saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/08/2014

Pertemuan berharga

PARA pelakon Maaf Jika Aku Tak Sempurna mengambil kesempatan untuk bertanya khabar sewaktu majlis rumah terbuka.

KERIANGAN dan kegembiraan jelas terpancar di wajah para pelakon drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna yang menggabungkan Amy Mastura, Sara Ali, Ika Nabila, Hefny dan Azri Abdullah ketika bersua di rumah terbuka hari raya krew produksi bersama pengarahnya, Shuhaimi Lua.

Suasana meriah terus menyerikan lokasi rumah terbuka itu yang diadakan di rumah pengurus produksi, Fendin Landon yang terletak di Damansara Perdana apabila mereka semua berkumpul.

“Bukan mudah untuk kami berkumpul dan meraikan lebaran yang datang ini, maklumlah masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

“Berjumpa pun bila kami ada mengadakan sesi penggambaran. Kesempatan ini kami gunakan untuk eratkan lagi silaturahim antara kami sebagai sebahagian daripada warga drama ini," kata Shuhaimi.

Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna terbitan Zeel Production bakal menemui penonton menerusi slot Akasia di TV3 bermula penghujung Ogos ini.

Apabila bersua dan berkumpul, pasti ada juga pelbagai perasaan dan cerita yang dikongsi bersama. Tidak kiralah kisah raya ataupun tidak. Sama ada suka mahu pun duka, masing-masing punya pengalaman kisah tersendiri.

Menjadi selebriti lama yang bertahan di dalam industri, Amy Mastura berkata, kebersamaan itu mampu menghidup dan memeriahkan lagi sambutan Syawal yang hanya disambut setahun sekali.

“Memang tidak dapat sembunyikan lagi rasa gembira ini apabila berpeluang meraikan Syawal bersama dengan rakan-rakan produksi.

“Apa yang penting, saya suka melihat kesefahaman dan komitmen yang ditunjukkan oleh pelakon-pelakon muda dan berbakat ini," ujarnya.

Menyambut lebaran lalu di Selama, Perak sebelum berangkat ke Bali, Indonesia untuk bercuti bersama keluarga, Ika Nabila menganggap pertemuan itu menjadi satu bentuk ikatan persahabatan antara mereka.

“Pertemuan ini memang sangat istimewa. Ini tanda kami sentiasa ingat kepada rakan produksi. Malah, kami tidak akan pernah memutuskan ikatan persahabatan ini," katanya.

Kenang nasib Gaza

Menangis dan cukup tersentuh dengan apa yang berlaku di Gaza Palestin dan tragedi yang menimpa MH17, gadis berusia 24 tahun, Sara Ali hanya menyambut raya dengan sederhana dan tidak terlalu gembira.

Kata Sara, dia juga memasang hajat untuk menjadi sebahagian daripada sukarelawan ke Gaza dan kini sedang mencari pihak yang berkenaan untuk berbuat demikian.

“Tak tergamak rasanya di hati untuk saya bergembira beraya sedangkan orang di sana bagaimana? Saya tak pasti orang lain tetapi saya sendiri begitu terkesan dengan kesengsaraan yang mereka hadapi.

“Jujur, saya memang tidak boleh menerima apa yang telah dilakukan oleh pihak Zionis terhadap mangsa terutama kepada wanita dan kanak-kanak. Jelas tiada sifat perikemanusiaan," katanya yang pulang ke kampung halamannya di Batu Pahat, Johor.

Sementara itu, Azri pula yang masih menganggap dirinya hijau dalam dunia seni pula menghargai pertemuan itu dan anggap sebagai medan untuk dia lebih mengenali artis-artis yang sudah lama bertapak dalam dunia lakonan.

Memegang watak Salleh dalam drama ini, Azri berharap drama ini akan berjaya memikat hati penonton.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.