saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/09/2014

Mat Romeo penyanyi Iklim

Khir Rahman

MAT ROMEO, itu gelaran yang diberikan rakan-rakan kepada aktor dan pengarah Khir Rahman sewaktu zamannya membesar.

Masakan tidak, sejak usia tujuh tahun dia sudah pandai bermain dengan ayat-ayat cinta sehingga membuatkan ramai kawan perempuan yang jatuh hati kepadanya.

Bagaimanapun kata lelaki berusia 41 tahun ini, kebolehan itu hanya memakan diri apabila berlaku beberapa insiden.

Paling tidak boleh dilupakan apabila dalam kalangan rakan perempuan yang pernah dikirimkan surat cinta itu memberontak apabila cintanya ditolak.

Namun Khir tidak pernah berubah malah keinginan untuk menakluk hati gadis-gadis cantik sewaktu zaman persekolahannya semakin menjadi-jadi sehinggalah dia mencecah usia 15 tahun.

Entah macam mana pada waktu itu tiba-tiba timbul rasa penyesalan di dalam hati Khir terhadap 'dosa-dosa' mempermainkan perasaan orang yang dilakukan sebelum itu.

Dan perkara itu berlaku selepas Khir didedahkan dengan dunia pementasan teater di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria, Kuala Lumpur pada 1987.

"Pada waktu itu, saya baru perasan sebenarnya dalam diri saya ini ada sifat suka menghidupkan suasana. Prinsip yang sama diguna pakai jika berada dalam dunia pementasan teater.

"Saya benar-benar tidak tahu macam mana boleh mengalihkan perasaan cinta sesama insan itu kepada cinta yang sangat mendalam kepada dunia seni kerana itu berlaku secara semulajadi.

"Lebih teruk lagi apabila perasaan yang mendalam terhadap dunia seni itu sekaligus menghapuskan cita-cita saya mahu menjadi askar sebelum itu," kata pemilik nama sebenar Khairulizam Rahman ketika membuka cerita silamnya.

Mengakui berubah selepas menonton teater berjudul Mayat yang diarahkan oleh Dr. Hatta Azad Khan dan Anak Tanjung (Sasterawan Negara Noordin Hassan) kata Khir, dia menjadi seorang pemikir selepas itu.

Dia juga menjadi lebih sensitif dan berminat untuk mengkaji persekitarannya sebelum menyertai pertandingan teater peringkat sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur anjuran sebuah stesen televisyen pada 1989.

Siapa menyangka, eksperimen Khir menjadi. Dia diangkat sebagai pelakon dan pengarah terbaik menerusi teater berjudul Protes tulisan Dinsman.

Kejayaan itu kemudiannya menyuntik semangat Khir untuk mengarahkan teater berjudul Serong dengan membabitkan diri sepenuhnya dalam naskah tersebut pada tahun berikutnya.

Usaha Khir itu membuahkan hasil apabila dia berjaya menyapu bersih trofi tiga kategori utama iaitu pengarah, penulis skrip dan pelakon terbaik pada pertandingan tersebut.

"Banyak pihak kagum apabila pelajar aliran Sains seperti saya mempunyai bakat dalam pementasan teater. Tapi mereka tak tahu konflik yang saya hadapi pada tahun itu kerana perlu menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

"Saya kerap ponteng sekolah. Lebih teruk lagi apabila terpaksa meminta jasa baik pengetua sekolah untuk 'membuang' subjek Biologi dan digantikan dengan Pendidikan Seni untuk penilaian SPM saya.

"Sudah pastilah permintaan saya dibantah. Tapi nak buat macam mana, semuanya saya buat kerana minat," kata Khir tentang kegilaannya terhadap aliran seni ketika itu.

Kejayaan yang diraih Khir juga membuatkan pengarah filem kontroversi ...Dalam Botol ini memenangi anugerah pencapaian terbaik dalam bidang seni sekolahnya pada 1990.

Pencapaian itu juga sekali gus mendorong Khir untuk lebih mendalami cabang seni yang lain.

Penyanyi Iklim

Mengintai peluang pendidikan formal dalam bidang seni di institusi pengajian tinggi awam tempatan akhirnya Khir memilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 1991.

Mengikuti kursus Sijil Seni Kreatif selama dua tahun kata Khir, di situ dia mencungkil bakat dengan mendalami ilmu lakonan, nyanyian dan tarian.

Pernah mengikuti pementasan teater Antu Pala arahan Dr. Ghouse Nasaruddin ke seluruh negara Khir menambah, peluang tersebut sememangnya dimanfaatkan sepenuh olehnya.

