saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/09/2014

Hanyut yang tidak hanyut

SEBELUM ini Miss J sudah buat pendirian untuk tidak menulis tentang filem Hanyut arahan U-Wei Haji Saari kerana filem itu belum masuk jadual tayangan di pawagam tempatan. Kalau Miss J tulis mungkin orang lupa kerana terlalu lama menunggu. Kalau tak silap filem ini sudah tiga tahun pembikinannya tetapi penonton tempatan belum berpeluang menonton.

Filem ini dilakonkan oleh Khalid Salleh, Adi Putra, Alex Komang, Diana Daniel, Sofia Jane, El Manik dan Reeuben Alwin dari Hollywood. Pengarah sinematografi ialah Arkadiusz Tomiak. Nak tengok adegan semi porno macam filem Osman Ali dalam filem ini? Minta maaf, tak ada.

Miss J terpaksa tulis tentang filem Hanyut kerana banyak sangat yang skeptikal, menyindir dan memperkecilkan apabila membandingkan dengan filem-filem setengah masak yang mendapat kutipan hebat di panggung. Miss J fikir membandingkan dengan filem-filem berkenaan malah Puteri Gunung Ledang yang menelan belanja lebih RM20 juta adalah ukuran tidak adil kepada Hanyut. Miss J menonton Puteri Gunung Ledang dan juga telah menonton Hanyut.

Ada sesetengah pihak terutama yang menyokong filem setengah masak menganggap filem Hanyut akan hanyut. Sebabnya belanja besar sekitar RM18 juta dan mengikut kiraan matematik tentulah tidak ada filem tempatan yang dapat mengutip RM18 juta untuk mendapat pulangan modal. Senang cakap akan hanyutlah. Berdasarkan selera penonton tempatan yang rata-rata terasuk dengan filem-filem keluaran MIG, kutipan filem Hanyut sudah tentu tidak dapat mengatasi kutipan filem MIG. Jangan bimbang MIG tetap hebat dari segi kutipan.

Tetapi tidak semua perkara mesti diukur dengan menggunakan matematik. Filem Hanyut misalnya adalah sebuah pencapaian tertinggi dunia filem Melayu yang menampilkan taraf antarabangsanya dari segi teknikal pembikinan dan menjulang kemecerlangan pemikiran Melayu di segi teras inteleknya. Miss J tak suka menganggap filem ini bertaraf Hollywood, cuma kelihatan tekniknya macam Hollywood tetapi ia filem Melayu.

Filem ini diadaptasi dari novel karya Joseph Conrad, Almayer's Folly. Novel ini diterbitkan tahun 1885 berlatarkan alam Melayu di Broneo menceritakan tentang seorang pemburu emas bangsa Belanda, Almayer yang disebut oleh orang tempatan sebagai Maskar. Miss J perasan tentang nilai patriotisme, Melayu mencapai kemenangan dalam silat dan sepak terajang diplomasi dan Barat yang diwakili oleh Almayer bukan sahaja kalah malah mengaku kehebatan Melayu.

Miss J percaya kalau U-Wei menggunakan ukuran matematik, sudah tentu dia tidak menghasilkan filem ini. Sebabnya U-Wei membuat pinjaman lebih RM10 juta. Kalau kita congak formula MIG filem ini akan rugi. U-Wei mungkin ada strategi pemasaran untuk mengutip setidak-tidak modal pembikinan. Tetapi yang lebih penting Hanyut menunjukkan orang Melayu boleh membuat filem yang dikagumi dunia dan bukan sekadar seperti yang dilambakkan di pawagam tempatan.

Biarlah tentang kutipan, itu bukan isu kita. Itu urusan U-Wei. Yang menjadi urusan kita ialah munculnya sebuah filem Melayu yang tinggi intelektualnya. Penonton tidak akan menerima kesan sekiranya sebuah filem itu untung atau rugi. Jadi tak perlulah kita sibuk tentang itu. Yang perlu kita tanya adakah sesebuah filem itu membawa pemikiran besar atau tidak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.