saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/09/2014

Hati sudah tertutup

RITA tetap akan menuntut hak anak-anak daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan.

HATI sudah tertutup tegas Rita Rudaini apabila ditanya tentang kekosongan seorang lelaki bergelar suami.

Baginya tidak ada perasaan ingin bersuami lagi sejak penceraiannya dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan Abdul Razak pada bulan September tahun lalu.

Meskipun penceraian tersebut baru sahaja setahun namun kemelut yang melanda mereka sudah berlarutan beberapa tahun sebelum itu.

Bagi Rita dia tidak pernah kesepian walaupun tidak bersuami dan menegaskan kehidupannya aman damai bersama-sama permata hati yang sedang membesar.

"Bukan tak ada orang yang nak cuba rapat dan mahu berkenalan tapi hati saya sekarang sudah tertutup. Tidak ada lagi perasaan mahu didampingi oleh lelaki buat masa ini.

"Ada yang datang siap beritahu tentang kekayaan mereka lagi. Saya bukan nak cari yang kaya. Bukan duit yang menjadi ukuran.

"Satu lagi saya memikirkan anak-anak. Bukan semua orang boleh terima anak saya dan saya sendiri tidak mahu orang tidak sayang anak saya," luah Rita berterus terang.

Walaupun hidup sendiri, Rita tidak pernah rasa terbeban untuk membesarkan Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia dua tahun.

Pun begitu jika ada yang perasan, Rita kerap turun naik mahkamah bagi menyelesaikan beberapa tuntutan terhadap bekas suami termasuk nafkah anak dan tuntutan mutaah.

Untuk nafkah anak, Rita menuntut kira-kira RM150,000 dan keputusan tersebut hanya diketahui pada Disember ini.

Sementara tuntutan mutaah yang berjumlah RM300,000 pula sedang disebut di mahkamah ketika ini. Untuk tuntutan edah, perkara itu masih belum disebut.

Bagi wanita berusia 38 tahun ini, walaupun ada pihak yang menyelar tindakannya naik turun mahkamah untuk mendapatkan sejumlah wang, dia tidak pernah terkesan dengan kata-kata tersebut.

Malah bertegas bahawa yang dituntut terhadap bekas suaminya adalah hak untuk dia dan anak-anak.

"Saya tak pernah penat ke mahkamah. Kalau ada orang nak mengata saya pun tak mengapa. Saya tak kisah. Tapi mereka perlu tahu saya pernah berkahwin dengan siapa.

"Lagi satu saya tak minta banyak pun. Jumlah tersebut bukan ukuran dan nilai kepada maruah anak-anak saya yang sudah ditinggalkan," jelas Rita tenang.

Kekesalan

Mengenangkan kembali kisah lama, Rita tidak menolak andaian bahawa perkahwinan mereka berlangsung serba kekurangan di Songkhla, Thailand pada 2008.

Sebagai wanita yang pernah bergelar isteri, Rita juga merupakan ibu kepada anak-anak Aidil yang sewajarnya dilayan dengan baik.

Sejak mereka bercerai Aidil jarang meluangkan masa dan kali terakhir dia berbuat demikian sebelum bernikah dengan isteri baru pada Mac yang lalu.

Bagi Rita dia kesal apabila Aidil enggan mendekati anak-anak sedangkan itu merupakan peluang terbaik untuknya memulihkan hubungan dengan mereka.

"Sejak dia meninggalkan kami, Arjuna baru sahaja berusia tujuh bulan. Dia langsung tak mengenali bapanya dan sehingga sekarang dia masih tercari-cari bapanya.

"Bukan sekali dua Arjuna mencari bapanya. Dia pernah sebut 'daddy hilang mana' tapi saya buat-buat tak dengar sahaja. Saya tak ada jawapan dan tak tahu apa nak jawab.

"Berbeza pula dengan Rayyan memandangkan dia sudah besar dan perangainya sedikit sensitif. Kalau ayahnya berjanji tapi tak ditunaikan, yang kena menipu selepas itu (adalah) saya," katanya ketika ditemui semasa pelancaran Kempen Salute Malaysia baru-baru ini.

Melihatkan ketabahan Rita dalam menuntut hak sebagai isteri membuatkan kebanyakan wanita kagum dengan dirinya. Bagi Rita selagi termampu dia akan terus membela maruah kedua-dua anaknya itu.

Namun bagi wanita ini dia pernah melalui fasa sedih tetapi kini perasaan tersebut bertukar letih dengan sikap yang ditunjukkan oleh bekas suaminya.

"Cuba bayangkan Aidilfitri tahun ini dia langsung tak bertanyakan khabar anak-anak. Sudahlah begitu, baju raya anak-anak pun dia tak belikan seperti yang patut dilakukan oleh seorang ayah.

"Ini hal anak bukan hal orang lain. Kalau keperluan anak pun tak diberi saya sendiri bingung kenapa jadi begitu," kata Rita lagi.

Baginya dia sering memikirkan nasib anak-anak seandainya dia bukan bergelar pelakon dan bekerja sebagai pekerja biasa sahaja.

Malah sebagai hamba Allah dia bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus dan masih mempunyai pendapatan untuk menyara anak-anak yang sedang membesar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.