saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/08/2014

Nasib berubah

WAJAH Shukri dikatakan ada iras pelakon Filipina, Jericho Rosales.

NAMANYA Shukri Yahaya. Mungkin belum begitu kukuh dalam industri hiburan tanah air meskipun sudah lebih empat tahun dia menceburkan diri dalam dunia glamor.

Namun segalanya seakan berubah sekelip mata selepas kemunculannya di dalam slot drama Menjinak Ombak di TV3 yang bergandingan bersama dengan pendatang baharu, Risteena.

Dia sememangnya tidak menyangka akan menceburi bidang lakonan memandangkan ini bukanlah pilihan pertamanya. Sebaik sahaja dia menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia tidak hanya duduk ‘goyang kaki’ di rumah sahaja kerana niatnya hanya ingin membantu keluarga.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah orang siapa yang tahu, begitulah bernasib baiknya Shukri tatkala dia ditawarkan menjadi pelakon di bawah produksi pengarah filem ternama Osman Ali.

Kesempatan Hits untuk bertemu dengan yang mesra disapa sebagai Shukri ketika sesi temu ramah pelakon Plan B untuk slot Aksi TV3 yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, menyingkap perjalanan kariernya sebagai anak seni.

“Saya memang tak terfikir untuk berlakon. Lama juga saya tiada kerja lepas habis SPM. Saya pun tidak sambung pelajaran. Ketika ditawarkan berlakon oleh abang Osman, waktu itu saya di kedai CD, tiba-tiba saya disapa olehnya.

“Memang pada mulanya saya sangat terkejut sebab saya memang tak kenal abang Osman itu adalah seorang pengarah filem. Benda itu berlaku sekilas lalu sahaja, sebab saya memang tidak menjangkakan peluang kerja saya seperti itu. Dia (Osman Ali) beritahu jika saya berminat untuk berlakon dalam projek terbaharunya.

“Saya menerima dengan baik tawaran abang Osman dan waktu itu saya memegang watak sampingan sahaja dalam filem Jiwa Taiko pada 2012. Sehingga ke hari inilah saya berdiri utuh mencari rezeki dengan berlakon," ujar Shukri yang turut berlakon dalam drama bersiri Juvana suatu masa dahulu.

Jelasnya, dia meletakkan bidang lakonan sebagai sumber utama dalam mencari rezeki yang halal dan mahu kekal komited dan dikenali sebagai pelakon versatil.

“Bila sudah tiada kerja lain, dan rezeki saya lebih kepada bidang seni, memang saya memberi sepenuh perhatian pada kerja ini sahaja. Mana tahu satu hari nanti saya berjinak pula dalam bidang perniagaan, semuanya di luar jangkaan," katanya.

Terjebak dalam lumba haram

Selepas kejayaan lakonannya dalam Menjinak Ombak tahun lepas, dia kini muncul semula dalam drama slot Aksi menerusi Plan B yang bakal bersiaran setiap hari Selasa mulai 19 Ogos depan, pukul 10 malam di TV3.

Shukri akan bergandingan dengan barisan artis muda lain yang semakin hangat mewarnai dunia lakonan, antaranya Nur Risteena, Talha Harith, Zoey Rahman dan Beto Kusyairy.

Mengidamkan watak seorang yang lasak dan melakukan banyak aksi-aksi di dalam drama, Shukri memegang watak sebagai Khai iaitu lelaki dengan sifat ego selain terjebak dalam lumba kereta haram.

“Drama sebelum ini saya banyak bawa watak seorang yang baik dan tidak mencabar, jadi bila dapat sahaja tawaran berlakon dalam drama ini, saya memang gembira dan tidak tunggu lama untuk bagi jawapan.

“Watak Khai sungguh mencabar sebab saya perlu memandu kereta lumba seperti drifter dan banyak risiko yang perlu saya hadapi. Ada juga babak yang agak bahaya, akan di lakukan oleh stuntman sahaja. Tapi saya akui memang seronok dan puas sebab saya dapat keluar dari ‘zon selamat’ yang biasa saya lakukan sebelum ini.

“Watak Khai dalam cerita Plan B memang berbeza dengan sifat saya secara realiti. Dalam cerita ini, saya seorang yang dipenuhi dengan kemewahan di mana saya diberikan duit belanja RM1000 setiap hari," ceritanya.

Khai mula jatuh cinta pandang pertama pada Iris iaitu watak yang ditangani Risteena. Khai melakukan kerja-kerja mencuri kereta haram selepas dicabar Risteena demi menagih cintanya dan hanya mahukan keseronokan semata-mata.

Bekerja dengan orang baru seperti Risteena, nyata tidak menimbulkan sebarang masalah sepanjang penggambaran berlangsung.

“Malah, saya juga tidak kekok berlakon dengan dia sebab ini merupakan kali kedua saya bekerjasama dengan dia.

“Jujurnya saya selesa kerja dengan dia sebab saya sudah tahu cara kerja dia macam mana sejak berlakon bersama dalam Menjinak Ombak dahulu. Selain itu juga, saya turut menggunakan pendekatan orang sekeliling terutamanya kawan-kawan saya dalam menghayati watak Khai tersebut," ujar pelakon berusia 26 tahun ini lagi.

Dalam pada itu, ketika meminta komen empunya diri selepas ramai pihak mengaitkan raut wajahnya persis pelakon dan penyanyi terkenal Filipina, Jericho Rosales, Shukri hanya tergelak besar dan meminta untuk tidak membuat persamaan dirinya dengan pelakon tampan Filipina berkenaan.

“Bukan saya sombong atau berlagak untuk tidak mahu disamakan dengan pelakon luar negara, cuma saya tak nak orang lain salah anggap. Saya tetap diri saya dan Jericho tetap diri dia sendiri.

“Saya tak mahu orang nanti bezakan cara lakonan saya dengan Jericho walaupun kami mempunyai wajah yang lebih kurang sama," katanya yang akui sedikit sebaik tempias pelakon Filipina itu terkena kepadanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.