"Kali pertama saya ditawarkan berlakon telefilem berjudul Sinar arahan Ahmad Tariq Siregar (anak Datuk Ahmad Tamimi Siregar) sebagai watak utama ketika umur 21 tahun.

"Kami belajar sama. Dan dia yang bertanggungjawab membuka mata banyak pihak selepas melihat sendiri kemampuan lakonan saya dalam teater Antu Pala itu.

"Selepas itu saya berlakon sebanyak 10 telefilem sebelum berhenti berlakon dua tahun kemudian," katanya yang memberi alasan menyepi kerana tidak mahu mempersoalkan teknikal penggambaran yang dilakukan syarikat produksi pada waktu itu.

Mengakui mudah memberontak dan mempertikaikan kerja-kerja produksi yang kadangkala salah mengikut tafsirannya kata Khir, dia kemudian menceburi dalam bidang nyanyian sekitar 1994/1995.

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya Khir pernah bergelar vokalis kumpulan rock Iklim menggantikan penyanyi utamanya, Saleem selama kira-kira dua tahun.

Mempunyai suara yang mirip dengan Salem kata Khir, itu antara kriteria yang menyebabkan dia berpeluang untuk bergelar penyanyi kumpulan popular itu walaupun untuk seketika.

Tambahan pula lagu dendangannya berjudul Pergimu Satu Tanda mendapat sambutan memberangsangkan Khir mengakui itu yang menyebabkan dia semakin teruja untuk menyanyi.

Bagaimanapun niatnya terbantut kerana industri rakaman tidak mampu menjana pendapatan yang baik pada waktu itu apabila negara berdepan dengan masalah kegawatan ekonomi.

Tidak lama dalam bidang nyanyian, Khir memutuskan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perfileman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor pada 2000.

Sepanjang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Seni Layar di situ kata Khir, dia semakin sedar bahawa bidang lakonan itu menuntut satu pegangan hidup yang kuat buat penggemarnya.

Khir memberitahu, istilah filem yang baik mendatangkan pulangan lumayan juga tidak boleh diguna pakai untuk industri perfileman tanah air kerana pasaran pada hari ini bersifat komersial.

"Ada ilmu tentang filem pun tak guna. Kalau buat filem hebat mengajak penonton untuk berfikir pun tak guna. Sebab akhir sekali, penonton hari ini lebih suka filem yang bertaraf 'biasa-biasa' saja," katanya.

Tak tumpang populariti

SUAMI kepada Siti Jasmina Ibrahim yang juga penulis bebas ini menegaskan dia tidak pernah menggunakan pengaruh atau menumpang populariti orang tua, penyanyi pop yeh yeh, Datuk A. Rahman Hassan dan Datin Azizah Mohamad untuk menceburi dunia hiburan.

Malah seboleh-bolehnya Khir mahu menyembunyikan rahsia tersebut daripada pengetahuan umum.

"Sejak zaman sekolah lagi saya tidak suka orang mengaitkan saya dengan mereka. Diam-diam sudahlah. Tapi tak sangka akhirnya saya bekerja dalam satu bidang dengan mereka.

"Abah sendiri tidak komen apa-apa sewaktu saya memenangi pertandingan teater sewaktu di SMK Victoria dulu. Begitu juga dengan arwah emak.

"Kalau boleh saya mahu melakukan perkara yang sama kepada kedua darah daging anak saya iaitu Nian Nusaibah dan Haqiqat Hamzah apabila mereka besar nanti.

"Tidak menggalakan mereka meminati bidang seni tapi andai mereka suka, saya beri 'lampu hijau'," kata pelakon filem Puteri Gunung Ledang, Rock, Bilut dan Gubra ini lagi.

Berpuas hati dengan perjalanan seninya yang dianggap berjalan lancar sejak sedekad lalu Khir menambah, dia bersyukur kerana 'aset' dalam bidang seni itu dimanfaatkan sepenuhnya.

Bergelar pemilik syarikat produksi Suar Channel Sdn. Bhd. yang beroperasi di Shah Alam, Selangor kata Khir, tempat itu juga menjadi medan kepada individu yang mahu menonjolkan bakat untuk bersaing dengan penggiat seni sedia ada pada hari ini.

Sentiasa berlapang dada dengan pihak yang menginginkan rujukan, yang diharapkan Khir agar industri perfileman tempatan terus maju dan mampu bersaing dengan pembikin filem antarabangsa satu hari nanti.

