saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/09/2014

Duo Hanarose milik Cat Farish

BUKAN sahaja cantik malah kedua-duanya turut berbakat besar dalam bidang nyanyian.

GABUNGAN dua penyanyi yang membentuk satu kumpulan vokal atau duo amat jarang kedengaran dalam industri muzik tanah air. Kewujudan mereka ini boleh dibilang dengan jari dan antara duo terkenal suatu ketika dahulu adalah pasangan Nurul dan Ajai serta gandingan adik-beradik Moin.

Namun baru-baru ini, selepas kehadiran duo Azhael yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia (AF), terdapat lagi beberapa pasangan seperti ZiaBella yang bernaung di bawah syarikat rakaman KRU Music dan Hanarose yang ditubuhkan oleh komposer Cat Farish menggunakan label Godzilla Boombox miliknya.

Dianggotai oleh Nur Atiqah Shariffudin, 25 atau Eka dan Isyariana Che Azmi, 24 (Isya), Hanarose telah mengeluarkan debutnya berjudul Girlfriend pada April lalu dan semakin hari mendapat perhatian pendengar radio disebabkan lagunya yang catchy dan cheeky, bersesuai dengan imej mereka.

Ketika ditemu bual Hits dalam satu sesi fotografi baru-baru ini, Eka yang merupakan finalis AF9 memberitahu bahawa Hanarose telah ditubuhkan lebih setahun lalu dan pertemuannya dengan Isya diaturkan oleh Cat Farish sendiri.

“Kami merupakan artis naungan syarikat rakaman milik Cat tetapi bagi tujuan promosi dan pemasaran, ia diuruskan oleh Luncai Emas yang dimiliki oleh Datuk M. Nasir. Menariknya, kami cuba mengetengahkan diri sebagai duo yang tidak terikat kepada satu-satu genre, sebaliknya lebih bersifat versatil dengan menyanyikan variasi lagu yang terdiri daripada genre pop, R&B dan balada.

“Pada masa yang sama, selain menyanyi, kami juga boleh menari disebabkan latar belakang kami yang sememangnya penari serta boleh menyanyi rap. Misi kami mudah sahaja iaitu mahu dikenali sebagai kumpulan duo yang serba boleh," cerita Eka memberitahu serba sedikit mengenai Hanarose.

Sementara itu pasangannya, Isya yang lahir daripada program i-Klon terbitan RTM berkata, lagu Girlfriend mengisahkan mengenai perasaan seorang wanita terhadap lelaki yang disukainya.

“Menerusi lagu itu, wanita itu meluahkan segala perasaannya terhadap lelaki itu setelah dipendam agak lama. Melodinya rancak dan mesra pendengar agar ia mudah meniti di bibir peminat. Justeru, kami berharap agar peminat-peminat muzik di luar sana dapat menerima kehadiran lagu ini," tambah Isya sambil memberitahu maksud Hanarose adalah bunga mawar.

Di samping debut berkenaan, Hanarose turut bertuah apabila lagu kedua mereka berjudul Deritaku dijadikan runut bunyi filem lakonan Farid Kamil dan Nora Danish iaitu Pengantin Malam, sekali gus meninggalkan impak tersendiri terhadap karier seni mereka.

Berbicara mengenai kehadiran kumpulan duo di negara ini, Hanarose tidak gusar akan persaingan yang bakal dihadapi sebaliknya lebih optimis dengan apa yang ingin mereka ketengahkan.

Menurut Isya, sebab itulah mereka tidak memilih untuk fokus kepada satu jalur muzik sahaja, tetapi cuba mempelbagaikan pilihan supaya ia lebih terbuka dan tidak membataskan kebolehan Hanarose dalam melontarkan vokal mereka.

“Saya sedar kehadiran duo semakin bertambah kebelakangan ini tetapi tidak banyak. Harap dengan kepelbagaian genre yang dipersembahkan dapat memberi kelainan dalam persembahan dan penampilan kami. Sebagai contoh, single pertama kami berentak rancak, manakala Deritaku berentak balada," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.