saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/08/2014

Hafeez Mikail bukan ‘adik-adik’

Watak lelaki lembut dalam KTA R lonjakkan nama Hafeez Mikail.

KARAKTERNYA amat ‘hidup’ dan tidak keterlaluan ia disifatkan begitu semula jadi sehingga ada yang menyangka itu adalah hakikat dirinya yang sebenar sama ada di dalam kaca televisyen mahupun secara realitinya.

Pun begitu, pendukung watak Safuan lakonan pendatang baharu, Hafeez Mikail, 22, yang menjadi rakan sepejabat Tajul Razin yang didukung oleh Amar Baharin itu bukanlah selembut yang digambarkan menerusi drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) yang menghiasi slot Akasia TV3 baru-baru ini.

Berkesempatan bertemu dengan Hafeez di set penggambaran Puteri Bukan Nama Sebenar arahan Azma Aizal Yusof di Shah Alam baru-baru ini, jejaka kacak itu menegaskan bahawa dia adalah lelaki sejati yang ‘keras’ dan tidak lembut seperti yang diperkatakan.

“Saya sedar, sejak melakonkan watak Safuan dalam KTAR, ramai yang beranggapan bahawa itulah karakter sebenar saya di luar set. Tetapi itu hanyalah serkap jarang peminat drama berkenaan yang sesuka hati membuat telahan sendiri.

“Biarpun kata-kata itu bertebaran secara meluas, saya tidak salahkan sesiapa memandangkan mereka tidak mengenali saya secara dekat, hanya berlandaskan peranan yang dibawa oleh saya menerusi drama kegilaan ramai itu.

“Walau bagaimana sekalipun, saya tidak melenting, malah agak berbangga kerana menerusi watak ‘adik-adik’ itulah yang membuatkan nama saya semakin dikenali. Bagi saya, karakter tersebut amat mencabar kredibiliti seseorang pelakon dan Alhamdulillah, saya berjaya melakukannya," katanya kepada Hits bagi menjawab gosip yang meliar itu.

Malah, di luar kehidupan sebagai pelakon, Hafeez sebenarnya adalah atlet dan juga penolong jurulatih bagi seni Silat Helang Buana dan telah beberapa kali menyertai pertandingan yang dianjurkan di seluruh negara.

Walaupun semakin sibuk dengan jadual seni lakonannya, Hafeez cuba untuk meluangkan masa dalam seni mempertahankan diri kerana menganggap ia sesuatu keperluan dalam meneruskan kelangsungan hidup dan juga ia merupakan salah satu cara untuknya beriadah serta mengeluarkan peluh.

Pikul sebarang watak

Berkongsi pengalamannya melakonkan watak tersebut, Hafeez memberitahu dia banyak membuat kajian mengenai perwatakan lelaki lembut menerusi tontonan video di laman internet serta adaptasi daripada keadaan di sekelilingnya.

Menurut pemuda berdarah kacukan Kelantan-Johor itu, tamat sahaja zaman persekolahan, dia berpeluang berkhidmat sebagai pramugara di Malaysia Airlines (MAS) selama tiga tahun.

“Bekerja di langit biru, terdapat segelintir rakan sekerja yang berperwatakan sebegitu dan ia memberi inspirasi kepada saya untuk mengadaptasinya menerusi watak Safuan. Bukan itu sahaja, jurusolek yang bekerja dalam bidang produksi juga terdiri daripada insan seperti itu dan ia memudahkan lagi kerja saya membuat kajian serta rujukan.

“Mereka yang banyak membantu saya menjayakan watak tersebut dan saya amat berterima kasih atas pertolongan yang diberikan. Jika diberi peranan serupa pada masa akan datang, saya tidak menolak untuk menggalasnya kerana ia salah satu cabaran yang harus dipikul.

“Pun begitu, saya lebih gemar untuk mencuba pelbagai karakter lain daripada mengulangi semula sesuatu yang pernah dilakonkan. Apapun, semuanya terpulang kepada rezeki yang ditentukan oleh-Nya buat saya," katanya.

Menerusi drama Puteri Bukan Nama Sebenar, jelas Hafeez, watak yang didukungnya agak berat iaitu sebagai seorang pemuda buta. Walaupun berat, dia amat teruja menggalasnya kerana peranan sebegitu memberi peluang kepadanya untuk terus mengembangkan lagi karier lakonannya.

“Saya suka sesuatu watak yang berkarakter. Ia lebih bersifat ‘adventure’. Watak-watak seperti ini membuatkan saya lebih cintakan bidang lakonan berbanding ketika pertama kali berlakon menerusi siri Blogger Boy yang disiarkan 8TV suatu ketika dahulu.

“Dulu saya mula berlakon pada umur 17 tahun hanya kerana suka-suka. Kini jiwa lakonan semakin mendalam dek adanya watak yang mencabar. Selepas ini, saya berharap akan dapat mendukung watak psiko yang menuntut kajian yang lebih terperinci. Saya sukakan ‘homework’ yang wujud disebabkan karakter yang menarik dan istimewa," katanya teruja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.