan pendengar di sini tetapi nampaknya orang luar yang lebih peka dan menghargainya," ujarnya.

Telah mengembangkan sayapnya ke peringkat antarabangsa seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia, Jepun dan Perancis, Farhan bersyukur kerana banyak pihak di luar membuka mata dan memberi peluang buat anak muda sepertinya untuk berkarya.

Untuk ke tahap itu kata Farhan, dia mengaku terpaksa menebalkan muka mendekati pemuzik-pemuzik luar yang dikenali dan dihubunginya menerusi laman sosial Twitter.

"Saya mahu muzik saya dikongsi jadi perkara paling asas saya buat, bina jambatan perhubungan itu. Kena pandai cari peluang dan kenal dengan orang. Itu yang saya praktikkan dan Alhamdulillah, sekarang orang dah boleh terima dan kenal muzik saya," katanya yang meminati dunia muzik sejak berusia 11 tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.