saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/08/2014

Fahami maksud boikot Israel - Afdlin Shauki

Afdlin Shauki

ISU BOIKOT barangan Israel yang disuarakan oleh pengarah, pelakon dan pelawak terkenal, Afdlin Shauki baru-baru ini menyebabkan ada pihak yang tersalah anggap dengan kenyataan yang diberikan olehnya. Ada segelintir pihak menganggap kenyataan Afdlin untuk memboikot barangan Israel tidak kukuh malah ada yang tersilap tafsir bahawa Afdlin mendakwa beberapa jenis barangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat tertentu adalah haram.

Ketika ada yang menyatakan sokongan penuh Afdlin terhadap usaha murninya untuk membantu kempen anti-Israel, ada pula pihak yang tidak puas hati selain menganggap apa yang dilakukan Afdlin cuma sekadar mahu mencari publisiti. Tuduhan begitu menyebabkan Afdlin kurang senang kerana baginya masih ada yang tidak memahami pengertian sebenar tentang isu boikot tersebut. Pancaindera mencari penjelasan dan pandangan daripada Afdlin. Yang berikut adalah apa yang diluahkan oleh selebriti serba boleh ini.

DALAM ramai yang menyokong kempen anti barangan Israel, ada juga yang nampaknya belum benar-benar faham tentang isu pemboikotan itu. Afdlin dilihat antara selebriti yang dikatakan cuma mahu mencari publisiti dengan cara berkempen. Apa komen Afdlin?

Saya tak boleh nak elak tanggapan orang yang sering buruk sangka terhadap golongan artis. Niat saya dan artis-artis lain untuk membantu atas dasar tanggungjawab dan perikemanusiaan. Kenapa ada pula pihak yang tergamak nak fitnah dan mempertikaikan usaha kami itu? Niat kami ikhlas tetapi kalau ada pihak yang meragui keikhlasan kami maka terpulanglah. Bukanlah lebih baik jika semua pihak mendoakan yang terbaik sebab tujuannya juga adalah baik. Bukan sebaliknya.

Kepada mereka yang tersalah tafsir usaha Afdlin, boleh Afdlin jelaskan tentang isu pemboikotan itu?

Saya tahu ada yang tak faham maksud sebenar boikot. Yang kita usahakan itu adalah memboikot pembelian barangan yang dikeluarkan oleh syarikat yang dipercayai menyalur dana membantu Israel untuk melakukan kezaliman terhadap penduduk Gaza di Palestin. Saya tak kata boikot itu jangan minum atau makan atau guna produk tersebut kerana haram. Ramai yang tak faham perkara ini. Barangan itu tidak haram atau salah untuk digunakan. Tetapi apa yang kita lakukan adalah tidak menyokong tindakan syarikat-syarikat terbabit yang jelas menyokong Israel dan Zionis. Dengan cara apa kita boleh lakukan? Melalui kuasa beli. Kalau kita tak beli, kita sedikit sebanyak membantu melemahkan usaha mereka membantu Israel.

Sejak bila Afdlin mula memboikot barangan daripada syarikat yang terbabit?

Sejak saya pulang dari Palestin penghujung tahun 2012. Semasa di sana, saya punya pengalaman menyaksikan sendiri bagaimana penduduk dizalimi. Tanah mereka dirampas oleh 'pencuri’ itu. Saya dapat tahu ada beberapa syarikat besar yang membantu Israel untuk menghancurkan Gaza. Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim yang telah mengetahui hal berkenaan untuk berbuat sesuatu. Salah satu cara perjuangannya adalah menerusi usaha memboikot seperti yang saya maksudkan tadi.

Namun jangan pula jadi ekstrem. Ada yang memecahkan cermin kereta orang kerana terdapat pelekat McDonald's di cermin kereta, rosakkan restoran McDonald's contohnya dan kemudian menuduh itu adalah boikot. Itu salah. Boikot bukan dengan cara kekerasan. Jadi kenapa mahu jadi sebegitu bodoh? Perlu fahamkan maksud boikot itu dahulu. Saya sendiri sudah tidak membeli barangan daripada syarikat yang terbabit sejak itu hinggalah sekarang.

Apabila memboikot ada pihak kata tak mampu nak cari alternatif lain bagi barangan yang terlibat. Apa pandangan Afdlin?

Sebenarnya dari satu sudut, inilah masanya untuk kita memberi ruang kepercayaan kepada syarikat-syarikat dan produk tempatan. Itu satu alternatif yang boleh diaplikasikan oleh pengguna bagi menukar dan menggantikan barangan yang telah terbiasa dibeli. Namun terpulang kepada niat dan rasa tanggungjawab masing-masing. Ini bukan satu paksaan cuma kalau anda telah tahu dan kemudian anda boikot, dapatlah ganjaran pahala. Cuma apabila ada orang yang buat dan jadikan itu satu amalan, janganlah pula ada pihak yang bersangka buruk dan salah faham.

Apa pula komen Afdlin tentang boikot bermusim?

Tak dinafikan kebanyakan rakyat kita apabila timbul satu situasi, masa itu sahajalah dia nak boikot. Namun ada juga yang boikot secara berterusan. Pendek kata kalau nak buat, perkara ini perlu istiqamah dan tahu niat sebenar. Kalau boikot bermusim, tak ada gunanya. Hanya kerana anda dengar tiada peperangan lalu berhenti? Salah. Kalau mahu boikot, buat sehingga syarikat-syarikat yang terlibat membuat kenyataan pengakuan dan berhenti menyokong Israel dan Zionis.

Harapan Afdlin kepada mereka yang salah faham dengan usaha boikot?

Hal ini tiada paksaan. Kalau rasa terpanggil nak buat kerana sifat perikemanusiaan dan agama maka wajarlah dilakukan. Kalau ada yang tak faham, terpulanglah. Cuma saya harap hentikan fitnah apabila ada orang lain buat usaha murni apa lagi demi agama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.