saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/09/2014

13 telefilem mula bersaing

DARI kiri Yassin Yahya, Saiful Apek dan Shukri Balas mempersembahkan sketsa yang dipetik daripada filem arahan P.Ramlee.

NAMA-nama besar dalam dunia pengarahan seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba, Osman Ali, Amie Maziah, Bade Haji Azmi, Michael Ang dan Erma Fatima antara barisan pengarah yang akan mula bersaing pada 21 September ini bagi merebut trofi pada Anugerah Tribute P. Ramlee (ATPR2015) yang dijangka berlangsung Mac 2015.

Selain nama-nama yang disebut di atas, pengarah lain yang mempunyai peluang sama adalah Jamal Khan, Nizam Zakaria, Azma Aizal Yusof, Zul Huzaimy, Kamaruddin Ambak, Fahmi Sarindi dan Ismail Yaacob yang turut mempertaruhkan karya masing-masing dalam persaingan ATPR2015 edisi kedua anjuran bersama Suhan Movies & Trading, Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta Utusan Malaysia itu.

Selaku pihak yang bertanggungjawab memilih dan melantik krew produksi bagi menghasilkan 13 karya terbabit, pemilik Suhan Movies & Trading, Datuk Rosyam Nor ketika ditemui berkata, kesemua pengarah yang dipilih ada kekuatan masing-masing dan berpeluang sama rata untuk mengungguli kategori utama yang dipertandingkan.

“Kemuncaknya adalah untuk mengetahui siapakah yang terbaik dalam kalangan yang baik. Jika tahun lepas, pengarah dan telefilem terbaik menjadi milik Bade yang mengarahkan Miang Buluh Keladi Birah, tetapi mungkin edisi akan datang trofi tersebut akan berpindah milik kepada pengarah lain. Segalanya akan dijawab pada Mac tahun hadapan.

“Apapun, matlamat utamanya bukanlah untuk merebut trofi tersebut, akan tetapi ia lebih kepada memartabatkan drama Melayu ke satu tahap yang lebih baik sambil memperingati bakti dan jasa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan menggunakan lagu-lagu nyanyiannya sebagai sumber inspirasi dalam menghasilkan skrip-skrip berkualiti.

“Di samping itu juga, malam anugerah tersebut dianjurkan adalah bagi menghargai lelah dan keringat individu-individu yang terlibat mencurahkan idea, mengerahkan tenaga dan mengorbankan masa demi melahirkan karya yang menarik untuk dipertontonkan kepada penonton TV1 yang kini sedang menempuhi proses penjenamaan semula," katanya sebelum bermula konsert Tribute P. Ramlee yang berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri, Ahad lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.