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT

[email protected]

MAT ROMEO, itu gelaran yang diberikan rakan-rakan kepada aktor dan pengarah Khir Rahman sewaktu zamannya membesar.

Masakan tidak sejak usia tujuh tahun dia sudah pandai bermain dengan ayat-ayat cinta sehingga membuatkan ramai kawan perempuan yang jatuh hati kepadanya.

Bagaimanapun kata lelaki berusia 41 tahun ini, kebolehan itu hanya memakan diri apabila berlaku beberapa insiden.

Paling tidak boleh dilupakan apabila dalam kalangan rakan perempuan yang pernah dikirimkan surat cinta itu memberontak apabila cintanya ditolak.

Namun Khir tidak pernah berubah malah keinginan untuk menakluk hati gadis-gadis cantik sewaktu zaman persekolahannya semakin menjadi-jadi sehinggalah dia mencecah usia 15 tahun.

Entah macam mana pada waktu itu tiba-tiba timbul rasa penyesalan di dalam hati Khir terhadap 'dosa-dosa' mempermainkan perasaan orang yang dilakukan sebelum itu.

Dan perkara itu berlaku selepas Khir didedahkan dengan dunia pementasan teater ketika bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria, Kuala Lumpur pada 1987.

"Pada waktu itu saya baru perasan sebenarnya dalam diri saya ini ada sifat suka menghidupkan suasana. Prinsip yang sama diguna pakai jika berada dalam dunia pementasan teater.

"Saya benar-benar tidak tahu macam mana boleh mengalihkan perasaan cinta sesama insan itu kepada cinta yang sangat mendalam kepada dunia seni kerana itu berlaku secara semulajadi.

"Lebih teruk lagi apabila perasaan yang mendalam terhadap dunia seni itu sekaligus menghapuskan cita-cita saya mahu menjadi askar sebelum itu," kata pemilik nama sebenar Khairulizam Rahman ketika membuka cerita silam.

Mengakui berubah selepas menonton teater berjudul Mayat yang diarahkan oleh Dr. Hatta Azad Khan dan Anak Tanjung (Sasterawan Negara Noordin Hassan) kata Khir, dia menjadi seorang pemikir selepas itu.

Dia juga menjadi lebih sensitif dan berminat untuk mengkaji persekitarannya sebelum menyertai pertandingan teater peringkat sekolah sekitar Kuala Lumpur anjuran sebuah stesen televisyen pada 1989.

Siapa sangka eksperimen Khir menjadi. Dia diangkat sebagai pelakon dan pengarah terbaik menerusi teater berjudul Protes tulisan Dinsman.

Kejayaan itu kemudiannya menyuntik semangat Khir untuk mengarahkan teater berjudul Serong dengan membabitkan diri sepenuhnya dalam naskah tersebut pada tahun berikutnya.

Usaha Khir itu membuahkan hasil apabila dia berjaya menyapu bersih trofi tiga kategori utama iaitu pengarah, penulis skrip dan pelakon terbaik pada pertandingan tersebut.

"Banyak pihak kagum apabila pelajar aliran sains seperti saya mempunyai bakat dalam pementasan teater. Tapi mereka tak tahu konflik yang saya hadapi pada tahun itu kerana perlu menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

"Saya kerap ponteng sekolah. Lebih teruk lagi apabila terpaksa meminta jasa baik pengetua sekolah untuk 'membuang' subjek Biologi dan digantikan dengan Pendidikan Seni untuk penilaian SPM saya.

"Sudah pastilah permintaan saya dibantah. Tapi nak buat macam mana, semuanya saya buat kerana minat," kata Khir tentang kegilaannya terhadap aliran seni ketika itu.

Kejayaan yang diraih Khir juga membuatkan pengarah filem kontroversi ...Dalam Botol ini memenangi anugerah pencapaian terbaik dalam bidang seni sekolahnya pada 1990.

Pencapaian itu sekali gus mendorong Khir untuk lebih mendalami cabang seni yang lain.

Penyanyi Iklim

Mengintai peluang pendidikan formal dalam bidang seni di institusi pengajian tinggi awam tempatan akhirnya Khir memilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 1991.

Mengikuti kursus Sijil Seni Kreatif selama dua tahun kata Khir, di situ dia mencungkil bakat dengan mendalami ilmu lakonan, nyanyian dan tarian.

Pernah mengikuti pementasan teater Antu Pala arahan Dr. Ghouse Nasaruddin ke seluruh negara Khir menambah, peluang tersebut sememangnya dimanfaatkan sepenuh olehnya.

