saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/08/2014

Bahayanya Wanita Lebih Berani

SUTI kembali lagi! Kali ini lebih gamat, lebih bahaya. Demikian kata pendukung watak yang juga pengarah dan penulis skrip Bahayanya Wanita, Erma Fatima yang melambangkan Suti, seorang janda yang kini lebih berani dan meletakkan sasarannya untuk mengahwini lelaki Melayu.

“Suti bukan lagi seorang yang baik, yang mengalah. Kali ini dia lebih bahaya," kata Erma yang kembali mementaskan teater tersebut di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula 20 hingga 24 Ogos ini.

Sebelum itu teater yang turut menampilkan watak utama Zizan Razak, Datin Umie Aida, Erra Fazira dan Nora Danish menggamatkan pentas Star Theatre, Singapura semalam (16 Ogos).

Menurut Erma, terdapat beberapa perubahan kecil yang dilakukan bagi pementasan kali ini terutama dalam usaha memantapkan lagi watak-watak isteri yang dipoligami.

Antara yang dipotong termasuk babak di pejabat agama yang melibatkan watak Ustaz Jon sebelum ini dibawakan oleh Johan As’ari.

“Tidak banyak babak yang dipotong sebaliknya kita padatkan lagi untuk memantapkan watak dan perwatakan Sharifah Fatima Maruka yang dibawakan Umie Aida, Kamelia (Erra Fazira), Farhana (Nora Danish) dan Suti.

“Selain itu kita juga memperkenalkan beberapa watak baru melibatkan Raja Ema sebagai ibu Farhana dan Neelofa, seorang gadis Siam.

“Kita memasukkan watak ibu ini kerana seringkali kita mendengar bahawa dalam pergolakan sesebuah rumah tangga, kebanyakannya berpunca daripada ibu mentua yang selalunya lebih sudu daripada kuah," ujar Erma yang menggambarkan watak Raja Ema sebagai sesuatu yang comel.

Uji pentas

Berbicara tentang pemilihan Raja Ema dan Neelofa yang julung kalinya terlibat dalam pementasan teater kata Erma, dia memang sentiasa mengalu-alukan teman-teman artis yang mahu menguji bakat di pentas.

Malah dia amat berbesar hati apabila Neelofa mahu ‘memesrakan’ dirinya dengan pentas teater kerana tawaran daripada Erma.

“Sebelum ini saya pernah menawarkan watak kepada Raja Ema tetapi dia menolak dan berjanji akan menerima tawaran saya selepas dia kembali aktif.

“Nampaknya dia berpegang pada janji. Dan bagi saya Raja Ema masih ‘menggigit’," kata Erma lagi.

Dia bagaimanapun menolak pandangan kononnya ‘menggunakan kesempatan’ kerana cerita-cerita gosip dan kontroversi apabila memilih artis yang berlakon dalam teater tersebut.

“Saya menggunakan kehebatan bakat mereka bukan menggunakan gosip dan kontroversi yang melanda," tegasnya.

Isi slot

Sementara itu Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, pihaknya berbesar hati dengan produksi Bahayanya Wanita apabila bersetuju mengisi slot bagi sebuah pementasan yang dibatalkan pada saat-saat akhir.

“Oleh kerana IB sudah berjanji tidak akan mengosongkan mana-mana slot dalam kelendarnya tahun ini maka kami menawarkan kepada Erma untuk mengisi kekosongan yang berlaku dan Erma bersetuju.

“Lagipun mereka juga membawa teater ini ke Singapura dan kita berpendapat adalah berbaloi agar pementasan diteruskan di sini," kata Mohamed Juhari.

Pementasan Bahayanya Wanita yang mengadakan tujuh persembahan termasuk dua matinee mendapat kerjasama Tourism Malaysia dan Sekretariat Visit Malaysia Year.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.