"Kali pertama saya ditawarkan berlakon telefilem berjudul Sinar arahan Ahmad Tariq Siregar (anak Ahmad Tamimi Siregar) sebagai watak utama ketika umur 21 tahun.

"Kami belajar sama. Dan dia yang bertanggungjawab membuka mata banyak pihak selepas melihat sendiri kemampuan lakonan saya dalam teater Antu Pala itu.

"Selepas itu saya berlakon sebanyak 10 telefilem sebelum berhenti berlakon dua tahun kemudian," katanya yang memberi alasan menyepi kerana tidak mahu mempersoalkan teknikal penggambaran yang dilakukan syarikat produksi pada waktu itu.

Mengakui mudah memberontak dan mempertikaikan kerja-kerja produksi yang kadang kala salah mengikut tafsirannya kata Khir, dia kemudian menceburi dalam bidang nyanyian sekitar 1994/1995.

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya Khir pernah bergelar vokalis kumpulan rock Iklim menggantikan penyanyi utamanya, Saleem selama kira-kira dua tahun.

Mempunyai suara mirip penyanyi tersebut kata Khir, itu antara kriteria yang menyebabkan dia berpeluang untuk bergelar penyanyi kumpulan popular itu walaupun untuk seketika.

Tambahan pula lagu dendangannya berjudul Pergimu Satu Tanda mendapat sambutan memberangsangkan Khir mengakui itu yang menyebabkan dia semakin teruja untuk menyanyi.

Bagaimanapun niatnya terbantut kerana industri rakaman tidak mampu menjana pendapatan yang baik pada waktu itu apabila negara berdepan dengan masalah kegawatan ekonomi.

Tidak lama dalam bidang nyanyian, Khir memutuskan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor pada 2000.

Sepanjang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Seni Layar di situ kata Khir, dia semakin sedar bahawa bidang lakonan itu menuntut satu pegangan hidup yang kuat buat penggemarnya.

Khir memberitahu, istilah filem yang baik mendatangkan pulangan lumayan juga tidak boleh diguna pakai untuk industri perfileman tanah air kerana pasaran pada hari ini bersifat komersial.

"Ada ilmu tentang filem pun tak guna. Kalau buat filem hebat mengajak penonton untuk berfikir pun tak guna. Sebab akhir sekali, penonton hari ini lebih suka filem yang bertaraf 'biasa-biasa' saja," katanya.

Tak tumpang populariti

Suami kepada Siti Jasmina Ibrahim yang juga penulis bebas ini menegaskan dia tidak pernah menggunakan pengaruh atau menumpang populariti orang tua, penyanyi pop yeh yeh, Datuk A. Rahman Hassan dan Datin Azizah Mohamad untuk menceburi dunia hiburan.

Malah seboleh-bolehnya Khir mahu menyembunyikan rahsia tersebut daripada pengetahuan umum.

"Sejak zaman sekolah lagi saya tidak suka orang mengaitkan saya dengan mereka. Diam-diam sudahlah. Tapi tak sangka akhirnya saya bekerja dalam satu bidang dengan mereka.

"Abah sendiri tidak komen apa-apa sewaktu saya memenangi pertandingan teater sewaktu di SMK Victoria dulu. Begitu juga dengan arwah emak.

"Kalau boleh saya mahu melakukan perkara yang sama kepada kedua anak saya iaitu Nian Nusaibah dan Haqiqat Hamzah apabila mereka besar nanti.

"Tidak menggalakan mereka meminati bidang seni tapi andai mereka suka, saya beri 'lampu hijau'," kata pelakon filem Puteri Gunung Ledang, Rock, Bilut dan Gubra ini lagi.

Berpuas hati dengan perjalanan seninya yang dianggap berjalan lancar sejak sedekad lalu Khir menambah, dia bersyukur kerana 'aset' dalam bidang seni itu dimanfaatkan sepenuhnya.

Memilik syarikat produksi Suar Channel Sdn. Bhd. yang beroperasi di Shah Alam, Selangor kata Khir, tempat itu juga menjadi medan kepada individu yang mahu menonjolkan bakat untuk bersaing dengan penggiat seni sedia ada pada hari ini.

Sentiasa berlapang dada dengan pihak yang menginginkan rujukan, yang diharapkan Khir agar industri perfileman tempatan terus maju dan mampu bersaing dengan pembikin filem antarabangsa satu hari nanti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.